5 Petua Ini Bakal Buatkan Prospek Tertarik Nak Baca Posting Anda.

Like still tak banyak? Komen still tak cukup?Share pun tak ramai?Nak naikkan engagement tapi tak tahu caranya? Mesti STRESS teruk kan?

“Betul tu sifu.. Stress sangat ni.. Tolong saya sifu!..”

Persaingan sangat SENGIT di medan fb.. Ramai orang yang involve dengan bisnes-bisnes online.. So akan terjadinya LAMBAKAN produk-produk yang dijual di fb..

Ada antara mereka yang masih stay steady and ada juga yang sudah TERSUNGKUR..

Tapi adakah anda masih ingin SURVIVE? Ingin tahu PETUANYA?

“Eh mestilah nak tahu sifu!”

Haa kalau korang nak tahu, Sifufbads nak share sikit 5 PETUA TURUN TEMURUN DARI ZAMAN “GREAT WALL OF CHINA” yang bakal buatkan posting anda DIGILAI RAMAI..

Baca dan hadamkan.. Dah hadam kongsi ngan orang lain hokayy.. Lepas hadam SHARE la sikit kat orang lain..

#1: PADAT DENGAN INFO YANG AUDIENS SUKA

Sekarang kalau kat fb macam-macam dah gaya yang dibentangkan untuk attract customer supaya beli produk diorang.. Ada gaya kuak lentanglah, gaya snap gambar zoom in la.. Kah!

Dari sudut content pulak, bila try usha-usha still ada post yang pendek je and ada juga panjang kemain berjela.. Tapi engagementnya kurang.. Sebab apa? Sebab dieorang tak research dulu apa yang patut diisi dalam content dieorang sebelum post..

Content yang bagus adalah padat dengan info-info yang patut audience baca.. And then ditambah sekali dengan perencah sesedap rasa supaya pembaca tidaklah bosan and annoyed bila baca..

Janganlah buat pembaca ni seolah-olah macam baca ensiklopedia.. straight and serious sangat.. Buat dieorang baca post korang macam dieorang tengah berbual dengan korang.. And then reply as soon as possible kalau dieorang komen ke ape.. Barulah nampak engagement semanis kurma kat situ.. Haha

#2: LETOPKAN BRAND DENGAN CONTENT YANG UNIK & MENARIK

Kebanyakan post bisnes online di fb semuanya menarik.. Makin menjadi-jadi kreatif dieorang bile buat iklan.. Rambang mate tengok post post dieorang.. Lagi-lagi yang pakaian punyela produk kecantikan la.. Pehh dedor dada yang sado ni tengok model cun melecun tu.. Nasib iman abam kuat lagi.. Haha

Tapi pelik.. Tengok punye tengok still lagi ade yang tak reti buat content yang bombastik.. Post dieorang still kaku macam kayu and bahase content takde lenggok macam manusia berbual langsung..

Objektif social media marketing adalah menarik perhatian audience untuk ke arah membeli produk kite menggunakan umpan yang kite sediakan.. Iaitu content-content yang unik dan menarik..

Content yang menarik dan unik bukan sekadar letak gambar awek cun melecun dengan produk saje.. Jangan expect letak gambar and ayat sekerat due terus orang beli barang.. It must come up with ayat content yang catchy yang buat audience tak senang duduk kalau tak beli..

So dinasihatkan toksah berangan kalau nak dapat ikan jerung la ikan pausla.. Kalau korang tak reti tarik-menarik mase memancing..

#3: SHARE INFO YANG BERNILAI

Sekarang ni, kalau buat something fishy or benda-benda pelik je mesti kena record and diviralkan di fb.. Itulah trend sekarang.. Tak habis-habis nak viral.. Buat ni kena viral.. Buat tu pun kena viral jugak.. Pening abam dibuatnye.

Viral ni ade baik buruknya.. Yang baik ia akan bagi benefit kat orang ramai.. Tapi yang buruknya akan bagi kesan yang negatif kat public.. Kan tak baik macam tu.. Kesian orang tau..

Tapi bila tengok kan, viral ni ekceli bagus untuk sesuatu bisnes.. Bukan apa, viral ni kalau dipraktikkan, ia secara tidak langsung boleh menjadi salah satu marketing tool untuk bisnes..

Kalau dari sudut penyampaian content di page fb kita, kita boleh menyediakan content yang berguna dan bernilai dan awesome untuk follower share.. Bayangkan kalau follower kite 10,000 orang share satu post kita.. Tak ke viral namenye tu? Boleh tersedak dibuatnya.. Haha

Seeloknya dinasihatkan supaya content post kita tu kenalah ade positive value dan berkaitan dengan bisnes yang kita buat.. Sebab bukan apa.. Post kita yang orang share tu secara tidak langsung bawak imej brand kita.. Kalau kita post benda negatif, so kita akan dapat feedback yang negatif jugak.. Kang brand awok dapat imej yang teruk tak tahu ea..

Contohla contoh posting yang boleh dibuat adalah berbentuk tips-tips.. Tak kesahlah tips berkaitan produk kita ke, pasal isu-isu semasa ke.. Tapi abam nasihatkan jangan post benda-benda merepek yang boleh buat audience annoyed dengan page kita.. Haa paham tak?

#4: CONTENT PELBAGAI BENTUK

Teringat pulak mase Ramadhan bertahun lepas.. Saje jalan-jalan kat downtown tett.. Haha.. Jalan punya jalan tengok baju raya, then sampailah kat satu kedai ni.. Tapi kedai ni Allahu.. Marketing campaign diorang kaw-kaw punya.. Sebab apa?

Okay kedai ni namenye kedai A. Kedai A ni jual baju kurung.. For sure la kat downtown tu ramai orang yang jual baju kurung.. And pelbagai bentuk cara diorang promote nak tarik customer..

Tapi staff kat kedai A punya idea lain dari yang lain.. Rasanya idea tu dari tokey kedai kot.. Tokey kedai ni pakaikan baju kurung kat staff-staff laki dieorang.. Bukan takat baju kurung je.. Ni sekali dengan lipstik dengan mekap haa.. Nasib baikla jantung ni still kuat.. Kalau tak dah rebah tersungkur dek perempuan jadian.. Kah!

Lepas kejadian tu, rasanya oghang Malaysia ni sangat geliga otak kalau bab-bab bisnes.. Sebab bukan takat offline je mantop, online pun same jugak mantopnya terutamanya bisnes online di fb..

Sebab apa? Sebab diorang integratekan atau istilah bahasa Malaysia nya adalah combinekan pelbagai bentuk content untuk naikkan brand diorang..

Sebab diorang tahu, content secara bertulis tak cukup strong untuk tarik perhatian audience di fb.. So diorang tambahkan lagi perencah untuk jadi sesedap yang mungkin..

Content secara bertulis dahla cukup bombastik, ni diorang tambahkan lagi pulak dengan gambar-gambar produk.. Memang content diorang bertambah-tambah ganas.. And kemain rancak la engagement yang diorang dapat..

Tu baru gambar produk, ni tak campur lagi kalau diorang buat video live ke, video tutorial ke.. Risau boleh gila fb nak handle engagement yang diorang dapat.. Kah!

#5: KAITKAN DENGAN ISU SEMASA

Sekarang trend senang bebenor nak berubah.. Trend sekarang tak macam dulu.. Dulu-dulu masa zaman mak ayah kita, satu trend boleh bertahan selama 10 ke 20 tahun.. Sekarang takat nak tahan sampai 6 bulan pun payah..

Brand kita akan stabil kalau kita dapat get along dengan isu-isu macam ni.. Sebab tu usahawan hendaklah mengambil inisiatif untuk alert dan aware dengan isu ini..

Itu saje nak bercerita pasal nak stabilkan brand.. Haha.. Kalau berkaitan dengan content pulak, kita boleh kaitkan dengan isu-isu semasa agar content kita ni nampak ceria dengan pelbagai input yang berguna..

Contohnya kalau kita nak post berkaitan dengan tips-tips berjimat-cermat.. Kita boleh relatedkan dengan isu-isu seperti kegawatan ekonomi.. So pembaca nampak ada kaitan apa yang kita post dengan isu yang direlatedkan..

Haa tamatlah sudah beberapa petua untuk menarik audience.. Petua yang boleh diamalkan dengan selamat dan sejahtera.. Kah!

Ni baru sikit je.. InsyaAllah Sifufbads akan kongsikan lagi kalau free.. Haha

Dapat belajar sesuatu tak?

Kalau dapat jangan lupa Kongsikan… dan SHARE kat member yg lain..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *