Penat Belajar Oversea, Balik Malaysia Jadi Salesman

Hafiy Hazmi

Kisah inspirasi arini, yang juga diambil dari koleksi inspirasi anak murid Sifufbads. Kali ni dengan kisah seorang salesman kereta…

“JUAL KETA KAT FB? BIAQ BETOI?”

Apa tak bolehnya.. Fb ni kan medium/platform marketing.. Apa saja leh diniagakan..

Malas nak citer banyak, jom terus baca kisah dia di bawah.. Malas baca, toksah baca.. Rajin baca, insyallah anda dapat ilmu.. mana tau pasni jual kete jugak ke?

” Assalamualaikum sifu jamal dan team sifufbads. Semoga dimurahkan rezeki dan berada dalam rahmat Allah Selalu.

Sebenarnya dah lama nak cuba share pengalaman saya. Tapi, memandangkan agak busy menjelang raya baru2 ni kerana tempahan kereta terlalu banyak. Baru sekarang free untuk share pengalaman. Saya share kan pengalaman saya ini sebagai tanda penghargaan kepada Sifu Jamal dan juga team Sifufbads kerana banyak mengajar dan membantu saya dalam bidang fbads ini.

Saya sebenarnya bermula dalam bidang Jualan Perodua dalam keadaan kosong. Memang saya tak pernah ada pengalaman jual kereta sebelum ini. Sebelum saya menceburi bidang jualan Perodua. Saya merupakan seorang Jurutera Panasonic selama hampir 3 Tahun. Saya graduate dari University of Melbourne Australia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.

Saya berhenti kerja dari Panasonic dan cuba untuk mencari kerja Jurutera yang lain tapi tak berjaya. Setelah hampir 2 bulan Jobless, kawan saya mencadangkan agar saya cuba jual kereta Perodua sementara waktu.

Niat awal dulu memang nak menjual kereta ni sekejap sahaja. Sebab susah sebenarnya nak jual kereta ini.

Saya ingat senang. Ketika awal dulu, saya membuat marketing guna cara konvensional. Edarkan Flyers di Stesen LRT Putra dan KTM, pasang banner di pokok2 dan tiang eletkrik, membuat roadshow di Pasaraya dan juga membuat duty di Showroom. Result saya bulan pertama adalah kosong jualan. Saya fikir ketika itu memang tak boleh pergi jual kereta Perodua ni. Saya kerja dari selepas Subuh (edar flyers di LRT ) sehingga la ke waktu malam jaga roadshow di pasaraya.

Masuk bulan kedua, saya kuatkan juga semangat untuk teruskan jualan. Ketika ini, saya dah mula berjinak jinak dengan online marketing. saya sudah mula membuat fanpage dan juga blog. Teknik online marketing memang zero. Ketika itu saya ingat lagi saya invite hampir 1000 orang Friendlist saya untuk LIKE fanpage saya. Cuma 300 orang je yang respons. Teknik marketing secara konvensional masih diteruskan macam biasa. Akhir bulan kedua, jualan saya hanyalah 2 unit sahaja.

6 bulan dah berlalu, jualan kereta saya average hanya 3 unit sahaja setiap bulan. Saya mula hampir dikenakan WARNING LETTER kerana setiap salesman wajib menjual minimum 4 unit. Saya dipanggil Manager saya dan beliau tanya apa yang saya buat untuk jual kereta. Saya cerita yang saya membuat jualan menggunakan teknik konvensional dan juga online marketing.

Manager saya suruh abaikan buat online marketing kerana dia cakap takde orang yang nak beli kereta secara online. Dia suruh saya fokus terus teknik konventional. Waktu tahun 2011, tiada lagi orang yang PROVEN boleh menjual secara ONLINE. Ketika itu, saya tekad nak buktikan yang Manager saya salah.

Bulan June 2011, ketika itu semakin dekat dengan pelancaran Myvi Baru Lagi Best. Sebulan sebelum launching saya tekad saya nak all out buat online marketing untuk kumpul booking sebelum launching. Saya mula buat iklan di blog2, forum2 dan juga fb ads. Pada tahun 2011, ketika itu ilmu fb ads sangatlah sikit. kurang rujukan dan tiada bukti PROVEN yang orang boleh berjaya dengan fb ads marketing. Kos satu LIKE atau engagement ketika itu lebih kurang 50 sen hingga RM1 setiap Klik. Sangat mahal sebab ilmu fb ads pon belum ada waktu tu.

Alhamdulillah, ketika launching Myvi baru saya dapat hampir 10 booking setiap bulan dan momentum itu berterusan sehingga akhir tahun. average jualan ketika itu ialah 10 buah unit sebulan. Dan penghujung tahun 2011 saya buat rekod 17 unit sebulan. First time jual lebih 15 unit sebulan. Kali ini manager saya panggil sekali lagi ke biliknya. Dia tanya macam mana saya menjual. saya cakap saya fokus kepada online marketing. Akhirnya, dia endorse saya untuk menjual kereta secara ONLINE.

Bermula tahun 2012 hingga 2013, saya mula fokus buat marketing 100% melalui online. Saya sudah tidak lagi menggunakan cara konventional. Ilmu fb ads sudah mula berkembang ketika itu. Tapi, still belum mencukupi. Average jualan saya ketika itu antara 15 unit hingga 20 unit.. dan sangat susah nak lebih 20 unit sebulan.

Saya rasakan seperti ada yang tak kena dengan fb ads yang saya jalankan seperti sudah TEPU. Ketika itu, saya tambah ilmu dengan menghadiri seminar fb ads anjuran sifu Jamal. Ketika itu terbuka mata saya.. rupanya banyak lagi selok belok fb ads yang saya belum tahu.

Saya nekad berguru dengan sifu jamal untuk mendalami dengan lebih mendalami ilmu fb ads. Alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan. Tempahan kereta saya bertambah 2 kali ganda. Average Jualan saya sekarang mencecah 30 hingga 35 unit sebulan + Pending Stock 30 unit. Total hampir cecah 50 hingga 60 unit sebulan (termasuk pending stock).

Tahun 2012 hingga 2014, saya hanya ada seorang pembantu membantu urusan teknikal. Sekarang ini tahun 2015, saya mempunyai 3 orang full time staff dan juga 3 orang student praktikal untuk membantu saya. Saya sekarang sudah tidak lagi menjawab Call dan Whatsapp dari customer. Staff saya yang berdedikasi yang uruskan semua.

Pencapaian saya untuk tahun 2014, Saya telah mendapat 2 anugerah dari Perodua.

.. No. 2 SSI Ranking di Malaysia
.. No. 4 Sales Ranking di Malaysia

InShaAllah target saya untuk tahun 2015 adalah untuk menjadi Salesman No. 1 di Malaysia.

Sebelum saya mengakhirkan cerita saya nie, saya nak sentuh sikit berkenaan redha Mak dan Ayah kita. Ketika saya berhenti kerja Jurutera dulu, Mak dan Ayah saya sangat marah. Mana tak nya.. kerja jurujual ni hanya perlukan SPM sahaja. Sedangkan saya mempunyai Degree Overseas.

Hampir setiap minggu parents saya suruh cari kerja baru dan tinggalkan kerja salesman nie. Tapi, saya pujuk perlahan-lahan. Saya cakap yang saya serius nak cuba bidang baru ini. Tunjukkan kepada parents kita yang kita ni serius dan jaga hati parents kita.

Alhamdulillah, selepas setahun Mak dan Ayah redha dengan pilihan saya. Mak saya selalu doakan semoga saya berjaya dalam bidang ini. (Kalau tanpa redha mak, susah untuk kita pergi jauh. Mak saya sudah meninggal dunia. Namun, saya bersyukur sebab Mak dah redha sebelum dia meninggalkan saya).

Alhamdulillah, sampai di sini sahaja perkongsian pengalaman hidup saya. Saya harap ianya boleh memberi motivasi kepada anda. Jangan takut untuk menceburi bidang Jualan dan Perniagaan. Pastikan DUIT SIMPANAN dan ILMU anda mencukupi untuk anda mengharunginya.

Sekian dari saya”

.. BONUS

Ini NASIHAT dari beliau untuk NEW SALESMAN..

Untuk buat sales, kita kena KONSISTEN dan ISTIQAMAH. Jangan mudah give up! Jangan harap nak hasil segera. Boleh jadi customer yang jadi prospek kita harini tak beli dengan kita dengan segera. Mungkin mereka akan beli dengan kita pada minggu depan.. bulan depan atau tahun depan.. mana tau kan?

Fokus anda hanyalah berikan SERVIS yang TERBAIK.

Jadi, kepada anda yg masih baru dalam bidang sales. BERUSAHALAH bersungguh sungguh! Cuba tahan at least setahun. Inshaallah anda akan berjaya..!

Similar Posts

12 Comments

  1. Kagum dengan semangat beliau. Saya juga merupakan jurujual ,dah lbih 6 bln.mula2 scr part time, skrg full time. Saya pernah attend sifu bads missing chapter ni.. tp rupanya nak kena invest lbh rm3k untuk dptkan personal coaching.. nak sangat tp belum ad rezeki .. doakan sy dpt sales yg bnyak agat dpt attend personal coaching dr sifubads.

  2. salam sifu bad, saya mohd dr trg. saya tak pandai nak promosi dan saya tak ada bisnes lagi punni. tapi saya tengok bisnes sim kad toneexcel ni . dia ada pendapatan pasif walaupun sen-sen saja. saya berhasrat untuk buat secara serius bisnes ni. nak belajar cara promosi secara off line dan online. tapi dengan kos yang paling minima je. sebab saya kewangan tak mengizinkan. mohon pandangan dan tunjuk ajar. sekian terima kasih.

  3. memang kena ada keyakinan yg tinggi..berapa ramai orang yg buat konvensional punya style pun bungkuih..ini kan pula jual online..namun istiqamah lah jalan yg terbaik..terima kasih sudi share Tuan

  4. Pengalaman yg luar biasa..terbaikkk
    Saya azhar berminat sgt utk menceburi menjual kereta ni boleh tunjuk ajar saya sifu

  5. saya baru nak mencuba bidang ni..saya rasa mcm nampak jalan sikit untuk ubah life saya..harap dpt berikan lg tips yg blh sy pelajari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *