Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Dulu Akak Ni Nak Jadi Inspektor Polis…

Diterbitkan pada Sep 27, 2016 oleh

azie

Sejak kecil lagi, beliau menyimpan impian nak jadi Inspektor Polis. Sehinggalah beliau diperdaya oleh husband sndr utk join bisnes. Asalnya mmg tak minat lansung, malah seumur hidupnya juga tak pnh terpikir pn utk join bisnes2 ni… Siap2 marah lagi knapa nk suruh dirinya ber-bisnes. Bermula hny dari Dropship jual produk org lain, sedikit demi sedikit semakin rasa sesuai dgn jiwa apabila berjaya perolehi keuntungan.

Kini beliau berjaya memiliki produk jenama sendiri atas nama AZIE SHAZIANA SYARIE yg fokus pada pakaian wanita utk MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.

Setiap perjalanan itu tidak semudah yg ditulis dan disangka, setiap jatuh bgn itu bisa memberi Inspirasi dan Pengajaran penting yg bermanfaat utk yg lain. Ok, jom kita baca kisah jatuh bangun yang ditulis sendiri oleh beliau.

“Assalammualaikum, salam ukhwah fillah penuh rahmat.

Nama saya Shaziana Shariff atau lebih dikenali dengan nama Azie Shaziana. Saya berasal dari Mersing, Johor. Ibu bapa sy adalah Peneroka Felda. Sebelum ini saya bekerja sebagai seorang Engineer Production di Shimano Component Malaysia .

STRESS BETUL KERJA MAKAN GAJI

Dulu, masa saya belajar saya berasa amat susah. Rupenye bila kerja mkn gaji hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa peritnya tekanan yang saya hadapi. Lagi-lagi selepas saya dinaikkan pangkat, Tekanan dan beban kerja saya bertambah 10 kali ganda!!!!

Ramai ibu bapa yang mungkin bangga bila anak-anak ada title Engineer tapi terus terang saya tak dapat tidur malam sebab 24 jam otak saya berfikir tentang apa yang akan saya hadapi esok hari.

Walaupun masa tu saya rasa gaji saya cukup tapi apa guna jika hidup saya tak tenang. Kdg2 mlm2 buta boss saya call membebel.. Esok sebelum orang lain masuk kerja saya akan dibebel dulu oleh boss.

MEI 2014 saya berkahwin dengan suami dan saya mengambil keputusan untuk ikut suami ke Shah Alam. Untuk pengetahuan suami sy juga seorang engineer. Saya Nekad!!!! Benti Kerja..Mula-mula niat akan cari kerja kat Shah Alam. Tapi disebabkan saya trauma dengan kerja yang lepas saya tangguhkan dengan niat nak tunggu panggilan PDRM untuk jawatan Inspektor Polis.

MULA BISNES

Sememangnya memang impian saya dari kecik utk jd INSPEKTOR POLIS. Dalam masa menunggu duit simpanan yg saya ada semakin menipis. Dari kecik lagi saya sudah diracuni oleh emak. Jadi org pompuan mesti ada sumber pendapatan sendiri! Senang klu jadi ape2. Saya BUNTU!!

Tak mungkin sy nk jd Engineer semula. Husband yang mula2 bagi cadangan untuk jual product kecantikan yang saya makan, Dianz Vitamin. Pada mulanya, saya marah husband. Saya cakap, dia mengarut sebab seumur hidup belum pernah sy terfikir nak bisnes. Jahilnya sy masatu, sbb saya rasa org berniaga ni minta simpati orang. Kesian..sy xdapat tangkap lagi kenapa bisnes adalah SUNNAH RASULULLAH.

BERNIAGA DENGAN ZERO MODAL

Akhirnya.. saya cuba jugak lepas husband berulang2 cakap benda yang sama. Saya tak nak laburkan duit. Saya takut!! Saya bermula dengan ZERO MODAL. Ya.. saya hanya seorang dropship yang tak tahu langsung apa itu online banking. Saya hanya promote di Facebook personal saja.Dalam sehari ntah bape kali saya ke bank untuk cash deposit.

Untung untuk sebotol masatu RM10. Lama2 saya makin seronok dan temui jiwa saya dalam berniaga. Semakin seronok. Husband nasihatkan saya untuk join stokies, dan akhirnya saya terpedaya juga dengan nasihat husband. Apa-apa jadi die tanggung !! hihi

Lepas join Stokies, saya culture shock! Saya tak taw FB ni ada medan pemasaran. HQ mmg ade sediakan dan ajar FBADS. Tapi jujur sy xpernah buat FBADS, saya takut sbb melibatkan duit. Kalau xjadi, kan ke naya duit saya yang xberapa nak banyak tu. Saya teruskan promote kat personal fb je.!!

CABARAN

Tapi saya mula rasa sangat2 tercabar bila ade 2 benda yang berlaku dalam hidup saya. Pertama saya di block oleh stokies yg supply product masa sy jd dropship, kedua ramai org2 yg terdekat mengata saya” belajar tinggi tapi jadi surirumah”.

Ada juga yang mesej saya , Tanya kenapa saya tak kerja , belajar la pegang duit sendiri. Ada yang cakap saya susahkan mak bapak sebab habiskan duit blaja tinggi tapi tak kerja. Ada yang cakap sy habiskan duit suami. Ada yang cakap nanti suami saya cari lain.. Allah…masa tu suami dan emak saja la yang faham kesedihan saya.

FB ADS

Walaupun income bulanan masatu mencecah 3k-5k sebulan tapi tak Berjaya ttp mulut orang. Yela balik kampong ade kereta saga burok je. Org tgk pun kesian. Saya mula mencari jalan untuk tambah lagi income. Tapi dengan menggunakan FB PERSONAL agak susah sebab org yg dapat lihat iklan kite adalah LIMITED.

Dari situ saya mula google “FB ADS”. Bagi saya ni je satu2nya jalan nak BOOM cpt2. Godeh punya godeh sampaila saya terjumpa page SIFU FBADS!! Amboi die punya testimoni.. yek2 je.. saya cube pm di page….tapi ….. tidak berbalas…sombong betul sifu jamal !….huhu

TERCABAR TENGOK TESTIMONI DI PAGE SIFUFBADS

Hari2 jiwa dan raga saya dibelasah oleh testimoni panas dr Page Sifufbads….berkobar2 betul saya nak join. Sampaila satu hari tu sifu bukak KLAS SEMINAR. Husband la org pertama yang galakkan sgt sy pergi seminar tu. Die yg bersusah payah hantar naik motor p seminar sebelum pergi kerja. Mana la sy tahu jalan KL ni. Tujuan saya p seminar memang semata2 nak join clas anjuran sifufbads sbb memang sy nekad pakai duit yg ade untuk dptkn ilmu yg ade pd sifu.

TURNING POINT – BUAT SMP JADI

Lepas habis class, sy terus cube buat. Tapi tak jadi. Mula2 sy rugi 2K kos pengiklanan. Xde result. Tapi bila ngadu kat sifu, sifu ulang banyak kali BUAT SAMPAI JADI. Saya mula muhasabah diri dan dari situ pencarian saya berakhir dengan bertemu pencipta saya.. sy cari2 saya hanya jumpa DIA. Sy jumpa DIA. Saya belajar Marketing dengan ALLAH lalu saya gabungkan dengan ilmu teknikal yang sy pelajari dari sifu jamal.

Favourite teknik saya adalah TEKNIK REMPIT, sbb sy nak bina engagement dan trust pelanggan. Saya hanya guna satu teknik tu saja. Dengan berkat doa emak dan suami, Sale dari 5K melonjak ke 10k, 20k, 40k dan 50K secara RETAILS sahaja.

Setiap Target company saya akan dpt reward termasuk emas dan melancong ke china. Kalau dulu sy rasa mustahil dan sy ade limitation dalam pencapaian saya tp kini saya yakin sbb sy ada PENCIPTA yang Maha Kaya. Pernah iklan saya stuck selama 2 bulan. Apa saya buat ialah saya sedekah sejumlah wang pada account emak tanpa diketahui secara konsistant sampai acc emak kene BLOCK. Dan Alhamdulillah ALLAH mudahkan urusan perniagaan saya.

KELUAR DARI COMFORT ZONE

Setahun saya berada di ZON SELESA. Sifu selalu psiko bila saya nak buat product sendiri. Bukan saya taknak.. Tapi…… sifu selalu sebut pasal USP. Kalau saya keluarkan product pun , apa USP yang akan saya tonjolkan.? Secara tak langsung, sifu ckp kalau xdak idea, pergilah melancong. Saya cume bawak mak abah saya pergi bercuti pada bulan 10 tahun lepas.

Balik dari percutian ALLAH ilhamkan saya idea “ AZIE SHAZIANA SYARIE ” melalui SWOT analysis. Matlamat saya adalah untuk melihat kaum wanita berpakaian dgn MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA. Kalau dulu saya yakin hanya boleh buat 5 angka.. alhamduillah sekarang saya Berjaya buat 6 angka dan InsyaALLAH 7 angka selepas ini..Disebalik penubuhan AZIE SHAZIANA SYARIE, ade satu team sebagai tulang belakang iaitu agent dan dropship yang sangat positive. Dan …saya sangat sayangkan mereka.

JANGAN KEDEKUT UNTUK DPTKAN ILMU

Terima kasih Allah telah menemukan saya dengan SIFU JAMAL. Entah berapa bnyk pahala sifu dapat sebab membantu anak bangsa Berjaya. Semoga sifu Jamal dan Team Sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T.. Hasrat menjadi pegawai polis terkubur begitu sahaja. Sebab saya pilih jalan ini. Jalan yang terlalu banyak mentarbiyah diri saya sebagai hamba ALLAH yang lemah.

Suka saya ingatkan Marketing la dulu dengan ALLAH kerana apa saja ilmu marketing yang ada dalam dunia ini hanyalah “TOOLS” . Dan jika terasa susah nak CLOSE SALE, mohonla juga pada ALLAH. Kerana DIA satu-satunya yang memegang hati kita semua. Carilah guru yang betul2 ingin membantu dan melihat kita terbang lebih tinggi.

Saya doakan anda yang membaca dan share coretan ini dilimpahi rahmat dan kasih saying ALLAH s.w.t.. (Doakan saya juga ya)

Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada”

Azie Shaziana
PAGE: Azie Shaziana Syarie
Alumni Sifufbads

Kategori: Kisah Inspirasi

Komentar (1)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!