Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Kejayaan Si Buta IT

Diterbitkan pada Aug 31, 2016 oleh

nurul tyra

Satu lagi kisah dari student Sifufbads yang buta IT.

Dulu akak cute lagi comel ni seorang buta IT tak tahu langsung mengenai online marketing. Yela, dah bertahun-tahun guna cara offline je. Bila nak guna cara online, mmg pening kepala!

Naper tiba2 akak ni nak buat online marketing? Buat offline je tak cukup ke?

Ini citernya…

” Assalamualaikum semua, saya Nurul Huda Hj Mohd. Berasal dari Parit Raja, Batu Pahat Johor. Kini menetap di Puchong Selangor.

CEO di TYRA Wholesale. Kami adalah pembekal jubah muslimah dimana kami membantu usahawan usahawan online dan offline yang komited untuk menjalankan perniagaan busana muslimah. Kami menyediakan koleksi-koleksi jubah terkini yang mudah dipasarkan di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei.

InshaAllah.

JUNE 2010..

Saya memulakan perniagaan pertama saya sebagai pembekal pakaian di Pusat pemborong fesyen di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, memang tak banyak pun pengusaha melayu dalam industri borong pakaian dan saya mencabar diri bagi menceburi bidang borong fesyen saya di sini walaupun terpaksa bersaing dengan ramai pengusaha bukan bumiputera.

Sejujurnya saya amat old skool. Renyah la nak pakai pakai computer ini. Apatah lagi tak pernah ambil tahu pun pasal FB dan apa potensinya berniaga guna FB, personal FB pun saya takde!

Ketika itu, saya merasakan mudahnya bisnes saya. Pelanggan-pelanggan saya terdiri daripada jerung-jerung besar yang sudah mempunyai butik-butik gah dalam shopping mall. Mereka akan melakukan aktiviti memborong dari kami secara konsisten setiap minggu dan bulan.

Majoriti dari mereka mempunyai lebih dari satu butik dan pelbagai outlet.

Time tu, business was smooth sailing. Saya merasakan bisnes sebegini amatlah mudah. Nothing can stop me. Or so i thought…

AWAL 2012..

Saya memberanikan diri utk menambah outlet butik borong dari 2 kepada 4.

Dari sewa kedai RM3500 ke RM41000 sebulan. Giler kan? Memang tengah gile time ni! Ngeee..

Dengan kadar sewa RM41000 sebulan saya meletakkan harapan jualan akan meningkatkan minima RM500k sebulan.

Namun…

Selepas membuat keputusan drastik tersebut. Jangkaan jualan sebanyak RM500k itu terbalik sama sekali. Duit saya terlebur dan terus menjadi kerugian sebanyak RM600k dalam masa yang amat singkat.

DIPENDEKKAN CERITA, PADA AWAL 2013..

Saya dapati pelanggan-pelanggan saya yang memiliki butik-butik fizikal umpama cendawan selepas hujan. Terpaksa gulung tikar. Kepercayaan saya yang selama ini menyangkakan bahawa perniagaan secara offline semata-mata adalah selamat. Kini tidak lagi. Dahulu mereka boleh membeli utk 5 ke 7 cawangan mereka.

Sekarang, mereka tidak konsisten order. Dan hanya mampu membeli stok utk sebuah cawangan sahaja. Apabila saya menyelidik situasi bisnes mereka ini. Saya dapati perniagaan secara offline mula ditelan zaman. Satu persatu cerita “tutup kedai” dari pelanggan-pelanggan saya.

Saya dah jadi master main maestro konserto terakhir saya. Selama setahun saya bermain biola dan piano mengenangkan nasib bisnes saya yang mula merundum.. buntu.. dan terbantut. Tiada sebarang usaha yang boleh saya fikirkan utk keluar dari lubang kegelapan yang saya alami ketika itu..

Sampailah satu tahap, saya telah melanggar kontrak sewa premis dan terpaksa mengundur diri kerana sudah tidak mampu lagi bayar sewa bulanan yang tinggi itu.

Jualan sekadar cover sewa sahaja. Kebajikan pekerja terabai. Bayangkan.. 4 bulan mereka terpaksa mengikat perut tidak bergaji. Segala simpanan saya lebur sampai suatu ketika saya dan suami mengambil keputusan yang mana boleh jer.

Saat itu, bayangkan susu anak berusia 6 bulan kami dapat dari hasil mengambil upah mencuci rumah jiran tetangga. (Laki bini jadi part time maid / cuci rumah jiran ) demi meneruskan kehidupan. Muka dah tebal 10 inci dengan keluarga dan keluarga mertua yang terlalu banyak membantu kami melangsaikan hutang-hutang tertunggak..

Walaubagaimanapun…

Allah sayangkan saya. Ujian itu adalah nikmat dalam diam. Pengalaman pahit itu jugalah pengajaran paling manis sebenarnya. Dalam apa-apa bisnes, kita mesti peka dengan arus peredaran trend yang sentiasa berubah. Bukan sahaja trend fashion, malah cara berbisnes juga turut berubah.

Perniagaan yang berasaskan fizikal semata mata tidak mencukupi dan menjamin kestabilan bisnes.

SEPTEMBER 2013..

It was my turning point apabila menghadiri sebuah seminar perniagaan buat pertama kali dalam hidup saya. Ilmu ini benar-benar menampar saya. Fakta-fakta menunjukkan bahawa pasaran di Malaysia kini bertumpu kepada online. Sebuah lautan perniagaan yang sangat asing bagi saya yang amat BUTA IT.

FB Page? Whats that? Sampai tahap macam itu level online marketing saya. Memang tak tahu langsung!

Dengan mentaliti baru bahawa dengan ilmu mampu mengubah nasib seorang hamba Allah. Salah seorang ejen saya yang amat prihatin dan positif mengesyorkan saya untuk pergi belajar FB Ads.

MEI 2015..

Saya menghadirkan diri di seminar anjuran Sifufbads. Saya daftar bersama dengan lebih 30 orang agen-agen saya yang juga turut berkobar utk mengubah kehidupan dan perniagaan mereka.

Hasilnya…

Wow! Tak sampai sebulan lepas kelas tersebut, ilmu yang dipraktikkan telah meraih hasil jualan mencecah 6 angka dengan hanya kos sebanyak lebih kurang RM3k sahaja. Hanya dari FB Ads.

Hasil usaha keras dari team saya, dari bulan ke bulan, jualan terus meningkat 80% dari FB Ads. Terduduk saya kali ini, rasa terharu.. ILMU will changes you!

Terima kasih kepada Sifu Jamal dan seluruh team Sifufbads kerana atas didikan dan saranan mereka, kini perniagaan yang kami usahakan bangkit semula. Alhamdulillah pelaburan ilmu FB Ads ini sangat berbaloi!

Up till now, saya terus upgrade diri dan fahaman mengenai FB Ads. Yang amat saya terkesan sekali adalah, Sifu Jamal rajin follow up dan memantau anak-anak muridnya rupa-rupanya.

Terharu..

Bayangkan, salah satu pencapaian oleh si buta IT ini kini mampu rekrut berpuluh-puluh agen sebulan dengan hanya penggunaan sistem minisite di www.tyrawholesale.com.

Malah, kini kami juga turut menambah nilai dengan berkongsi ilmu mahal ini bersama sama agen-agen kami bagi membantu menaikkan bisnes mereka melalui FB Ads. Moga Allah menganggap ini sebagai salah satu cara utk saya memastikan mereka juga tidak mengalami apa yang telah yang saya alami ketika dulu.

Lama pula berceloteh. Moga menjadi pedoman kalian yang membaca. Bila anda dah guna FB Ads, bersedialah dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi tsunami lonjakan jualan yang luar jangkaan.

Anda akan merasai pengalaman ngeri seperti,

– menjadi sotong kurita menjawap beratus-ratus wasap sehari dari pelanggan yang gila-gila nakkan produk anda.

– tak cukup tido memikirkan stock yang habis terjual dalam masa singkat.

– ejen gaduh, merajuk , complain tak cukup stock.

PASTIKAN!
PASTIKAN!
PASTIKAN!

.. anda betul-betul BERSEDIA fizikal dan mental ya!!

Semoga maju jaya!”

Dalam membuat bisnes, persediaan MENTAL dan FIZIKAL sgt penting! Kalau tak, kita akan mudah putus asa. Bila susah sikit, jadi tension.. tak tahu nak buat apa.

Jadi, apa yang kita perlu buat? Goyang kaki? Pergi tengok wayang..?

PERGI LA BELAJAR! CARI ILMU!

Dengan ada ilmu je, kita akan dapat tingkatkan kualiti diri. Kesannya, bukan diri kita je yg akan jadi lebih baik, malah orang sekeliling pun akan jadi sama. Kan bagus camtu?

–> Sibuk? Selalu takde masa? ITU SEMUA ALASAN JE..

Nak berjaya, kita kena korbankan sesuatu. Bukan tahu merungut je! BETUL?

Komentar (0)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!