Kisah Brother Pemotong Daging!

kisah pemotong daging

Hari nie saya nak share sikit tntng kisah brother pemotong daging di sebuah pasar raya di KL time awal 70-an dulu, time tue susah jugak nak dpt makanan sejuk beku yg dapat dipastikan status halalnya.

Brother ni kemudiannya bertindak menyelesaikan masalah tersebut dengan membantu org ramai pada zaman itu dengan mengambil peluang menghasilkan makanan sejuk beku halal bagi memenuhi permintaan umat Islam di negara ini.

Ketika di peringkat awal, byk cabaran mendatang, ramai yg perlekehkan usahanya, tapi dia tak pedulik dan terus fokus dan berusaha dengan penuh semangat mengembangkan perniagaannya, berbekal modal dengan simpanan sendiri, dan pinjaman modal Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad, beliau terus mengorak langkah demi langkah.

Sehingga kini, bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan dengan hanya mengeluarkan daging sebanyak 300 keping sehari, kini perniagaan beliau mampu mengeluarkan 30 tan daging sehari selepas 20 tahun.

Power ! 20 tahun tue….dah mcm tempoh penghasilan pokemon go !

Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Ramly yang merupakan pengasas kepada produk jenama Burger tempatan paling femes dimalaysia iaitu ‘RAMLY’ atau lebih sering disebut2 sbg Burger Ramly…ada yg tak kenal ker?..

Rugi…Jom kenal beliau lebih dalam…

Hari ini, beliau yang lebih dikenali sbg Haji Ramly berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga ke tahap komersial. Syarikatnya kini berkembang sebagai sebuah syarikat besar iaitu Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd, Ramly Supermart Sdn Bhd dan Ramly Mokni Bakeri Sdn Bhd.

Malah, syarikatnya juga telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh pihak Bank Pembangunan atas kecemerlangan dan prestasi baik.

So..kenapa hari ni saya nak share kisah beliau?…apa bestnya beliau?…haaa…siapa tak kenal burger ramly kan?…boleh bertahan begitu lama…apakah kekuatannya?..berdasarkan pemerhatian saya…ada beberapa point penting yg kita boleh ambil sbg pengajaran penting utk kita BERTAHAN LAMA dalam sesuatu bisnes !

Jom…kita kupas satu2…moga ia bermanfaat utk kita hadam bersama…

  • SELESAI MASALAH ORANG

Beliau bermula dengan niat untuk bantu selesaikan masalah masyarakat ketika itu yang sukar mendapatkan makanan sejuk beku berasaskan daging yang halal. Menjadikan usaha beliau ketika itu sbg satu jihad fardhu kifayah penting yang memberi impak kepada industri makanan halal di Malaysia.

  • BRANDING

Syarikat Ramly membina penjenamaan yg sgt kukuh sehingga hampir semua daging burger kini disebut burger ramly walaupun kdg2 stall burger itu tdk menggunakan daging ramly pn…malah jenama Ramly memiliki raving fansnya yg tersendiri yg kuat membeli rangkaian produk jenama beliau.

  • FOKUS

Dari hanya seorang pemotong daging, kemudiannya menjual kepingan daging, beliau terus fokus berada dalam industri yg sama sehingga mampu menjadi seorang yg pakar dalam industri tersebut dan mampu bertahan lama sehingga kini. Selain daging burger, jenama lain yg bernaung di bawah Ramly adalah burger ayam dan daging, rangkaian produk nugget, jejari, sosej dan banyak lagi, malah produk Burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya.

  • BERANI MELABUR

Beliau berani membuat pelaburan besar bagi mengembangkan syarikat dan perniagaannya dimana pada tahun 2008, beliau telah membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi membesarkan kilangnya di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang itu dilengkapi penggunaan teknologi lebih baik, telah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standardnya.

  • JAGA KUALITI & PELANGGAN

Syarikat Ramly juga dilihat sentiasa berusaha meningkatkan standard kualiti produk makanan mereka bagi memastikan kualiti produk sentiasa di tahap terbaik dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan. Dimana syarikat itu juga telah menubuhkan makmal Mikrobiologi Ramly sekali gus berfungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly.

Anda belajar sesuatu dari kupasan diatas?…saya yakin korang semua pn mesti mahu bina legasi bisnes yg bertahan lama spt ini kan?…jadi saya simpulkan antara ciri2 utk sesuatu bisnes itu bertahan lama..ia harus memiliki ciri2 berikut :

  1. Beri Manfaat Pada Ramai Orang.
  2. Fokus dan Tidak Mudah Putus Asa.
  3. Penjenamaan yg Berterusan dan Kukuh.
  4. Yakin dan Berani utk Kembangkan Bisnes Sendiri.
  5. Sentiasa Jaga Kualiti dan Jaga Pelanggan.
  6. Sentiasa Kaji Perubahan Kehendak Pasaran Semasa.

Mari kita sama2 audit perjalanan bisnes kita utk ia mampu kekal BERTAHAN LAMA! Aminn…

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *