1st Time Datang KL, Saya Ada RM50 Jer…

Sue Adira

Itu jelah duit yang ada semasa beliau pertama kali jejak kaki di KL.

Bila dah dapat keje, gaji RM400 je. Ok la, dari takde keje.. dari duk merempat kat rumah goyang kaki, baik pergi cari pengalaman keje…

Sambil-sambil kerja tu, dapat pula tawaran untuk belajar di IPTS. Itupun duit tak cukup nak buat bayaran, terpaksa la kumpul duit dulu. Nak kumpul duit yang sakit tu, kerja dari 8 pagi sampai 2 pagi! Keluar pagi, balik pagi! Hidup dah tak mcm org! Dah macam mesin kat kilang..! Keje 24 jam!!

Bila masa nak belajar kalau camtu?

Kalau anda nak tau, beliau juga pernah berhutang sehingga RM300K tau! Banyak tu..!

Ambil bertahun jugak la bayar hutang tu! Takkan hidup untuk bayar hutang je!! Jadi, camner caranya nak settlekan hutang tu?

Teruskan membaca perkongsian dari beliau…

” Hai… saya SUE ADIRA berasal dari Ipoh Perak kome……Anak sulung dari 3 org adik-beradik.

KISAH SAYA MULA BERNIAGA…

Saya terlibat dalam dunia perniagaan ni, sejak dibangku sekolah lagi. Bayangkan sejak umur 7 tahun, saya dah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh mak saya.

Saya berniaga buah nangka di dalam bas sekolah (belum sampai sekolah dah habis) di sekolah pulak saya berniaga sagun (yang tepung putih-putih tu pastu main sembur2) dan nasi lemak.

Seronok juga jual sebab dapat duit banyak. Tapi yg tak bestnya bukan duit saya, duit mak saya….. kadang-kadang cilok juga duit MAK sebab teringin nak minum air GAS punya pasal. Pernah kena marah ngan macik kantin sekolah.

Kena mengadap ngan GURU BESO. Takut tahap gaban waktu tu kome. Tapi, Makcik kantin tak tahu pelanggan VVIP saya adalah semua cikgu sekolah dan juga guru besar. huhuhuhuhu….

Pertama kali saya jejak kaki ke KL dalam poket saya ada RM50 sahaja. Masa tu, saya tumpang umah nenek saya kat Sg Buaya. Kebetulan dapat offer kerja di bandar Rawang dengan gaji RM400 sahaja.

Nak tak nak saya terima ajer dari duduk umah goyang kaki, kang kena halau pulak ngan nenek saya. Waktu yang paling sedih waktu rehat.

Orang lain makan, tapi, saya tak mampu nak beli makanan sebab RM50 tu hanya cukup untuk tambang bas ajer selama sebulan. Saya terpaksa ikat perut ni sementara tunggu gaji.

Dalam saya bekerja, saya dapat la tawaran IPTA dan IPTS . Saya terpaksa menolak tawaran IPTA sebab jauh giler nun di Sabah dan JB.

Akhirnya, saya ambil IPTS ajer la secara part time. Nak bayar pendahuluan pun mahal RM2000 waktu tu, nak gadai apa harta pun tak de. sementara nak tunggu PTPTN lulus.

Saya minta second intake sebab nk kumpul RM2000 tu. Waktu tu saya bekerja dari 8 pagi -6 petang di sebuah Firma, sambung lagi kerja dari 7 petang – 10 malam di kedai pakaian BB KIM WAH, tak habis disitu, saya sambung lagi kerja dr pukul 11 malam – 2 pagi di kedai cina ambil order makan nasi lemak.

Pukul 3 pagi baru saya dpt study . Begitu la rutin saya sampai saya habis belajar. Dah macam robot saya bekerja.

KORANG percaya tak, saya dan suami pernah berhutang lebih dari RM300k dalam masa 1hari?

RM300k tau….. boleh beli rumah kos rendah cash kot!!!

Bila korang ada masalah , terutamanya melibatkan duit, korang ingat ada BIDADARI nak bantu? Jangan mimpi wokeh!! Adik beradik pun belum tentu lagi dapat membantu. Yang boleh bantu hanya ALLAH dan DIRI KITA SENDIRI (Tiada orang lain).

Kami hanya sempat jual rumah double storey dan office shop (bahagian belakang) untuk dapatkan cash. Dalam sibuk mencari duit nak bayar hutang, kereta pun kena tarik sebab tak mampu bayar, shop office dibahagian depan pulak kena lelong. Lagi la stress nama pun blacklisted, CTOS CRIS memang teruk la kat Bank Negara tu.

Dalam kesusahan, bapak mertua sudi membantu kami bagi pinjam RM100K cash. Sedikit sebanyak kami dapat bernafas dan memulakan hidup baru sambil bayar hutang2 yang lain.

Kawan saya yang bernama Hasni (student sifu juga) ajak saya pergi kelas SIFUFBADS bagi saya flyers. Saya tengok belek2, alamak….MELAYU la. Saya memang tak confident dengan produk melayu (Minta ampun dan maaf) saya simpan buat pekasam. Dalam masa yg sama, saya skodeng juga fanpage SIFUFBADS.

Dah buat bisness macam2 tapi tak kaya2 juga…. Setakat paras hidung aje. Hutang pun tak habis2 juga. Last2 ambil juga la keputusan nekad nak masuk kelas SIFU JAMAL sbb nampak ramai testimoni yg dah berjaya.

Masa tu saya takde produk, tapi saya apply jer apa yg Sifu Jamal ajar…..tak sangka weiiiii ada org PM, orang whatsapp.. mmg gembira tak terkata! Jual power bank hello kitty saja waktu tu. Pastu, saya jual monopod bila produk dah tepu jual Jubah Frozen pulak. Bila jubah Frozen diciplak, saya jual ubat kesihatan.

Cara saya mudah je, cari produk yg betul2 HOT dan tgh TREND.. kemudian, gunakan teknik yg Sifu Jamal dh ajar, 1 teknik je yg sy guna.. tu pun dah stok dah settle…

Agak2 kalau sales dh turun tu, maknanya produk tu dah TEPU. Cari pula produk baru yg tgh HOT masa tu.. ulang lagi… ulang lagi…

Senang je kan? Takyah susah2 nak guna strategi marketing yang power2! Kan?

Lepas guna cara ni je, dalam masa beberapa bulan jer saya dah boleh settle hutang kat bank! Dengan bangganya gi bank cakap saya nak bayo hutang cash..! Dulu bank berlagak, apa salahnya saya berlagak pulak kali ni kan….syok giler dapat balas dendam ngan bank! Hahaha…!

Tapikan…. Bukan sekali buat jadi….berkali-kali saya cuba ads ni sampai menangis pun ada… ada rugi sikit pada permulaannya. Tapi bila dah dapat rentak….kasi pulun habis wokeh!!!

Sampaikan tak sedar gigi pun x sempat nak gosok, sedar2 dah Zohor sebab buka mata ajer phone dah berbunyi2 non stop. Umah pun dah macam tongkang pecah… penuh dgn kain2. Tak lama lagi korang rasalah penangan TEKNIK-TEKNIK dari Sifu Jamal.

Asyik bayo hutang orang ajer, saya pun nak REWARD diri saya sendiri jugak!

Terima kasih buat Cikgu Jamal , kerana sudi ambil saya jadi anak murid walaupun last minute sampai sesat2 jalan. Jasa cikgu terlalu besar buat saya dan keluarga. Kehidupan tukar 360 darjah.

MENYESAL tak masuk awal, MENYESAL buat perkasam flyers tu…. Dah terlambat bagi saya. Saya harap, kawan2 sekalian tak menyesal…………………………………………….. macam saya.”

Kesimpulannya…

ELAKKAN DARI BERHUTANG!

Nak berhutang bole, tapi.. biarlah ikut kemampuan kita…

Jangan la berhutang sampai boleh merosakkan hidup kita…

SAPE SINI YANG ADA MASALAH HUTANG?

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. khai says:

    terima kasih sifu atas perkongsian ni \.

    sy ada masalah skit. sy cuba iklankan produk guna fb ads ni dkat page yg sy penah tukar nama dlu (blackhat) tapi tak pernah lulus. sy dh buntu nk buat camna.

    smlm terfikir nak guna cara lain. sy create page baru.. copy post yg sama yg x lulus tu. entah mcm mana fb approve plak iklan tu.

    ksimpulan dr kes sy ni mungkin page yg ditukar nama guna cara ‘jahat’ diorang tak kan approve.
    apa pendapat tuan?

  2. Berniaga adalah satu langkah yang bijak

  3. kamal izham says:

    salam sifu jamal, sy dah cuba gunakan tutorial yang sifu berikan, dah set audience sume, tp page like masih berkurangan dan respon like to post mcm hangat-hangat je, lepas tu yang like tu dari negara seberang plak, padahal dah set kt malaysia. mcmane tu sifu, sedikit kopius ni.

    1. likes dari negara lain sbb profile fb mereka setting Malaysia. Kalau kurang respon, cuba buat boost post..

  4. ilike says:

    sangat terinspirasi…. thank you

  5. Nurul Najaha says:

    Salam sifu, saya baru nak belajar buat page dan fb ads. Semalam tak tahu apa silapnya, saya kali pertama boost post saya guna paypal nama hubby sebab akaun sy problem. Pagi td saya nak buka fb tak boleh, kena block dan perlu verify, pihak Fb minta saya sent detail Nama pic dan tarikh lahir. Saya nak tanya, kenapa ye saya kena blocked?Adakah sebab fb nama saya dan paypal nama hubby? Excited saya nak belajar buat fb ads hasil rujukan dr blog sifufbads, terpaksa tunggu pihak fb buka balik akaun sy.

  6. montana says:

    terima kasih atas perkongsian

  7. shukri says:

    tq sifu..

  8. fazli says:

    terima kasih atas pengkongsian ini..

    nak tanya.. .teknik apa yg puan sue guna tu?.. ­čÖé

  9. norazira says:

    Salam sifu..sy zira..sy dh buat step by step utk iklan fb ads
    Tp klu start nk payment tu..still x dpt…cmne step by step dan cara nk payment dgn betul
    Please.

  10. Sofar Ahmad says:

    Sue Adira mmg power !

  11. shahrizam says:

    Dalam cerita nie…ape yang paling suke tang

    ” berniaga sagun (yang tepung putih-putih tu pastu main sembur2) ”

    Memang teringat masa dolu2..hehehe!!! ape pon memang terbaik, dapat 1 inspirasi tentang tiada idea produk… jual barang2 hot pon boleh settelkan hutang…

    Memang terbaik…saya akan join class sifu jamal dan menuntut ilmu tuan jamal pula lepas nie insyallah..mudahan sama2 berjaya seperti yang lain..insyallah.amin!

  12. zam says:

    Assalamualaikum.. Sy nk belajar FB ads boleh ker…0126737558

Program @ Sifufbads

01/06/2018
Karnival Karangkraf X Sifufbads 2018
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Bila bergelar founder bisnes niBanyak hati yang kena dijagaDari atas
  • Ramai usahawan diuji teruk dlm bisnes Buat apapun tak menjadi
  • MILLIONAIRE FOUNDER DARI UIA   Penat2 bljr UIA 6
  • Pernah tak korg tgok satu2 produk atau tgok mana2 kedai
  • Utk tingkatkan kredibiliti dan trust di kedai online andaAnda kena
  • Urang lain mau jd founder kamu jadi founder jugak! Tapi
  • Ini umiemanis Dia merupakan founder pada butik imanishijab yg tersohor
  • Jika dulu dia dah bantu naikkan produk mak nya secara
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018

DOWNLOAD PERCUMA! Dah tiba masanya untuk upgrade brand anda ke NEW LEVEL! Ketahui bagaimana 7 strategi branding ini bakal membantu bisnes anda. Jangan isi form dibawah jika tak berani nak upgrade bisnes anda SEKARANG!