Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Kisah Pahit Manis Owner Izeara

Diterbitkan pada Jun 10, 2015 oleh

Kisah Pahit Manis Owner Izeara

Perkongsian ikhlas dari beliau..

” Assalamualaikum, saya Abd Rahman bin Mohd Idris, berasal dari Kajang, Selangor. Saya merupakan pengarah urusan Izeara International Sdn Bhd dan pengasas kpd produk kecantikan Jenama Izeara.

Kami merupakan peneraju pertama dalam industri yang mengeluarkan produk kurus berasaskan serum yang 100% langsung tak panas, tak berminyak dan 100% rasa seperti tidak gunakan apa-apa, tau-tau dah kurus sahaja.

Alhamdulillah, hasil R&D selama 1 tahun dan kajian tentang ‘Apa tolak tambah demand produk kurus di market’ sebelum keluar di pasaran telah membuahkan hasil yang amat luar jangkaan. Maka terhasillah produk ‘6 Inch Body Serum‘..

Dulu, masa mula-mula saya cebur dalam dunia bisnes.. saya pernah menjual perfume company ternama di Malaysia sehingga syarikat menaja percutian ke Bandung dan China kerana capai jualan tertinggi..

Namun begitu, tidak lama saya kecapi kebahagiaan dalam bidang tersebut, kerana pasaran tepu, dan ditipu pemborong akibat nakkan harga datang yang murah.. habis hampir RM100k wang saya lesap. Saya terus jatuh terduduk..

Saya teruskan kehidupan dengan mencuba nasib dalam bidang MLM, melebur juga. Kecapi nikmat hanya sekejap sahaja.. upline dan subline bermasalah. Modal di tangan habis, kehidupan mesti diteruskan, semangat masih ada untuk terus mencuba nasib dalam bisnes, tapi apakan daya langsung tiada modal.

Memandangkan anak yang masih kecil dan isteri yang sarat mengandung, keadaan sangat-sangat mendesak ketika itu, saya nekad mencari pekerjaan demi untuk menyara anak dan isteri saya yang dalam keadaan sarat dan tengah terlantar sakit akibat penyakit mistik.

Saya diterima bekerja sebagai marketing di sebuah syarikat produk supplement kesihatan, saya terpaksa membawa anak dan isteri saya untuk turun marketing sekali kerana tiada siapa yang boleh jaga isteri saya ketika itu. Anak yang ke-2 saya terpaksa berhenti sekolah sementara atas desakan ekonomi kami..

Ketika itu anak saya yang sulung sekolah di Mahad Tahfiz 4 bulan tak dapat bayar yuran, dan paling menyedihkan anak saya nak minta pen 3 batang sampai tulis surat kepada saya;

Papa.. Ummi, Linda minta maaf.. Linda tau papa umi tengah susah, tapi Linda terpaksa minta 3 batang pen sebab ustazah dah marah sebab takde pen merah dan biru untuk buat kerja sekolah

.. hanya Allah sahaja tau perasan kami suami isteri ketika itu.. Sangat perit sehingga kami hanya belanja untuk makan hanya RM10 untuk bertiga dan 1 lagi baby dalam kandungan..

Akibat tiada pilihan, dengan gaji yang sangat-sangat kecil, sewa rumah tak terbayar, kereta hampir di tarik oleh bank kerana tak mampu bayar installment..

Alhamdulilah, kisah RM10 dan nasi putih lauk kicap masin di Kelantan telah berikan saya inspirasi baru yang membuatkan 1 pukulan hebat pada saya..

Haruskah aku biarkan hidupku terus jadi begini?

Soalan ini menghantui saya seketika itu..

Pulangnya saya di Melaka, saya nekad untuk resign sebagai marketing.. dan atas bantuan sahabat saya sebagai pemborong produk-produk jamu, saya telah membuka kedai jamu di Mydin MITC Ayer Keroh, Melaka setelah isteri saya bersalin dan habis pantang, beliau jaga kedai dan saya duduk di rumah jaga anak.. nak keluar anak masih baby.. saya buntu seketika..

Saat itu, saya tak nampak Allah sedang aturkan perjalanan kami yang sangat-sangat indah dihadapan kami. Hampir setiap hari saya google apa bisnes yang boleh dibuat dari rumah. Memang tak biasa ketika itu, sebab sebelum ni pernah ada office, tapi tu hanya kenangan ketika itu.. saya dah jatuh terduduk ketika itu. Hilang segala-galanya..

Saya lihat di fb ramai yang dah buat bisnes online, jual macam-macam produk. Saya serius memang buta IT, gadget-gadget ni memang tak pandai langsung.. kalau whatsapp tu, saya lah orang last yang gunakannya. Masa tu, teringin nak buat online bisnes tapi memang tak pandai langsung..

Saya cuba follow sikit-sikit step sifu jamal kongsikan di blog beliau. Dengan sedikit modal hasil bisnes kedai jamu, saya buat produk sendiri pertama iaitu sabun muka dengan bantuan sahabat saya iaitu owner kilang..

Alhamdulillah sangat-sangat, sebab Allah temukan dengan sahabat saya, seorang owner kilang. Dia serius nak bantu saya, bagi saya produk dulu, lepas terjual baru bayar.. sebab saya dah survey macam-macam kilang, tapi semua nak MOQ yang banyak dan semua nak deposit serta cash payment selepas produk siap..

Dengan ilmu yang sangat sedikit, hanya follow di blog.. nak gi class memang tak mampu masa tu. Saya mulakan bisnes online dengan jual sabun muka..

Alhamdulillah, terjuallah sedikit tapi sekejap je ok. Lama- kelamaan, saya down semula sebab takde ilmu online yang padat. Susah nak buat jualan online ketika tu, sebab teknik copywriting, fb ads pon tak pandai.

Akhirnya, dengan sedikit duit saya dan isteri kumpul hasil jualan sabun, saya nekad untuk pergi ke ‘Seminar Sifufbads’. Bermula dari situ, memang berlaku 1 kejutan yang luar biasa apabila saya apply segala ilmu-ilmu yang dikongsikan sifu jamal. Daripada hanya jual tak sampai 10 parcel 1 hari, terus bertambah kepada 30, 50 dan terus 100 parcel 1 hari!

Selepas saya selalu ‘keep in touch‘ dengan sifu, selalu wassap personal dengan sifu. Alhamdulillah, bisnes makin maju hingga saya berjaya keluarkan produk ‘6 inch body serum dan telah menjadi fenomena apabila testimoni ramai yang berjaya menggunakan produk kami, dan inovasi yang telah dilakukan kepada produk telah mendapat sambutan yang luar biasa..

.. dan produk jadi lebih fenomena setelah selebriti enot menggunakan produk dan berjaya turun berat badan dengan drastik dan team kami viralkan dengan menggunakan teknik power dari sifu jamal…

Alhamdulillah, sungguh indah percaturan Allah aturkan kepada saya dan isteri. Di sini saya ingin kongsikan tips yang saya pegang sentiasa, Allah akan bantu apabila kita tak pernah berputus asa dan tak berputus berharap pada Allah. “

Allah akan buka jalan dengan pelbagai cabang. ILMU & MENTOR adalah sangat penting dalam bisnes sebagai penyelamat kita dari dilanggar tembok berulang kali..

.. 1 kali langgar tembok, RM10k melayang, kan RUGI! Better INVEST untuk cari ilmu dan upgrade bisnes. Apa-apa pon biar jiwa kita lebih besar dari masalah kita.

INSYAALLAH, KITA AKAN CAPAI KEJAYAAN!

Komentar (1)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!