Dulu, Rumah Mereka Sampai Kena Lelong…

ummu aiman

Dah lama rasenya saya x kongsikan kisah student SifuFBads. Pasti anda tertunggu2, kan?….

“Ada kisah baru yg menarik ke Sifu?”

Mesti la ada…

Harini saya nak kongsikan story mengenai Pn Mazliana, atau lebih pemes di kalangan student2 Sifufbads sbg Kak Maz. Beliau adalah pengasas kpd butik “UMMU AIMAN MUSLIMAH COLLECTION”

.

Kak Maz ni bukanlah dari famili dgn background bisnes. Belajar pun sampai SPM je. Tapi, beliau telah buktikan yg itu sume bukan halangan utk berjaya! Bermula dari ZERO, hinggalah ada butik sendiri di Seremban 2. Kalau ada masa, boleh la singgah ke butik beliau disana.

Ok, jom kita baca kisah jatuh bangun yang ditulis sendiri oleh beliau…

” Saya seorang isteri dan juga ibu kepada 5 cahaya mata dan saya juga merupakan anak pertama dari 5 orang adik-beradik. Hidup bukanlah indah bak drama melayu, saya dibesarkan di lembah kota raya Kuala Lumpur yang hidupnya di bandar tapi sangat miskin melebihi di luar bandar.

Perjalanan hidup tak semudah yang disangkakan. Dilahirkan, dibesarkan sehingga berkahwin bahkan mempunyai anak hidup saya hanyalah “Miskin Bandar”. Di Kuala Lumpur saya hanya duduk di rumah flat 2 bilik sahaja.

Bayangkan anak2 saya sudah makin membesar, keadaannya semakin lama semakin sesak dan anak semakin bertambah. Disitu makan, disitu buat kerja sekolah dan disitulah kami tidur. Dalam hati sentiasa terdetik saya perlukan yang lebih baik buat anak2 saya.

Namun saya bersyukur dengan percaturan Allah. Sewaktu mengandungkan anak ke-3 saya memperoleh pekerjaan sebagai Kerani di satu sektor Swasta yang sangat gah.

Namun bagi kesemua pekerja kerajaan mahupun swasta, sudah pasti terbiasa dengan pujukan dari bank2 tempatan mahupun koperasi utk membuat pinjaman peribadi. Dan akhirnya gaji yang saya terima sangat menyedihkan.

Saya terpaksa berhempas pulas mencari wang tambahan setiap kali raya, setiap kali nak buka sekolah dan setiap kali itu lah saya tak pernah berputus harap dengan rahmat Allah.

Pelbagai kerja tambahan saya lakukan, dari menjual kerepek & menjual kain pasang di office, menjual tauhu bakar, otak2 & menjual belon di tapak2 ekspo. Namun, tanpa ilmu marketing yang betul saya kecundang.

Dan benarlah janji Allah “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”, Surah Al-Insyirah.

PENGHIJRAHAN

Tahun 2010 adalah tahun badai melanda bagi keluarga kami, rumah kami kena LELONG ?, di situ titik tolak yang merubah hidup saya dari orang biasa2 kepada luar biasa. Pelbagai tekanan yang kami terima hingga memaksa saya berhijrah keluar dari Kuala Lumpur.

Sepanjang tahun 2011, saya masih bekerja makan gaji, namun keadaan sangat mendesak. Anak2 perlukan wang persekolahan, suami dah puas kerja pagi pulang hingga tengah malam.

Anak2 waktu itu… aduhai sungguh kasihan. Saya juga turut membantu suami dengan membuat OT di pejabat sehingga pulang lewat.

Masa itu, saya bertawakal pada Allah, semoga anak2 saya dalam keadaan baik dan dlm jagaan Allah. Umur mereka waktu itu 12, 10, 9, 5 dan paling kecil 1 tahun.

Dan saya kira tuan puan yang membaca ini juga terpaksa melepaskan anak2 sendirian di rumah bagi jihad utk baiki ekonomi keluarga kan?.. Namun, saya tak mengalah. Saya yakin ada lagi perkara yang saya boleh lakukan.

Bermulalah episod perniagaan kami, di rumah dengan bermodalkan wang gaji bersih RM1000 sebagai agen.

MULA KENAL FB

Penghujung tahun 2012, baru saya mengenali FB, itu pun adik yang tolong bantu create profile. Bayangkan saya bukan seorang yang sangat mahir dengan komputer apatah lagi dengan media sosial.

Dan saya mula berjinak2 dengan FB. Masa tu komputer & internet pun tak ada di rumah. Saya mula ikhtiar nak buatkan jualan jubah secara online.

Timbul minat utk mendalami ilmu menjual di online. Namun, jika minat saja tidak cukup tanpa ilmu, tanpa ilmu bagaimana mahu menakhoda perniagaan, tambahan lagi saya bukanlah orang berpelajaran.

Namun saya berpegang teguh dengan prinsip ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’.

BUTIK PERTAMA & ONLINE

Butik pertama kami ‘Ummu Aiman Muslimah Collection’ dibuka pada Disember 2013, bertempat di Mydin Mall Seremban 2. Pada waktu itu, sales kami hanya biasa2 sahaja.

Namun kadang2 kecundang juga, jika tiada ilmu bagaimana menaikkan sales. Dan saya bukanlah orang yang pandai gunakan FB secara advance, tahu basic jer..

Masa itu, bila di tanya pada adik, dia juga sudah tidak tahu dengan terms2 yg digunakan oleh FB. Dan dari situlah saya mencari mentor untuk berguru.

Suami saya paling banyak membantu setelah kewujudan butik kami. Dialah driver angkut barang, dialah cashier dan dia jugalah jurujual untuk jubah muslimah.

Namun bahagia dan indahnya saat waktu sama2 susah dahulu. Suami berhenti bekerja dan sama2 setuju untuk menaikkan brand ‘Ummu Aiman Muslimah Collection’, kemudian disusuli saya meletakkan jawatan pada tahun 2015.

MENTORKU SIFUFBADS

Pd bulan Ogos 2015, kali pertama saya menyertai seminar yang diadakan oleh SifuFBads. Waktu itu, sales saya biasa2 saja..

Kalaulah saya dah lama tahu SifuFBads, tak adalah perjalanan ‘Ummu Aiman Muslimah Collection’ sejauh ini. Disebabkan ilmu yang saya pelajari, saya berani berimpian besar.

Dgn sales cukup2 makan, saya sudah melebih bersyukur jika dibandingkan saya pada tahun 2010 dengan berbekalkan gaji bersih RM1000 SAHAJANamun, dengan ilmu yang saya dapat dari SifuFBads, saya lebih berani berimpian besar. Saya orang biasa2 tuan puan. Dulu saya sering dibelengu dengan pemikiran dan perasaan takut untuk mengambil risiko.

Saya pulang dengan harapan, saya tidak mahu sia2kan investment yang telah saya lakukan ini.

Lps pulang terus saya praktikkan ke semua ajaran yang di ajar. Sekali lagi saya bukan mahir komputer, saya bukan mahir untuk berkira segala percentage, saya bukan mahir dengan segala terms FB, namun saya mahu belajar dan belajar. Lps 3 bulan, jualan sales saya telah melonjak secara konsisten. Alhamdulillah!.

Kalau dulu saya impikan utk letak billboard di highway, Alhamdulillah, impian saya dimakbulkan kini billboard telah pun dinaikkan di Highway KL-Seremban. Alhamdulillah, saya bersyukur sgt.

Perjuangan saya tidak akan terhenti di situ, banyak lagi impian & angan2 perlu saya kejar.

Yang paling penting kerja adalah ibadah dan inilah kisah saya…”

Founder Ummu Aiman Collection,
Puan Mazliana Mazalan.

Macam mana?..anda dapat belajar sesuatu dari kisah beliau?

Dari kisah ini saya ada sedikit TIPS TAMBAHAN utk semua peniaga di luar sana…

1) MENTOR – Carilah mentor yang betul dalam perniagaan. Dia buat dan ada result! Bukan tahu ckp je, tapi x pernah buat pun. Jgn cari mentor yg camtu tau! Buang duit, buang masa. Skrg ni dh ada ramai mentor yg bagus, cari je kat FB tu. “Sape mentor yg bagus tu?”, cthnya mcm Kak Mazliana ni, anda boleh cari dan berguru dgn beliau.

2) IMPIAN – Berani berfikir di luar kotak, ada impian dan matlamat besar. Hidup ni perlu ada matlamat. “Apa nak buat harini? Apa nak dicapai dlm tahun ni? Apa anda nak jadi 5 tahun dari skrg?”. Bila dah ada matlamat, anda perlu fokus! Cuba fokus utk capai 1 matlamat. Bila dah capai, bina pula matlamat baru. Itulah kerja yg anda perlu buat hari2.

3) MEMBACA – Banyakkan juga membaca buku2 yg ditulis oleh mentor bagi menambahkan ilmu, motivasi dan semangat kita. Itulah cara paling mudah nak belajar. Semua org mampu buat. “Aduhh, sy x suka baca buku!”. Jgn camtu..anda tahu tak?..antara tabiat org berjaya adalah byk membaca. Bukan baca novel tau! Tapi baca buku ilmiah spt buku motivasi, buku agama, buku bisnes dll.

4) TINDAKAN – Lepas dah belajar sesuatu, kena terus BUAT dan PRAKTIS ! jangan menangguh2…nanti mmg tak terbuat punya…rugi saja belajar sana sini…tapi tak buat kan?…siapa yg mcm tue?…baik anda terus buat skrg…jgn tangguh2…nanti rezeki anda pun boleh tertangguh..jom buat sekarang !

5) KONSISTENT – Dah mulakan tindakan tu kena konsisten dan berulang2 kerana salah satu kunci kejayaan adalah REPETITION. Buat kasi sampai jadi…kasi adjust sampai berhasil…jangan mudah putus asa dan berhenti terlalu lama. Usaha harus berterusan dan Istiqamah.

6) TAWAKAL – Last sekali…setelah kita usaha bersungguh2..tindakan dah superb…Tawakal pada Allah juga kena kuat…Yakin akan rezeki Allah…Doa sungguh2..Insyallah…kalau rezeki itu baik utk kita…Allah pasti permudahkan…kalau kita bersungguh2..pasti dia makbulkan…Amin.

Jika Kak Maz ini boleh buat, sudah tentu anda pun BOLEH ! So, jgn tangguh2 lagi….apa? takut?…kasi sergah jer perasaan tue….harghhhh !

Jom Mulakan LANGKAH PERTAMA anda skrg !

Similar Posts

One Comment

  1. Saya ingin umumnya menginformasikan kepada publik bahwa Felicia Anderson pemberi pinjaman pinjaman pribadi yang peluang keuangan terbuka untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman dengan tingkat bunga 2% untuk individu, bisnis dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan mudah dipahami. hubungi kami hari ini via e-mail di: (Feliciaanderson992@gmail.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *