“DULU JUAL PAKAIAN MUSLIMAH, SEKARANG MAIN GUNTING² AYAM PLAK…”

“Saya nak tebus balik kesilapan saya kpd arwah ayah..”. Inilah kata2 dari lubuk hati Puan Faridah Hashim, pemilik bisnes ayam gunting yg kian naik, Papa Joe.

Asalnya Puan Faridah ni dulu buka butik pakaian muslimah bersama arwah ayahnya. Mungkin ada yg biasa dgr brand lejen ni, Rangkaian Butik Rias. Dulu, mmg hebat, bisnes offline jer.. tapi boleh buka sampai 6 cwngan butik.

Tapi, slps arwah ayahnya meninggal dunia, kesemua butik terpaksa ditutup sbb dah x mampu nak sustain bisnes tersebut. Mana taknya, sales mkin menipis, kos overhead mkin tinggi, nak pusing modal, nk bayar gaji staff lg.

Beliau sbg designer time tu, terpaksa ‘mendukung’ sekaligus menjadi tulang belakang syarikat menggantikan arwah ayahnya. Siapa sangka, bisnes yg dh 10 tahun menapak dlm industry fesyen akhirnya.. tersungkur lalu terkubur.

BANGKIT DARI KESEDIHAN DAN KEGAGALAN

Rasa bersalah dgn arwah ayahnya menjadikan “turning point’ beliau utk bangkit semula setelah sekian lama meratap kesedihan! Beliau menapak langkah baru dgn memulakan bisnes pakaian muslimah. Tapi… malangnya bisnes tersebut tak dpt nk pergi jauh, terkuburlah utk kedua kalinya.

TERCETUSNYA IDEA MEMULAKAN “PAPA JOE”.

Alkisah bermula apabila beliau dan suaminya ke Banting dan singgah mkn di satu gerai ‘ayam gunting’. First time la mkn ayam gunting ni lepas tu… rasa cam “ishhh.. sedap dan unik la pulak!”.

Dari situlah tercetusnya idea beliau nk buat bisnes ayam gunting juga. Beliau dan suami tawakal je keluarkan saki baki simpanan yg ada, start beli kelengkapan utk bisnes dan mula menjual di pasar malam.

Murung juga hari pertama dpt jual 3 ketul je. Sobs…

Tapi.. beliau tak berputus asa. Teruskan juga. Lepas tu naik la jugak sale, tapi statik je tang tu..

START BERGURU…

Ada sorang kwn beliau suggest pergi berguru dgn SifufBads.

Time tu tertanya2 jugak la.. “siapa SifufBads? ni”.

Beliau start la ‘intai2’.. lepas tu Nmpk pula iklan Seminar SifufBads kat online. Tak tunggu2 lagi, beliau terus je register dan join. Time seminar tu mmg blur2 katak laa.. sebab beliau mmg newbie sgt dlm digital marketing ni. Online platform satu pun takde.

Tapi dlm ’zero’ tu.. beliau nekad nak join kelas SifufBads. Decide dgn shuben.. keluarkan lagi saving yg ade.

Kata husband beliau “kalau kita join kelas ni… tapi kalau masih tak ‘jadi’, takpela sekurang2nya kita dah mencuba. Tapi kalau kita tak cuba, tak cari ilmu, guru.. lepas tu gagal lagi, mmg salah kita sendiri..”
Positif sesangat diorang ni kan?!

Tiba la hari kelas, beliau dh prepare siap2. Time dalam kelas tu, beliau ikut je sebijik2 yg SifufBds ajar.

Alhamdulillah… beliau dpt rekrut 2 org ejen!

Sebelum ni tak terfikir pun nak cari ejen ni… nak menjual sendiri je. Lepas join kelas, sales beliau dah start naik, tak menang tgn.. menjual sendiri di pasar malam, ejen2 lagi.. sampaikan tak cukup stok dari supplier pula. Aduhh… Sejak dari tu, beliau start buat bahan mentah sendiri.

STRATEGI YG DIGUNAKAN.

Antara strategi yg beliau gunakan dan fokus adalah TEKNIK REKRUT EJEN. Alhamdulillah, skrg ada 30 org agen, kat area Utara Perak je tau…

  • HEADLINE – Beliau gunakan ayat spt “AGENT WANTED”, “STOKIS DIPERLUKAN” pd headline. Straight to the point.
  • REWARD – Utk buatkan agen lebih bersemangat, beliau bagi reward kpd agen2 yg dh capai target jualan.
  • GAMBAR – Post gambar2 agen yg dh berjaya ni di platform2 digital mcm pesbuk, insta, blog.. confirm, agen lain bersemangat, sekaligus boleh attract org lain utk jd agen juga.
  • OFFER PAKEJ – Beliau start offer pakej2 utk agen. Pakej bajet rendah, sampai la mampu milik. Contohnya, pakej “SESUCI RAMADHAN”, pakej ni ‘all in’ semua ada dari perkakas, banner, stall lipat, kaki dapur, apron semua la lengkap. Pendek kata, join je terus boleh start menjual.

Ada byk lagi strategi yg beliau gunakan sebenarnye. Ni antara strategi yg mmg ‘proven’ yg beliau dah aplikasikan sendiri.

KINI MAMPU TERSENYUM!

Alhamdulillah, skrg bukan setakat dah ramai ejen je, beliau juga dah ada 2 buah ‘lori pick up’ PAPA JOE! Kini Beliau dah mampu tersenyum. Jika arwah ayahnya masih ada, pasti berbangga dgn pencapaian beliau skrg. Masih byk lg yg beliau nak capai utk tahun2 yg mendatang…

Satu pesanan beliau, “buat bisnes ni jgn give up, kalau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal selamanya..’.
Ada yg terkesan dgn kisah Pn. Faridah ni? Kalau beliau dulunya ‘zero’ digital marketing, korang pun blh tau.

P/s, kalau yaa cer komen sikit —> “panasss”. Lepas tu share sekali dgn kwn2 supaye diorang terbakor sekali. Hehe.

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *