|

3 SITUASI NI FOUNDER WAJIB ‘ALERT’ KALAU TAK NAK BISNES ‘DIBELASAH’ OLEH COMPETITORS

Ramai founder bisnes mengadu sekarang bisnes dah tak mcm dulu. Sales sendu. Persaingan semakin sengit.

Anda pula dah start tak senang duduk bila tgk pesaing anda cam hebat semacam jer. Tapi, kalau anda alert dgn situasi semasa, sentiasa mengkaji, upgrade ilmu, dah bersiap sedia dgn strategi yg mantap.. anda dah tak perlu ‘kecut perut’ pun sebenarnya.

Sebagai founder, kalau anda xnak bisnes ‘tersungkur’ anda perlu cakna dgn perubahan2 ni.

Nak tahu perubahan apa?

Scroll gambar2 sampai habis.

1. PERUBAHAN BUDAYA

Kalau dulu2, orang akn beli kaset dan cakera padat atau bahasa tingginya kita panggil compact disc (CD) kat kedai muzik utk dgr lagu. Lagu feveret dua tiga lagu je, tapi tetap kena beli satu album. Zaman tu, industri muzik tgh naik dan kalau buka kedai yg berkaitan dgn muzik, mmg laku!

Lepas tu, dtg pula zaman org download lagu je dari internet. Byk site yg offer free download. Start dari tu, zaman kegemilangan kaset dan CD ni dah mula goyah, apetah lagi industri muzik sendiri.

Tahun 2001, Apple dah perkenalkan iTunes, yg mana dgn iTunes, pengguna apple boleh beli dan dgr lagu dekat fon je. Kita boleh purchase, lepas tu boleh dgr bila2 sampai muntah. Lepas tu, Spotify dan Joox pula menapak, yg mana pengguna hanya perlu download je Apps ni dan blh dgr berjuta lagu, free jer.

Untuk anda yg bisnes secara offline je selama ni, contohnya, berniaga pasar malam. Korang pun dah kena up date, pesaing start digital marketing, pakai app, kita masih offline!

2. PERUBAHAN GENERASI

Generasi skrg didominisasi oleh generasi Z, yg lahir dari tahun 2000 ke atas, so diorang ni skrg berumur 16 – 20 an. Kalau compare dgn zaman dulu, generasi Y dan sebelumnya, jika kita menjual secara hardsell, cara ‘oldskool’ contohnya, bagi brochure, flyers, menjual dari rumah ke rumah, diorang ni dah terbiasa dan boleh menerima.. dan kalau kena dgn pujuk rayu, diorang akan membeli.

Tapi, bezanya dgn generasi Z, kalau kita buat cara dulu2, diorang akan lari. Kalau ikut data dari Think With Google, generasi Z tahu mengenai marketing dan diorang ni adalah pengguna2 tegar henfon (78% pengguna dari generasi Z). Kalau diorang tgk iklan yg berbentuk hardsell, confirm tak layan punye sebab diorang ni tak suka dipaksa. Diorang ni juga ada kuasa membeli (80%) lebih2 lagi dgn mobile ni.

Jadi, sebagai ‘business owner’ anda boleh ‘beat’ pesaing2 anda. kalau anda kaji mengenai perubahan2 generasi ni dan aplikasikan bisnes anda sesuai dgn generasi ni.

3. PERUBAHAN TEKNOLOGI

Kalau dulu org perlu keluar rumah utk makan, tapi skrg semua dah kat hujung jari je. Nak beli makanan pun dah boleh order secara online je. Contohnya kat Msia ni, Food Panda, Grab Food, Dah Makan? start buat delivery makanan untuk mcm2 jenis menu makanan, just order tau2 je.. ting tong! dah sampai depan pintu.

So, utk anda founder2, anda perlu alert dgn perubahan teknologi, sentiasa update ilmu kalau taknak ketinggalan.

Kalau anda setuju, cer komen sikit kat bawah ni “setuju!”.

P/s, jgn lupa share tau, biar geng bisnes korang dpt info sekali.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *