NO PRESSURE, NO ACTION! NO ACTION, NO RESULT!

Betul tak? Kita selalu je tangguh-tangguh kerja kita, lambat-lambatkan kejayaan kita, sebab kita TIDAK DI-PRESSURE!

NO PRESSURE, NO FEAR! Bila ada pressure, ianya mencipta push factor kepada kita, yang menolak kita untuk kita bergerak.. Untuk bertindak.. Untuk capai apa yang kita patut capai. Betul tak?

Dan, pressure juga mencipta elemen FEAR FACTOR.. Yang buatkan kita takut.. takut rasa bersalah kalau tak buat.. takut rasa bersalah kalau tak capai target.. atau tak siapkan..

Dan juga…

.. wujudkan rasa takut disebabkan AKIBAT ATAU KESAN yang kita akan hadapi, kalau kita tidak bertindak, atau capai apa yang patut kita capai!

Biasanya, memang kita benci dengan pressure! Tapi, pressure kita boleh jadikan sebagai element untuk kita TERPAKSA BERJAYA!

Pressure akan buatkan kita bergerak.. Bertindak.. Buat.. Ianya buatkan kita keluar dari zon selesa kita.. iaitu zon yang buatkan kita berasa selesa, di tempat sama, sengan pencapaian yang sama..

“SIFU, CAMNE SAYA NAK CIPTA PRESSURE TU, SUPAYA SAYA BOLEH UBAH KEJAYAAN DALAM BISNES SAYA?”

Ada banyak cara cipta pressure untuk bantu bisnes kita maju dari sebelumnya. Antaranya;

1. Wujudkan target dengan number/statistik berserta time & KPI yang jelas, berserta jadual action plan, atau things to do yang wajib kita ikuti. (jelaskan objektif utama nak capai, dan akibat kalau tak capainya – sebagai motivasi yang kuat)

2. Compare pencapaian bisnes kita dengan pesaing-pesaing kita, atau pun idola kita. Apa yang berlaku, kalau kita tak dapat menyaingi pesaing kita? Market share kita mengecil? Pelanggan dirampas? Jurang makin jauh?

3. Pressure boleh datang dari cashflow. Sales menurun, profit menipis, reserve berkurang, kejatuhan matawang, produk tak laku, stok tak habis, harga barang naik, inflasi.

4. Pressure dari orang sekeliling. Dari famili yang mungkin nak kita buktikan kita berjaya. Dari orang tersayang..Dari team yang bergantung harap dari kita.

5. Pressure disebabkan faktor – agama, bangsa.. Nak mencipta kejayaan untuk meluaskan jalan masuk syurga.

Korang yang mana? Dari 1-5 ni?👇🏻

ps – Kalau ada lain lagi, korang share

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *