Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Saya Nak Share Strategi Bagaimana Calaqisya Jana Sales 6 Angka Guna Fb Ads…

Diterbitkan pada Sep 6, 2016 oleh

Calaqisya

Strategi FB ADS yang saya sharekan pada Calaqisya untuk tarik orang datang ke booth & butik, dan beliau berjaya jana 6 figures sales darinya.

Calaqisya, antara nama besar dlm niche pakaian muslimah di Malaysia. Ada butik, selalu join event, mood Republik. Memang bisnesnya dah ok, mantop, tapi still blajar. Hujung tahun lps beliau bljr fb ads marketing dari sifufbads, apabila berlaku penurunan salesnya. Calaqisya mencari jalan camne nak naikkan salesnya. Dan dlm post ni lah saya share sebahagian strategi yg digunakan oleh Calaqisya utk melonjakkan salesnya..

Dan jika anda ada butik, kedai ke, restoran ke, kiosk ke, buka booth ke, gerai tepi jalan ke, anda bokeh gunakan strategi ni. SERIUS..

Namanya Hazwan Faiz, seorang Marketing Director Calaqisya. CEO kpd Calashoes & salah seorang peneraju syarikat Calaqisya sendiri.

Sebelum ni..

Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam. Kemudian, mula hasilkan produk sendiri pada tahun 2013 dgn bermodalkan RM100.

Mula2 byk gunakan Instagram utk promosikan produk beliau. Tak lama lepas tu, apabila Instagram dah kurangkan organic reach, pelanggan semakin berkurang. So, dia mula belajar dari Sifufbads.

Apa yg sifu ajar adalah teknik tarik org ke booth. Utk makluman, Hazwan ada 3 butik dan dia selalu sertai booth Mood Republik. Pada bulan 11 tahun lepas, selepas belajar dari Sifufbads. Dia gunakan teknik tarik org dtg booth utk Mood Republik Ipoh.

Mula Mood Republik Ipoh, kemudian Mood Republik KL YES, then Butik2, da smua event2.. Setiap masa launch produk baru, launch offer..

Jom ikutinya..

Salah satu caranya adalah, dia buat iklan dgn menggunakan gambar2 booth. Kemudian, utk menarik org dtg ke boothnya, dia gunakan special offer. Cthnya, jika harga kasut yg dijual dgn harga RM100, ia dijual dgn harga RM70.. dpt free 1.

Kemudian, buat iklan fb ads utk tarik org di kawasan sekitar. Cthnya, kawasan yg berhampiran dgn Ipoh, utk tarik org dtg. Apa yg dia buat? Dia akan buat fb ads marketing utk beritahu org lebih awal supaya org akan bersedia utk dtg ke boothnya..

PERINGATAN..

Kita tak boleh gunakan strategi ini utk masa yg singkat. Cthnya, esok ada event arini baru kita nk buat iklan. So, kita akan buat seminggu awal atau 3 hari paling lmbat.

Dan Alhamdulillah, iklan tersebut yg dibuat tak sampai RM2k-RM3k je berjaya hasilkan jualan hampir 700 pasang Calaqisya sold out. Belum campur baju2 lagi. Dan didapati kebykkan pelanggan membeli disebabkan mereka sudah ketahuinya dari FB.

Siap ada yg dtg tanya, “Bang, nilah iklan yg sy nampak tadi. Ada lagi tak offer ni?”

Dan selain itu juga, jubah2 dia juga sold out.. yg mana salah satu strategi yg digunakan adalah menyasarkan pada fans sendiri dan juga pada fans2 lain yg sama niche.

Inilah teknik2 yg sifufbads ajar pada Hazwan.

Selepas itu, dia buat iklan tarik org dtg ke Year End Sales Festival Kuala Lumpur Mood Republik dan menggunakan teknik yg sama, buat marketing awal. Di sini, dia fokus pada jubah dan juga kasut.

Jubah, katakan kita sasarkan pada student2. Berikan voucher awal2, gunakan fb ads utk bina awareness supaya mereka standby pada hari year end sales.

Buat marketing, seminggu lebih awal dan dan berterusan sehinggalah pada hari event.

Pada hari event, kita akan update situasi semasa dan buat iklan juga. Target pada fans sendiri dan pada fans pesaing yg berdekatan. Cthnya, booth bersebelahan dgn Sugarscarf.

Dlm copywriting, masukkan offer.. kedudukkan booth. Kena ada offer, cthnya beli 2 dpt 1 atau diskaun 50%. Offer ini utk tarik org dtg, dan sasarannya adalah student.

Kos iklan utk Hazwan tarik org dtg dgn buat buzz marketing tak sampai RM5k, dan resultnya adalah beliau berjaya hasilkan jualan hampir RM600k dlm tempoh event tu diadakan. Dan didapati 70% jualannya dtg dari FB.

Kemudian, balik tu dia tak stop sampai situ jer. Dia buat year end sales utk butik2nya pula dgn gunakan kaedah yg sama. Bila buat year end sales di butik2, di tajuk iklan tu perlu ada “Year End Sales + [Nama tempat]”, cthnya.. “YEAR END SALES DI BUTIK CALAQISYA BANGI”..

Hazwan bagi offer special dan umumkan 5 hari awal. Semasa marketing year end sales dijalankan selama 5 hari, dia akan update dan buat iklan lagi utk beri awareness. Bila dah selalu beri awareness, pada hari pelancaran.. org terus serbu kedai tu. Mereka akan berebut2 nak dptkan offer beliau!

Hasilnya, beliau berjaya capai sales dlm RM500k – RM600k! Lebih kurang sama dgn sales semasa buka booth di Mood Republik PETC YES

APA YG ANDA BELAJAR DARI SINI?

  • Penting pembinaan raving fans. Utk long term bisnes, anda perlu bina raving fans supaya org akan selalu follow dan igt anda. Brand akan lebih kuat apabila brand anda ada ramai raving fans.
  • Anda boleh cipta spesifik audiens spt buat offer khas utk student atau utk warga Shah Alam jer dll. Offer ni dpt tarik perhatian pada audiens tertentu. Anda boleh tulis nama audiens ni di bahagian headline.
  • Bila ada waktu kemuncak, anda perlu wujudkan offer sbb manusia ni mudah tertarik dgn offer. Tapi, offer ni perlu dibuat pada waktu sepatutnya, spt hujung tahun ni, buat offer kpd your fans. Wujudkan irrestible offer.. lain dr biasa.
  • Sebenarnya, anda boleh dpt sales yg besar dgn kos yg rendah. Syaratnya, fokus pada followers sendiri. Tapi, kena bina fans dan engagement secara konsisten. Sasarkan iklan pd fans sendiri, lebih mudah utk bina engagement. Copywriting pun kena mainkan emosi.. ayat2 emosi, ayat bual, ayat pendek2, dll. Barulah org terpukau nak membeli.
  • Anda juga boleh sasarkan iklan pada brand yg sama kategori/niche dgn brand anda utk tarik perhatian mereka. Audiens tersebut pasti mempunyai minat yg sama dgn brand anda.
  • Apabila nak berikan offer spt year end sales atau jualan hari raya aidilfitri.. anda kena umumkan lebih awal bukannya terus lakukan pelancaran. Bina awareness dulu. Berikan masa yg secukupnya, barulah org lebih bersedia utk hari pelancaran tersebut.

Ok, ada belajar sesuatu?

Nak cuba boleh, tak nak cuba takper..

SEKIAN..

Komentar (2)

    1. SifuFBads Penulis

      bahagian marketing – fokus utk tarik trafik. Buat audien kenal dan suka kita. Caranya guna kontent dlm bentuk gambar, video, copywriting.
      bahagian sales – fokus utk cari customer. Caranya guna whatsapp, pm, emel, website

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!