Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Gadis Berumur 21 Tahun Ini Berniaga Gerai Tepi Jalan Jer…

Diterbitkan pada Sep 5, 2016 oleh

plonxbox

Bermula dari zero, gadis berumur 21 tahun ini terpaksa berhenti belajar dan ambil keputusan untuk fokus pada bisnes Plonxbox-nya…

This is her story…

Mgkin ada org yang belum kenal lagi peniaga Plonxbox ni, namanya Zulfa bt. Zaidi (student UIA Gombak dalam bidang kaunseling).

Idea nak buka jual Nasi WowKawKaw dapat selepas bisnes printing mak ayahnya jatuh yang sudah dibina hampir 30 tahun. Disebabkan skrg ni zaman IT, bisnes printingnya jatuh tergolek. Semua staff dah biasa cara oldskool. Tak reti nak buat fb ads.

Dulu, mudah jer nak cari client. Cara marketing dulu berbeza dengan cara sekarangg. Jumpa org, ada kenalan, pergi ofis je dah boleh dapat job, dapat tender.

Dalam dunia IT ni, susah nak dpt job. Bila job kurang, sales slow. Jadi, income yg ada tak cukup nak bayar gaji staff.

Kerana sayangkan bisnes printing yg sudah dibina lamanya, Zulfa dan keluarga ambil keputusan buka gerai makanan utk support bisnes printing tu.

Nak buka restoran takde modal. Jadi, buka gerai ala kadar jer. Semuanya bermula dgn “apa yg ada” sahaja. Payung yg digunakan pun pergi kutip beli dekat tempat besi buruk nak kurangkan startup cost. Dan alat panggang pun cari kat bilik store (alat panggang BBQ cap ayam jer yang lama2 tak guna dah). Alat ni pun boleh bakar 4-5 ketul ayam jer sekali masak. Waktu ni staff alhikmah printing terpaksa buat 2 kerja. Waktu lunch kene tolong jual nasi.

Gerai ni buka kat mana? Kat Sungai Buloh, dpn kilang printing tu jer.

Akhirnya, Zulfa ambil keputusan berhenti belajar utk bantu naikkan sales bisnes family. Fokus betul2 untuk buat marketing.

Mula2 tu, mak Zulfa tak bagi berhenti belajar. Tangguhkan dulu niat berhenti belajar. Bila bisnes betul2 dah berjaya, barulah boleh berhenti. Sbb jaminan takde.

Masa mula2 buka gerai makanan, Zulfa hanya promosikan di fb grup kawasan sekitar gerai tu jer. Jadi, hanya kenalan terdekat jer yang datang ke gerai. Jiran2 kilang tu jer yg dtg. Fanpage ada, tapi tak aktif.

Lepas dh berhenti belajar, Zulfa fokus utk belajar marketing. Sbb strategi marketing zaman skrg ni dh berbeza dari dulu. Nak belajar dgn Azizan Osman, tapi takde duit. Nak minta mak ayah pun tak sampai hati.

Satu hari tu, Zulfa nampak SifuFBads buat contest untuk sponsor 100 orang pergi ke seminar IMKK Dr Azizan Osman. Alhamdulillah, Zulfa terpilih utk dapatkan tiket IMKK secara percuma.

Dalam seminar tersebut, Dr Azizan Osman ajar supaya cari mentor. Dan dari situlah, Zulfa ambil keputusan utk belajar dgn SifuFBads. Tapi, takde duit.

Jadi, mcm mane Zulfa boleh join gak? Sbb Sifu offer beliau utk belajar dgn SifuFBads secara percuma. Apa lagi, Zulfa terus bagi nama dan pergi je ke seminar tersebut. Dlm seminar tu, Zulfa fokus dan belajar betul2. Kemudian apply kat bisnes Plonbox.

.

Zulfa buat fb ads untuk tarik orang datang ke gerai. Alhamdulillah, kalau dulu hanya jiran2 terdekat je yg dtg. sekarang org tinggal jauh pun boleh dtg. Ada yg sesat nak cari gerai tu.

Gerai Plonbox ni tersorok, orang tak terfikir ada gerai kat situ. Sampai ada org tanya, “Naper buka gerai kat sini? Susah betul nak cari.”

Lepas guna fb ads, gerai Plonxbox jadi viral. Sampai ada tv9, jalan2 cari makan approach nak datang

SALES SETIAP BULAN…

Dulu nak jual 20-50 bungkus sehari pun susah. Terpaksa makan sendiri atau sedekat kat org. Alhamdulillah, dah meningkat ke 500-1000 bungkus sehari. Skrg ni, gerai belum buka lagi dh ada banyak tempahan masuk. Kalau dulu mereka terfikir perlu buang pekerja sbb tak cukup nak bayar gaji staff, tapi Alhamdulillah skrg terpaksa tambah lagi staff.

Plonxbox juga dlm proses nak buka kedai makan berkonsepkan kontena café. Jom kita doakan mereka berjaya.

APA STRATEGI MAKETING PLONXBOX GUNAKAN HINGGA BOLEH CAPAI TAHAP NI?

1) Sasarkan iklan pada LOKASI terdekat. Gerai Plonbox ada kat Sungai Buloh, jadi Zulfa target org yg tinggal di Sungai Buloh jer. Umur, jantina, interest? Takyah letak. Semua org suka makan. Jadi, target lokasi je dh cukup.

2) KONSISTEN update post di fanpage. Bykkan share gambar customer & makanan di fanpage. Letak gambar customer yg ramai tengah beratur dan makan. Share gambar makanan yg nampak sedap dan lazat.

3) VIRAL bantu naikkan sales. Walaupun Zulfa sasarkan iklan pada Sungai Buloh jer, tapi org org KL pun datang makan. Sampai ada yg sesat nak cari gerai Plonbox tu. Nasib baik ada waze, jumpe gak gerai tu. Yup, itulah kuasa viral.

4) Bina USP. Gunakan packaging dan nama yg unik. Nama “Plonxbox & Nasi Lemak WowKawKaw” jadi tarikan org utk dtg ke gerai. Kena timbulkan perasaan ingin tahu pada customer. Barulah mereka tak sabar2 nak datang ke gerai anda.

5) BRANDINGKAN gerai makan. Prasan tak? Biasanya gerai makan yg ada branding lebih laku drpd gerai yg takde branding. Sebab dgn branding, org akan kenal & ingat gerai kita. Dalam bisnes makanan, sgt penting ada kotak makanan yg ada logo anda sendiri.

Tu citer Plonxbox. Apa citer bisnes printing lak?

Alhamdulillah dgn bisnes makanan ni, dpt support bisnes printing beliau. Packaging Plonxbox pun buat sendiri, custom made. Skrg sales bisnes printing beliau, Al-hikmah Printing dah mula meningkat. Bisnes ni skrg hanya pd printing packaging jer. Itupun order dah byk masuk. Hebat!

Komentar (2)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!