Kisah Seorang Anak Kampung…

najib asaddok

Pelajar sifufbads antara yg “tertua”, sejak 2010.. Brader ni hanya seorang anak kampung dari keluarga yang sederhana, mulakan bisnes pun dengan kemampuan kecil je, tapi beliau dah buktikan itu semua tak menjadi halangan bagi sesiapa pun untuk berjaya dalam perniagaan khasnya melalui platform online.

Ini kisah lebih lanjut mengenai hidup beliau…

“ Nama saya Mohd Najib Bin Asaddok, saya seorang anak kampong & anak Bugis yang dibesarkan di pekan Benut Pontian, Johor. Kini, saya adalah CEO dan pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd yang beroperasi dari Kluang Johor.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, arwah ayah seorang yang bekerja sendiri dari kerja kebun sehinggalah menjadi pemandu teksi dan lori. Emak saya pula dari seorang suri rumah tangga yang terpaksa bekerja sebagai operator kilang setelah ayah saya meninggal dunia pada tahun 1994.

Sepanjang saya mencari peluang bisnes, ada sahabat baik saya yang menyarankan saya untuk menjual produk dari syarikat jualan langsung. Disebabkan masa tu, saya pun tiada produk untuk dijual dan melihat company MLM tu boleh jadi pembekal, saya pun terus daftar RM50 untuk jadi ahli dan mula menjual produk.

Saya tak pandai lagi waktu itu tentang pemasaran online, jadi saya guna teknik gunakan sendiri produk, dan kongsi pengalaman dan keberkesan produk. Kemudian, jual pada kawan-kawan dan saudara mara. Memang tebal muka nak menjual produk ni. Tapi saya fikir kalau malu, nak jual apa pun mesti tak jadi. Tapi, inilah pengalaman pertama saya mula mengasah skill dalam bidang jualan.

Walaupun perniagaan ini berbentuk MLM, saya tak fokus pada mencari ahli. Apa yang saya buat, saya fokus untuk menjual produk2 yang ada khususnya berkaitan kesihatan. Sedikit sebanyak dapatlah memberi pendapatan tambahan walaupun jumlahnya tak sebesar mana. Kata orang, pengalaman tu adalah guru yang terbaik untuk kita.

Bila nak berjaya ni, pelbagai dugaan dan cabaran akan kita hadapi bila buat keputusan untuk berjaya. Ketika itu saya cuma mampu memiliki sebuah motorsikal untuk digunakan ke kelas di universiti. Beli pun dengan sebahagian wang pinjaman. Dengan motorsikal kapcai tu juga memudahkan untuk pergi mengambil stok produk di stokis.

Siapa sangka satu hari tu ketika pulang belajar di perpustakaan, motorsikal saya dicuri. Dunia jadi bagaikan gelap seketika, macam tak percaya pula motorsikal saya dicuri. Dalam hati memang menangis dan sedih sebab itu lah satu2nya kenderaan yang saya ada. Kalau balik kampung pun, motor itu lah bawak mak ke pasar atau ke mana2 lokasi.

Tapi, Allah tu maha Adil. Apa yang hilang pasti ada ganti yang lebih baik. Dengan sedikit sumber pendapatan yang ada, saya berjaya membeli sebuah kereta kancil 850. Dapatlah memudahkan bisnes saya nanti. Syukur Alhamdulillah!

Bisnes syarikat MLM pertama ni saya jalankan sehinggalah tahun 2005 dan selepas tu saya dapat peluang pula untuk menyertai sebuah syarikat yang memasarkan penapis air milik bumiputera.

2010, saya pertama kali hadiri seminar pemasaran online. Seminar dianjurkan oleh sifu Jamal. Dan dari situ saya byk mula bljr. Beli panduan2 pada masa tu.. dtg kelas.. Kelas email mkting, kelas fb ads, byk dtg. Pernah juga saya drive sejauh beratus2 KM dari Johor ke Tok Aman Bali, Kelantan untuk personal coaching dgn sifu jamal.. Pada masa tu, masih saya ingat, saya bljr teknik hantu, iaitu dari mcm2 teknik yg dipelajari. Sampai skrg saya still implement apa yg dipelajari dr 2010 hinggalah skrg..

Cukuplah saya citer serba sikit mengenai kehidupan saya. Kalau nak citer semua, sampai esok tak akan habis!

SAYA NAK SHARE SIKIT TIPS CARA EFEKTIF NAK BERIKLAN GUNA FBADS…

Sebelum bermula dalam pemasaran FB, penting untuk memahami objektif pengiklanan. Ramai usahawan yang ambil ringan dan hanya fokus kepada teknikal pemasaran FB sahaja tanpa mengetahui sebab yang mendalam objektif sesuatu iklan itu dijalankan.

Perkara ni bahaya sebab anda hanya akan menghabiskan ribuan ringgit kos pemasaran dalam FB ADS. Fahami terlebih dahulu setiap objektif pengiklanan dan anda akan lebih memahami keperluan dan strategi yang lebih menarik emosi pelanggan.

Ada 3 objektif dalam pemasaran FB ADS dan saya akan kaitkan nanti setiap objektif dengan kedudukan iklan (placement ads) di dalam FB.

1) BRAND AWARENESS
2) DATABASE
3) SALES

Sebelum tu, perlu diingat syarat untuk mencapai objektif iklan yang berkesan adalah setiap iklan perlu diletak dalam satu placement sahaja. Jika anda letak lebih dari satu placement, itu macam sedekah anda sahaja kepada FB sebab ia tidak akan mencapai sebarang objektif.

OBJEKTIF 1 – BRAND AWARENESS

Ini adalah langkah pertama yang anda perlu fokus iaitu langkah brand awareness. Manusia cuma akan beli produk yang mereka kenal sahaja. Langkah yang anda perlu buat adalah memastikan iklan anda keluar setiap masa dan prospek boleh nampak iklan anda berkali2 dalam sehari.

Prospek boleh nampak iklan tu berkali2 setiap hari. Mungkin kali pertama mereka nampak iklan mereka masih tak berminat, tetapi apabila mereka nampak berkali2, ia akan meningkatkan minat dan keperluan mereka.

Baiklah untuk iklan di FB di mana kedudukan iklan yang sesuai untuk langkah penjenamaan ini? Kedudukan iklan yang mempunyai frekuensi adalah di placement sidebar/right column. Ramai usahawan yang buat silap tidak menggunakan pun iklan di sidebar untuk penjenamaan.

Akhirnya, prospek tak kenal dan lama2 iklan anda akan jadi mahal tetapi tidak dapat jualan yang memuaskan. Ada satu lagi syarat yang perlu anda tahu, iklan di sidebar ni mesti disasarkan pada fans atau pun mereka yang dah likes page anda. Barulah strategi ni akan menjadi!

OBJEKTIF 2 – DATABASE

Pemasaran FB adalah cara utama yang saya gunakan untuk mendapatkan database bakal pelanggan. Dengan jumlah pengguna FB yang banyak, mudah untuk saya dapatkan targetted audience dengan kos yang rendah. Banyak anda boleh kongsikan kepada prospek untuk meningkatkan kepercayaan mereka melalui emel. Ingat, jangan terus menjual! Pemasaran adalah tentang perkongsian bukan promosi. Placement yang sesuai untuk kumpul database adalah samada di Mobile atau Desktop.

OBJEKTIF 3 – SALES

Ini adalah langkah terakhir setelah anda lakukan 2 proses iaitu brand awareness dan list, barulah anda masuk ke fasa untuk membuat jualan. Gunakan placement Mobile dan Desktop untuk dapatkan sales.

3 objektif inilah yang anda perlu lakukan dalam pemasaran FB.”

Semua orang nak berjaya tapi tak ramai yang ambil tahu FORMULA kejayaan. Pada saya, lebih mudah kalau guna teknik meniru jer. Ikut je bulat2 apakah formula yang digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam perniagaan sehingga mereka menjadi jutawan. Tak perlu bersusah payah nak reka formula sendiri!

TIRULAH ORANG YANG DAH BERJAYA!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *