Lepas Buat Integrated Marketing, Jualan Garsa Kitchen Naik 4 Kali Ganda

Kalau anda memang die hard fan SifufBads, komfem anda kenal sesangat student SifufBads yg ni.. Puan Natasha Helwa, brand Garsa Kitchen, yg dulunya saje2 bermula dari rumah jer… tapi sekarang, dah terbang jauh.

Ke ada kat sini yg baru2 je berjinak follow? Mesti tertanya2 jugak kan.. “ Siapa Garsa Kitchen ni? Buat bisnes masak2 ke..?”

Haaa… kalau baru nak menyelami kisah Puan Natasha ni dan macam mana dia start Garsa Kitchen ni, boleh ‘study’ dulu story dia di sini kita dah pernah share dulu..

>> BACA DI SINI

Psstt.. jangan lupa standby tisu tau. Kisahnya memang menusuk hulu hati.. Jangan salahkan SifufBads kalau lepas baca nanti korang tak boleh stop nanges nanti.. hehe.. yg bgs jdkn inspirasi ok!

“Kalau saya tak kena klorox dengan SifufBads dulu… rasanya macam selama2nya la akan duk rumah ambik upah buat sandwich jer.. takkan kemana..”

Dulu bisnes homemade je tapi sekarang.. Alhamdulillah dah ada kedai sendiri dengan centralized kitchen, pekerja pun dah ramai.. siap ada delivery ala2 Pizza Hut gitu.. order jer, ding dong dah sampai depan pintu.

Org kata “ehh… bisnes sandwich je.. betul ke masyukk..?”

Haaa ini sandwich bukan sekadar sandwich aaa, mmg korang takkan dapat kat mana2.. ada 1 je kat Malaysia ni. Ada yg dah pernah rasa? Cer angkat kening..

Jom… hari ni SifufBads nak fokus kepada strategi2 yg dia gunakan, yg mungkin anda boleh juga apply kat bisnes masing2.

STRATEGI2 YANG DIGUNAKAN OLEH GARSA KITCHEN

#1 INTEGRATED MARKETING – dia menggunakan strategi integrated marketing, yg mana dari platform digital seperti fb page, instagram.. dia tarik customer dari online untuk datang walk in ke kedai (online – offline), tarik ke website (online – online).

#2 TEKNIK WOREN – dia menggunakan teknik woren iaitu teknik banyak gambar, khususnya teknik Tapau Woren dan Magnet Woren.. untuk tarik lebih ramai customer untuk datang kedai. Kalau anda lihat di fp page dan instgramnya, beliau banyak menggunakan gambar2 close up, yg confirm bikin terliur..

#3 DELIVERY – Garsa Kitchen ni ada riders sendiri yg buat delivery untuk order2 yg masuk. Alaaa.. macam abang pizza tu. Jarang kita jumpa local F & B yg buat delivery kan?

#4 SPECIFIC AUDIENCE – Dia juga target kepada audience yg spesifik, contohnya orang2 yg bekerjaya, kerja office. Kalau anda nak tau, kebanyakkan customer order khas untuk makan2 kat office, meeting, dinner dan semasa party/majlis harijadi. Orang barat panggil ‘finger food’, senang jer nak ngap bila2..

#VIDEO COMMERCIAL – kalau dalam niche F & B, video ni sangat la penting. So Garsa Kitchen menggunakan video commercial utk ‘upkan’ lagi brandnya.

Haaa.. ni cuba dengar nasihat dari founder Garsa Kitchen ni…

“PENTINGNYA DIGITAL MARKETING DALAM DUNIA SEKARANG”

Ulasnya lagi.. “marketing sangat penting utk bisnes, macam jantung untuk kita hidup. Di zaman sekarang ni.. digital marketing pula sangat la penting! Kena ikut trend, kena up to date sebab dunia ni sentiasa berubah.. Kena ada network yg bagus, mentor yg boleh guide berterusan..”

Sekarang Garsa Kitchen dah ada 3 cawangan siap masuk rancangan Meletop dan majalah Nona lagi..

Apabila ditanya mengenai plan seterusnya.. “ saya nk tambah menu baru (sekarang dah ada 9 menu), then nak buka ‘Mini Garsa’ ala2 kiosk di serata shopping mall..” ujarnya.

Jom kita sama2 doakan kejayaan Garsa Kitchen untuk tahun2 mendatang!

Link video >> https://youtu.be/cVDCOHw8dzw

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

Program @ Sifufbads

19/01/2019
ROI Chapter
IDCC, Shah Alam

13/01/2019
Missing Chapter Reloaded
IDCC Shah Alam

29/09/2018
HIIM Premier
IDCC Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • FREE  Alhamdulillah pembuka seminar Missing ChapterReloaded di IDCC Shah
  • Saya doakan satu hari nanti semua followers SifufBads ni dapat
  • Sape je x nak profit lebat bak cendawan tumbuh lps
  • YOU ARE DIGITAL MILLIONAIRE!!!   Tahniah!! Kpda yg hadir
  • Quality over Quantity! Usahawan terlalu ramai tapi semua tu berkualiti
  • Jumpe Sokk Kayyy  Kurang drpd 24 jam sahajee lagiii
  • Anggaplah kegagalan demi kegagalan itu sebagai satu starting point anda
  • 3 HARI LAGI!!!   Program yg akan berlangsung 2
ROI Chapter Class
ROI Chapter Class

Rasa Struggled Dalam Bisnes? Sales Makin Kecut? Profitnya Makin Menipis? Kos2 Semakin Meningkat? Dan, Rasa Bisnes Bakal ‘TERKUBUR’ 2019 Nanti? Izinkan SifufBads Bantu Anda! Lengkapkan Form di Bawah Sekarang!