“Rase Nak Nangis Bile Teringat Jual Air Tin di Stadium Dulu, Tak Sanggup Nak Ingat Balik…”

tasha-garsia

SEBAK…. Habis sekotak tisu jenama ‘premier’ lps baca kisah cik adik ni.. Sobs.. Tp itulah ujian dlm kehidupan ini, dn kita mmpunyai pilihan samada nk trus mengalah atau trus bangkit!

Ternyata..

Cik adik ni memilih jln utk terus bangkit! Dn mmbntu keluarganya utk mcpai kebahagiaan tahap MAKSIMA..

Mggu lepas..

Sy ttiba mngidam nk mkn ‘Chiken Grill’, trus amek kunci kete dn mulakan operasi jln-jln cari makan, jln pny jalan jumpa kdai Pekan Station.. Kt area Setiawangsa.. Org kata sedap western kat situ.. Sy pn nk cubalah.. Bru je nk duduk, ttiba ada org lambai lambai.. Pstu pggl “SIFU.. SIFU..” dia pn trus dtg kat saya. Bgtau dirinya “GARSA.. GARSA..” sy pn trus berkata “OHH.. TAHU SSGT…”

Sy trus tny dia, “CMNE BISNES SKANG…”

Dia jawab “SIFU.. TERPAKSA OFF IKLAN, TAK CUKUP TANGAN!”

Wah.. SubhanAllah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar

tasha-anil1

Tp disebalik kjayaaan tu ada juga kisah-kisah pahit, yg anda perlu tahu bgimana dia boleh berada di tahap sekarang ni.. Tknk ckp byk, teruskan bacaan bgimana beliau bermula…

“Assalamualaikum fans SifuFBAds! Nama saya Natasha Helwa bt Ramlee,berumur 25 tahun saya adalah Founder Garsa Kitchen- iaitu Premium Homemade Sandwiches Deliver.. ”

“Tigt lg Seminar MISING CHAPTER kt KL mse 1st time sy g thun 2015 dlu.. Sifu ada bg idea byk giler, mmg Sifu bgtau scara general, sbb ada mcm2 bisnes dan niche kat situ.. Tp sy cuba relatekan dgn bussines saya. Alhmdullilah, sy boleh grab.. Balik jer, saya terus apply apa yg disuruh..”

“Seriously, dulu mmg fokus pd Instagram shj. Tapi tk lme tu, rse mcm dah ‘tepu’ IG ni. Tak leh gi dah… Panik gak! Jd sebab tu sy nak mula fokus 100% di Fb.. Lps buat tu. Rupanya, ternyata FBads ni lg gempak dia punya pukulan brbanding di IG!”

“No wonderlah.. Rmi budak IG pindah ke FBAds.. Dah hijrah bkn nak bgtahu.. hehe..”

Alhamdulillah, dia yg sekarang bukan yg dulu lagi.. Dlu kehidupannya mmg struggle! Kerja keras! Ni nk story skit cmne dia dulu2.. Sblm tu, sediakan sekotak tisu please.. Okay..

tasha-anil2

“Dulu…. Saya seorg surirumah.. Kahwin awal. Tak ada pengalaman bekerja.. Habis jer Praktical semester 6 (Diploma Nursing UiTM Puncak Alam) terus kahwin..Husband tak suka kerja jd nurse. Jd, sy tak pernah pun bekerja.. Duduk aje dkt rumah.. Husband kerja sorg. Kerja makan gaji..”

“Hujung bulan husband dpt gaji, bayar itu ini. Habissss… Biasalah..”

“Susah jugak dulu.. Tk pernah rse beli baju baru.. Selipar baru.. Pakai je apa ada masa sebelum kahwin yg parents belikan tu.. Mmg tkde nk hidup mewah-mewah.. Tk pernah terfikir!”

“Tigt lg time pregnant dlu, mse tu teringin ssgt nk makan ais krim cone mekdi yg RM0.99sen tu.. RM0.99sen je okay, tapi serius.. Rse takut sggt nak minta husband.. Sbb tau, mesti xdpt.. Time tu kami tgh berjimat ssgt, bli mana yg penting sahaja.. Sy simpan je rasa kmpunan tu.. Sdih ssgt, tp sy sdar thp kmampuan kami..”

“Smpi stu mase tu, kita tgk kawan-kawan lain pregnant pakai baju pregnant. Kita.. Pakai t shirt besar2 je. Seluar pun ketat kt perut.. Sesak nafas.. Bknnya tknk beli bru, tp tak mampu! Mmg tk mmpu! Mmpu tgk je…”

“Sy cuba cri inisiatif sndri, aku tkleh duduk diam nih! So, sy cuba nk tlg husband…Sy mula ambil popia 1kg dr org.. Dan jual… Adala sikit2 dpt..”

“Yg bestnya, sy pernah TERJOIN MLM… Namun.. hmm.. Fhm-fhmlah..”

“Tu tkpe lagi, yg ni mmg sedih klu tgigt balik.. Sy prnah jual air tin kt stadium bila ada musim bola.. Time tu perut tgh sarat…Tggu time nk teberanak jer.. Dahla keadaan kt situ sesak ssgt.. Urgh.. Tkut nk bygkan balik.. Tp trpks buat utk SURVIVE!”

“Plg sedih.. Husband Simpan duit sebulan RM100 sbb nak bersalin nnt baby first, perlukan byk duit. Ada lah simpan dalam RM600.. Masa di hospital tgh checkup 8 bulan mengandung, ada org tiba2 dtg. Nak jual iphone 6 dia! Baru je keluar lg Iphone 6 mse tu. Dia kata dia desperate. Nak jual RM800 je! Harga asal RM2500. Kalau jual balik dpt untung banyak!”

“Tawar2.. Dapat RM600. terus pergi ATM keluarkan duit simpanan.. Takpelah. Keluar RM600 nanti jual balik HP tu, dptlah rm1800++”

“Jumpa org tu, beri RM600, dia bg kite iPhone 6!

HAPPY!”

“Nnt jom pergi trade in. Boleh beli brg dapur sikit” kata suami.. Masuk kereta terus.. seronok! Belek IPhone 6. Tapi… Rupanya… Iphone Palsu!!”

“Dapat iphone dalam ada bateri. RM600 melayang.”

“Yg dapat.. Resit ATM ‘Baki Wadiahsa RM2.70”

Sedih..

“3 hari 2 malam tunggu di hospital tu. Mana tau? Lelaki jual HP tu ada dtg lg. Nak mintak balik RM600. Itu duit nak beli barang baby. Nak berpantang nanti.lama simpan duit tu. Itu je yg ada…”

“Tapi…. Selepas hari ke 7 cari di hospital.. Takda. Org tu tkde dtg lg… Sy redha, kami akui tu kesilapan kami, kecuaian kami.. “

tasha-anil4

Huuu… Dasyat, di usia semuda tu dah mcm2 yg dilaluinya.. Namun dia tk trus give up kat situ.. Slps smua yg dilaluinya, dia mula bngkit! Kat sinilah TURNING POINT nya.. Teruskan bacaan..

“kisahnya brmula cmni, saya mmg suka memasak. Masak adalah Hobi tegar sy…. Serius ni!”

“Satu hari, sepupu nak buat majlis harijadi anak dia. Dia tanya, apa makanan ringkas yg senang nak dimakan, nak diambil. Saya kata ‘sandwiches!'”

“Dia beri duit utk beli bahan, berserta upah RM20. Dalam hati.. ‘Wah, tlg buatkan sandwich je pn, dpt RM20. Bestnye!'”

“Sampai di parti harijadi. Semua tny sepupu.. ‘kt mana beli sandwiches ni? Sedap sangattt!'”

“Igt lgi, time tu mcm2 soalan yg dtg.. Dorg tny.. ”

“Kat mana tempah sandwich ni? Saya tak suka sandwich tp sy dh mkn 5 keping!”

“Terror nye u buat sandwich! U ada cafè ke?”

“U mmg ada ambil tempahan buat sandwich ke? Sedap sangat sangattt!”

“Cuba u try masukkan dlm FB/IG! Sure meletop! Sbb sekarang ni susah nak cari finger food mcm ni. Yg ada online kenanyakkan cake cake cake aja!”

“Peh time tu mmg berkobar2, mmg semangat gler, masuk jer dlm kereta terus cerita kat husband. Dan minta izin dan restu, kalau boleh try meniaga sandwiches online..”

“Husband bg green light! Parents bg kata2 semangat!”

“Balik rumah saya Terus cari satu nama brand. Saya jumpa perkataan Garsa. Bahasa Latvian yg bermaksud Kesukaan! Terus download apps di HP. Design logo sendiri.”

“Duit nafkah husband beri setiap bulan, pergi kedai printing. Print logo yg design dr HP tadi. Balik gunting. Dan tampal di kotak. Singgah Giant, beli 3 buku roti. 1 papan telur. 1 botol mayonis..”

“Malam tu tk boleh tidur. Sebab esok pagi nak bangun, nak siapkan 5 kotak sandwich utk bagi kawan2 rasa di ofis mereka. Hantar di ofis makcik sekotak. Hantar ke ofis kakak ipar sekotak. Hantar kt ofis husband sekotak…”

“Igt lg.. Sy ade pesan.. Bagi kawan2 rasa.. Kalau suka, nombor ada di kotak. Boleh order anytime!”

“Esok tu… Ada 3 kotak tempahan! Hoorayy! Happy ssgt!”

tasha-anil5

Dari sehari.. 3 kotak..

Esok… 5 kotak..

lusa… 7 kotak..

Tulat.. 5 kotak..

“Time tu sayalah ke pasar pagi 3am setiap hari beli bahan.. Sayalah balik rumah prepare bahan..Sayalah yg membuat sandwiches.. Sayalah yg menghantar sandwiches..Mmg penat! Tp seronok…”

“Semuanya SAYA lakukan sendiri. Sambil dukung anak 11bulan.. ”

“Kini makin betmbah.. Alhamdulillah.. Dari 10 kotak sehari.. Hinggalah 15.. Hinggalah 30 kotak….”

“Time tu tibe2 demand tinggi.. Org dh mula nmpk.. Mse tu mmg sibuk ssgt.. Mmg pnat giler.. Smpikan sy prnah accident, sebab terlelap masa balik dr pasar.. Prnh juga jatuh tergolek dgn baby semasa naik tangga nak deliver sandwich ke ofis.. Tak larat sgt time tu.. Habis sandwich suma terbalik. Kaki terseliuh. Baby lebam di mulut..”

“Lama lama.. Husband tlg deliver sebelum ke tempat kerja.. Hari hari punch kad merah.. Boss dah warning….”

“Takut kerja tak berkat.. Husband berhenti kerja dan tolong saya… Ye, husband sy yg dh kerja 11 tahun tu berhenti kerja. Sbb nak sama sama buat Garsa Kitchen ni sampai berjaya.. Kami percaya rezeki Allah tu 9/10 dri perniagaan..”

“Sehinggalah sekarang… Kami berdua tag team naikkan Garsa Kitchen. Dari tiada staff. Kini ada lebih 15 org staff… Husband fokus pda production.. Saya pd marketing.. Alhamdulillah, syukur ssgt.. Tk pernah jangka smua ni akan brlaku.. Sy tahu rezeki sy pasti ada, Allah akan tunaikan, yg pnting jgn give up.. “

Amazing.. Amazing..! Tulah kisah ttg adik kita yg brumur 25 tahun, yg mana beliau telah memonopoli keyword ‘sandwich’ dgn mnukarkan kepada ‘GARSA’ iaitu brandnya sendiri.. Org bkn mencari sandwich ttp GARSA..

Ops tlupa plak.. Sblm tu.. Dia ada bg beberapa pesanan ringkas utk fans SifuFBAds.. Leh baca, ni dia sndri yg tulis ye..

Pesanan buat Fans Sifufbads…

1. BIG WHY

Tetapkan apa Big Y kita. Bila kita dh ada idea utk sesuatu benda tu, terus buat! Buat sampai jadi!

2. JANGAN BERTANGGUH

Terus buat bila dah dpt idea-idea yg ohsem.. because it is now or NEVER!

3. TETAPKAN MATLAMAT & GOALS

Nyatakan matlamat anda, dan apa goals yg nak dicapai.. Kmudian follow step by step apa yg dah dipelajari..

4. NEVEP GIVE UP

Jgn senang give up. Igt balik Big Why kita. Kenapa kita start ni semua. Buat dgn konsisten.

5. CARI ILMU & MENTOR

Sentiasa timba ilmu. Ilmu takkan habis utk kita belajar. Cari mentor…. Dah jumpa, dah dapat, dah belajar… BUAT SAMPAI JADI!

Itulah pesanan terakhir beliau pada sy utk dismpikn pd anda semua…

Amacam, rasa terbakar? Sapa yg rasa nak giveup.. rasa ta kuadd.. ce igt balik apa BIG WHY anda..

Klu rasa kisah cik adik ni OHSEM, sila SHARE ngn kawan2 anda.. Bakor diorang.. Sila TAG kwn2 andaa.. Beri manfaat pd org lain..

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *