MULA BISNES PART TIME JE, EX-GOMEN NI DAH GENERATE 1 MILLIONS SEBULAN!

Dulu dia mula bisnes secara part time jer. Masuk kerja pagi, balik lewat petang.

Tuan Zul (founder Mamz), ex PT.. dah 10 tahu kerja goverment, dan juga buat bisnes dah 3 tahun..

Dia tak tahu macam mana nak grow dalam bisnes..

2017 masuk kelas Sifubad, mula dari bawah. Dia buat part time, jual minyak habatusauda ..dari zero, sampai la 20k sebulan..

Dia ada upah staff, tapi dia free masa Sabtu Ahad je.

Macam mana dia pantau team sambil bekerja?

Dia buat guideline, letak target, set kpi dekat sales & marketing.. Minta diorang update data daily & weekly..

Alhamdulillah, dia boleh monitor team dia. Masa tu 3-4 orang.

Dia ambil cuti tanpa gaji juga, sebab nak fokus, nak all out!

Target nak dapat 200-300k sebulan, saving 200-300k, baru berhenti kerja!

Tak lama lepas tu, dia berjaya dan terus resign!

Masa pkp dulu, dia banyak ikut kelas-kelas online (chapter)..

Sampai la bisnes dia naik ke 500k monthly.. Then, naik ke 1.2 million monthly.. Wife dia pon baru berhenti, last year. Sama2 berbisnes di ofis diorang di Oasis, Bangi , sebelah Tol Bangi.

Tahun ini, dia dapat ‘mencacakkan’ billboard  brand dia, di Klang Valley.

Ada banyak strategi untuk buatkan branding bisnes korang sustain dan bertahan lama, macam yang foundr @mamzofficial.hq buat terhadap bisnes nya..

Apa yang foundr Mamz buat?

1. Kita kena kenalpasti terlebih dahulu lokasi pemasangan untuk billboard. Contohnya, Mamz buat di federal highway , Batu 3 Shah Alam yang menjadi lokasi “HOTSPOT”untuk orang ramai.. Yang boleh menaikkan brand awareness kepada brand nya..

2. Kenalpasti dengan siapa yang kita akan collab.. Salah collab, akan buatkan kita tak convert to sales.. Contohnya Mamz colleb dengan @fizoomar yang boleh membantu meningkatkan brand awareness ..

3. Kita kena ada brand positioning yang strong supaya audien dapat tahu dan kenal apa yang brand kita jual.. macam Mamz sendiri fokus kepada produk bayi, supplemen semulajadi terbaik seisi keluarga..

Ini satu pencapaian besar untuk Mamz! Yang mana brand nya terpampang di lokasi yang berprestige, di federal Highway, Batu 3, Shah Alam. Billboard yang harganya lebih 500k, yang sebelum ni, billboard juga di sini.

Sesiapa kerja gov, then terlibat dalam bisnes tu, kalau betul-betul nak grow, memang kena fokus! Cara2nya;

1. Buat permulaan, fokus pada waktu rehat, waktu malam, mungkin sampai ke pagi, weekend korang untuk aktiviti bisnes.

2. Kadang-kadang, kena amik cuti tambahan, untuk support masa buat bisnes tu.

3. Kena start bina team kecil dulu, dengan ada ofis. (Kita pantau 2-3 kali sehari, dan daily by data dan report)

4. Weekend, boleh set meeting pagi sabtu dengan tim.. Review prestasi mingguan, plan aktiviti minggu depannya.

5. Bila semakin besar lagi bisnes, kena consider cuti tanpa gaji.. 3-6-12 bulan.

Itu antara tips untuk anda yang masih bekerja full time.

SAPA EX- GOMEN BERBISNES SINI?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *