Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

“Abes Semua Barang Suami Saya Jual! Kami Terdesak Sangat!”

Diterbitkan pada Nov 23, 2016 oleh

abes-semua-barang-suami-saya-jual-kami-terdesak-sangat

Inilah sbhgian coretan dr kisah Iron Lady SifuFBAds.. Yg mana novel sedih ini tlh diberikan tajuk “ZERO KE SUPERHEROIN”..

Kisah ini prnah Viral di profile fbnya sendiri..

Of course lah viral, cite dia bkn main tebakar lg bila bacanya.. bukan main sedih lg bila baca ha.. Mmg btul2 menginspirasi kisah Kak Nora kita ni..

Tak caye, g baca sendiri.. Ni 100% tulisan dr bliau sendiri.. Tulisan dr hati keluar melalui jari jemari utk menaipnya.. Hoho

“Assalamualaikum semua.. Sebelum kak Nora story perjalanan harian kak Nora yg dulu hingga sekarang, Kak Nora kenalkan pada kawan-kawan nama penuh Kak Nora Che Aznora bt Baharom, berumur 31 tahun sudah berkahwin dan mempunyai 2 org puteri. Kisah serba sedikit kak Nora coretkan kat sini moga mendapat inspirasi pada kawan semua. Dari bangku sekolah Kak Nora minat niaga, Kak nora ni kelulusan SPM je , belajar tak pandai duduk kelas pun sastera & ekonomi , lepas je SPM kak Nora kerja sebagai sales girl kedai telefon, dlm 4tahun kerja kedai telefon , baru ada rezeki buat loan MARA time tu kak Nora umur 21 tahun kak Nora berjinak-jinak buka kedai telefon sendiri di MYDIN MALL Kuala Trg, ”

“siapa orang TERENGGANU mesti pernah tengok kedai tel kak NORA depan my mart “NORA COMMUNICATION” time tu kak Nora hentam je niaga jual tel dari pengalaman kerja 4tahun .dari 1 kedai tel buka lagi 2 cawangan kedai tel dan TOYS . time tu remaja niaga sendiri tanpa tunjuk ajar macam mana nak manage niaga . Niaga dekat 3tahun lepas tu TUTUP. berpindah plak ke KL dengan suami niaga pulak kat UPTOWN DANAU KOTA tahun 2009 Kat uptown time tu kak Nora jual seluar jeans perempuan , gigih betul niaga pergi china ngn suami collect stok tiap-tiap bulan. dari 1 kedai hingga 2 kedai niaga kat danau memang best sangat . cuma masa bertukar mlm niaga siang tido. Kat danau paling best niaga pada bulan puasa tapi disebabkan niaga tanpa mentor tanpa asas niaga pun x lama jugak. Tutup jugak niaga kat Danau Kota..”

“Tahun 2012 bulan 3 Kak Nora bincang dengan suami nampak nya niaga ni bukan bidang kita. Kita kena kerja ngan orang. Tapi suami kak Nora tak setuju dia bg tau Kak Nora, yg Kak nora memang kena niaga sebab dia tau Kak Nora minat niaga dan naluri Kak Nora jenis suka berusaha hingga berjaya. . Suami bagi cadangan, kita balik kampung duduk di kampung kita mula dari bawah, kita buang ego kita jauh-jauh kita mula dari ZERO .Nangis Kak Nora time tu, tak nak pulang ke Kampung sebab dah biasa hidup dalam bisnes kat kampung apa yang kak Nora boleh buat? suami bagi semangat lagi pada Kak Nora . Ingat pada 1 pepatah.

nora-che-aznora5

“Ulat dalam batu pun boleh hidup” inikan kita yg ada tulang 4 kerat dan sempurna. Yang beza hanya kehidupan di kota dan kampung. Tahun 2012 tahun kak nora “down” time tu kak Nora baru lepas bersalin balik ke kampung dengan penuh kesedihan balik tanpa harta tanpa modal duit lepas-lepas makan. Tahun tu kak Nora ada 2 biji kereta dan 1 van niaga . Time tu jugak kak Nora tak mampu nak tanggung kos bulanan kereta dan van . Suami bagi idea utk lepaskan kereta tu untuk elak kan bebanan bulanan dengan keadaan tiada pendapatan tetap . Terpaksa Kak Nora serahkan kereta Honda kesayangan kak Nora bagi org sambung bayar dan van niaga yang baru 1 tahun guna pun terpaksa bagi org sambung bayar. Yang tinggal hanya “BABY BLACK myvi kesayangan Kak Nora . Time tu betapa sedih Kak Nora dan suami tanggung hanya ALLAH yang tahu betul-betul menguji kesabaran hubungan suami isteri. Time tu anak kak Nora yang bongsu berumur 3bulan..”

“Terlalu perit tahun 2012 time Kak Nora niaga di danau kota boleh dikatakan tak pernah missed kak Nora bantu suami niaga walau keadaan sarat mengandung. Start niaga kul 7petang – 4 pagi didanau kota dan jika hari Ahad sambung plak ke pasar Karat @ pasar pagi di Shah Alam start kul 6- kul 2 ptg . Dalam keadaan menunggu hari bersalin. Keadaan yang sangat mencabar Kak Nora bersengkang mata dan berpanas . Liku-liku kehidupan memberi pedoman pada kak Nora disaat kejatuhan Allah tunjukan pd kak nora siapa kawan, siapa lawan dan siapa keluarga. . pulang ke kampung dengan poket kosong modal x ada memang niat nak mula hidup baru nak keja ngn org. Keja lah sales girl pasar raya pun tak pe , janji boleh tanggung anak nak masuk tadika time tu. Anak sulong 5 tahun Ank yang bongsu baru 3 bulan. Suami pun berjinak-jinak mintak kerja biasa-biasa. Keperitan time tu memang sangat menguji 1001 dugaan rumahtangga..”

“Tapi berkat kesabaran dlm jiwa Kak Nora sanggup mula dari zero menanam cita-cita tinggi pasang angan-angan yg tinggi selalu sembang kosong ngn suami , Kak nora selalu cakap, kononya kak Nora akan buktikan pada semua org yg lupa kawan , lupa darah daging yang buang Kak Nora dan suami time kejatuhan suatu hari akan berpaling tadah bila kak Nora berjaya. Seingat Kak Nora 1 april 2012 suami call bagitau kawan dia offer kak Nora join dropship jual produk online. Mula-mula tu kak nora tak nak sebab tak tau basic apa yg nk jawab bila custumer tanya, mcm mana cara nak jual mcm mana cara nk pos barang, tapi disebabkan kesempitan wang kak nora cuba belajar berjinak-jinak niaga ONLINE . Time tu Kak Nora buta IT, telefon pun pakai telefon Nokia yang ada lampu suluh kat atas. Kak Nora bincang ngn suami nk niaga ONLINE macam mana tel bukan ada internet , wasap , wechat @ facebook. kita skrg kais pagi makan pagi je mana mampu nak beli telefon canggih. Nak renew roadtax keta pun masih lagi berjimat cermat kumpul duit. Suami time tu sanggup jual jam kesayangan dia utk belikan Kak Nora telefon lebih kurang TAB yg budak- budak main games buatan china. Walaupun tel tu buatan China memang rem utk internet slow tapi tak mematahkan semangat Kak Nora berusaha berjinak-jinak guna dan belajar niaga ONLINE…”

nora-che-aznora4

“Mana tau suatu hari Kak Nora boleh beli telefon baru hasil niaga online kecil-kecilan ni. Kak nora selalu pasang angan-angan , untuk sedapkan hati dan kuatkan semangat . time tu Kak Nora jual barang-barang make up lipstik , eyeshadow, ubat kurus , berus make up , sabun badan , lotion putih kulit , kosmetik , bedak tanaka, bedak arab. Semua tu kak Nora jual modal time tu kak nora korek duit tabung anak . Ada dlm rm 170. cuba jadi dropship seller yang tegar ONLINE untuk bantu jualan harian . lebih kurang 7 bulan kak Nora niaga barang-barang pasar malam jual kat ONLINE. siang malam Kak Nora ngn suami bergilir jawab wasap . Jika Kak Nora tido , suami reply wasap bersengkang mata bergilir jawab wasap demi sesuap nasi time tu, berniaga time tu hanya bergantung pada group facebook nak harap jual kat friend fb time tu friends pun ada 100 org lebih . Sehari tu kadang tak ada sales tak ada parcel . Kadang seminggu ada 2 sales tu pun dah bersyukur boleh buat duit belanja. Sebab modal tak ada macam mana nak niaga besar-besaran niaga apa yang ada shj. Dan time tu jugak lah Kak Nora mohon duit BRIM. Kak nora buat rayuan dekat pejabat LHDN untuk mohon duit BRIM. Sedih time tu ALLAH sahaja yang tahu dengan anak yg masih kecil ke hulu ke hilir Kak Nora bawak disebabkan proses permohonan duit BRIM kak Nora di tolak selepas pihak berkenaan check kak Nora ada memiliki kenderaan bernilai rm 150k ke atas. Sedangkan time tu kak Nora dah bagi orang sambung bayar. Tapi tetap ada dalam sistem . Di minta pulak Kak Nora surat-surat perjanjian dan mahkamah. di saat kesusahan tu ada hamba ALLAH bantu kak Nora buat permohonan kali kedua berserta dengan surat yang di kehendaki memohon BRIM dengan permohonan atas nama suami…”

“Akhirnya rezeki kak Nora dapat duit BRIM time tu rm 500 . Kak nora berbesar hati bagaikan dapat 50 ribu duit nak mula niaga. . Bermulalah episod Kak Nora niaga dengan bermodalkan duit BRIM. Kak Nora jual barang-barang kosmetik online. Makin banyak stok kak nora sebab dah ada duit BRIM , boleh buat tambah modal sedia ada . Kak nora jual eyeshadow, foundation, lipstik, bedak, dan bermacam barangan kosmetik. Pasti kawan- kawan facebook kak Nora pernah beli barang-barang ni kan? Barang niaga kak nora dulu. dari sini lah bermulanya kak nora mengenal erti ONLINE. Jualan setiap hari alhamdullilah memang membantu kak nora mengubah nasib kehidupan yg penuh tangisan. selepas setahun kak nora niaga online jual barang-barang kosmetik . Ada kak nora simpan duit jualan dan asingkan modal supaya suatu hari kak nora ada “SAVING”. . Awal tahun 2013 kak Nora berbincang dengan suami , kak nora bagitau dia yang kak nora ada SAVING. tak banyak pun dalam bank time tu ada dalam 5 ribu. kak nora cakap nak buat produk sendiri. Suami bagi tau dia tak halang kak Nora sebaliknya dia sokong dan tetap dibelakang kak Nora. Terharu sangat kak Nora punya suami yang sanggup susah senang bersama..”

“Kami pun pergi ke Kilang kosmetik. berbincang dengan owner kilang. Kata owner kilang, minimum oder 1000 box. Lebih kurang 20 ribu hingga 30 ribu utk permulaan. putus harapan kak Nora untuk terus ke depan . dengan kecewa kak Nora pulang ke rumah. balik je rumah bertukar fikiran macam mana nak dapatkan modal. Suami kak nora tak pernah putus asa bagi idea. last sekali keputusan suami dia nak jual motor ego dan kereta kancil yg dia tinggal kat kampung ,terkejut kak Nora dengar keputusan dia. memang tak sanggup sebenarnya kak nora nak terima semua tu, tapi dah tak ada jln lain lagi untuk bantu kak nora . Sedih sangat time tu suami jual motor , kasut kesayangan , kereta kancil , cincin kesayangan demi bantu kak nora. kak nora pun berusaha pinjam dengan pak saudara kak nora biarpun x banyak utk cukupkan modal. Alhamdullilah ALLAH bantu kak Nora. Akhirnya kak nora berjaya keluarkan 1 produk pertama kak nora iaitu “SOB SKINCARE” atau nama panjang “Secret Of Beauty Skincare”. ya Allah bersyukur sangat kak Nora time tu ALLAH permudahkan segala urusan kak nora. Dalam fikiran kak Nora tak pernah fikir ada ke orang nak guna produk kak nora yang tak famous ni? Cuma dalam fikiran kak nora hanya fikir nak majukan produk “SOB “nak ganti balik apa yang dah terjual dan kak nora pinjam. Bermulalah kehidupan Kak Nora sebagai pengasas produk. Walau time tu dah ada ramai pengguna , agent, dan stokis. Tapi tetap kak nora usaha join event utk kenalkan “SOB”.

nora-che-aznora3

“Rezeki ALLAH luas diuji dan digantikan dengan berlipat kali ganda. Tahun 2014 niaga kak nora pun mula dikenali. Duit pun time tu dah mula ada sikit-sikit kat akaun “SAVING”. Kereta yang dulu kak nora bagi sambung bayar pun dah boleh tebus balik. dan bermula lah pemasaran melalui radio, majalah dan iklan2 utk marketing SOB. . Tapi time tu tak ada MENTOR tak ada orang GUIDE kak nora niaga. 2 tahun niaga ONLINE jual produk sendiri dengan cara sendiri masih tahap yang sama. Sehinggalah rasa nak cari jalan nak maju kan lagi niaga. Kak nora bayar orang marketing. Kononya kak nora berfikiran pendek mungkin orang berjaya pakai org marketing sebab tu dia berjaya. Sampai 3 bulan dengan servis marketing tu sales niaga sama tak ada beza . Kak nora cari lagi idea macam mana nak ke depan. Hinggalah kak Nora join Seminar Sifu dlu..”

“Selepas dari seminar Sifufbads. Suami kak Nora bagi 1 cadangan pada kak Nora supaya kak Nora majukan niaga ni dengan ada nya “MENTOR” suami kak nora tulang belakang Kak Nora . Disini lah kak nora ubah hidup Kak Nora dari ZERO to SUPERHERO. Disini juga kak nora kuatkan semangat jangan cepat mengalah buat apa yang sifu ajar, pegang 1 caption yg sifu selalu ucapkan

“BUAT SAMPAI JADI!”

“Bermula lah kehidupan Kak Nora buat sendiri marketing dengan ada nya MENTOR dan tunjuk ajar mengendalikan marketing. Bermulalah kak nora sebagai ulat buku selalu kaji buku-buku yang kak nora belajar di seminar2.. Memang tak pernah kak nora fikir langkah kaki kanan kak Nora ke academy sifufbads mengubah hidup kak Nora 360 darjah. sales jualan meningkat hingga ke 300k sebulan..”

“Syukur ke hadrat ALLAH memberiku langkah utk bertemu dgn Sifu JAMAL, alhamdulillah berkat kesabaran kak Nora dan suami membuahkan hasil. Jutaan terima kasih pada sifu JAMAL diatas ELMU dan tunjuk ajar. Moga ALLAH membalas jasa baik sifu JAMAL dan semua crew sifufbads di atas tunjuk ajar membantu kak Nora mulakan marketing SOB lebih luas.”

“walaupun tak sehebat jutawan kosmetik lain tapi kak nora bersyukur kehadrat ALLAH mengubah nasib Kak Nora sekarang. Alhamdullilah agent , stokis, produk SOB ada diseluruh Malaysia,Singapore dan Brunei. Alhamdullilah selepas botcamp selama 5hari di sifufbads , balik dari kelas tu kak nora cuba perbaiki marketing iklan kak Nora. Alhamdullilah bulan JUN-JULY kak nora capai target jualan yang sebelum ni belum pernah capai. Dan sekarang alhamdullilah reward utk diri sendiri selama ini bertungkus lumus dapat beli kereta idaman “BABY WHITE” bukan kak nora nak riak atau bangga sebaliknya kak nora coretkan story ni buat kita semua bersemangat untuk berusaha dan maju in sya allah ..”

“Mengalir air mata disaat mengecapi kejayaan, akan mengimbau kesusahan yang pernah kita lalui. Begitu lah coretan serba sedikit dari kak nora buat kawan semua, jangan pernah kita lemah dalam meniti hari- hari dan dugaan. Sebaliknya kita berusaha, tawakal dan doa. Hanya kita mampu ubah hidup kita dan majukan bidang kita ceburi. Moga coretan ini menjadi contoh dan tauladan buat kita semua.”

Okay sblm tu..

SifuFBads nak smpikan pesanan Kak Nora pada fans SifuFBAds.. Ni Kak Nora PM tepi ye.. katanya ada bnda penting dia nk bgtau kt anda semua..

“hanya kita mampu mengubah bidang marketing yg kita ceburi, kita perlu tanam sikat BUAT SAMPAI JADI ! Jangan pernah putus asa, belajar dan cari lah MENTOR untuk sedut ELMU. Sifu bantu kita semua kita harus meneraju dengan sebaik mungkin. Jangan pernah putus asa dengan kegagalan yg lepas. Jika kita dilandasan yg betul dan MENTOR yg betul kita pasti kecapi KEJAYAAN . Insyallah dengan usaha dan doa kita pasti berjaya.”

Itulah perkongsian ikhlas dan jujur dr beliau sendiri..

Jika anda nak beri manfaat pd khidupan org lain..

Mulakan dgn butang SHARE & TAG rkn anda utk beri inspirasi.. InshaAllah..

Komentar (0)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!

[contact-form-7 id="980" title="Footer Form"]