LEBIH 80K UNIT TERJUAL, INI 7 STRATEGI FOUNDER MAAEZ GUNA SELEPAS TUKAR BRAND BARU!

“Sebelum ni, sayo jual susu Maaez.. Mulo2 naik, naik, naik, pahtu masaloh production.. Sayo create new brand untuk kosmetik pulok, sebagai backup bisnes.. Baru lagi, 2022! Ore tok ramai jual produk kosmetik sayo.. Tapi, takpo.. Apo hok sayo blaja nge sifu, macey team sales, personal branding, marketplace tu, sayo buak sorang-sorang..”.

Tulah @aininsofieya & @hariz_othman , bila create new brand kosmetik, tahun lepas. Fokus jual sendiri juga, agen ada, tak ramai yg aktif lagi..Dari asik takde masa buat personal brand, dia paksa diri dia di ig, fb, tiktok..

Paksa diri live, selling, followup bagai.. 2-3 bulan, berani lah ambil stock 10k unit..

Selepas 1 tahun, 80k unit stock sebulan pon tak cukup..

Dia buktikan dengan buat PERSONAL BRANDING – makeup.. Dia buat konsisten..

Masa konsisten tu, ada yang tinggi view, ada yang rendah.. Almaklumlah, mana ada jaminan tinggi terus kan?

Tapi, dia fokus, dan terus konsisten..

Dari situ grow! Dan banyak view FYP.. Dan topup lagi dengan live content, bisnes grow! Sales sendiri, sales dari agen pun naik, sales ecom naik..

Dont worry, if you start today.. Its not about berapa lama, berapa banyak dah konten.. Tapi ianya tentang berapa kualitinya konten.. berapa kualitinya audien.. berapa efektifnya produk diselitkan dalam konten tu..

Now, tak sampai 1 tahun, hit 1 mil per month!

Apa yang saya advise dia dari awal, bila mula bisnes kosmetik ni;

1. Betul2 buat R&D terhadap produk, kualitinya, penggunaannya..Sebab apa? Sebab competition adalah high, dan user semakin bijak. Mereka “membeli” value..

2. Its ok, kalau kita jual produk kita tanpa ramai agen. Apa yang penting, faham value produk sendiri, yakin ianya diperlukan oleh pengguna, dan berani untuk menjual produk, walaupun ianya baru dalam persaingan yang sengit.

3. Show people the result, not the process! Share result user, dengan value yang unik, yang mungkin jadi kekuatan kita.. Repeat-repeat-repeat.. More result, more trusted!

4. Kembangkan wing bisnes, tanpa harap 1 channel je. Result sales dari setiap wing tu, boleh ditunjukkan untuk influencing people untuk samada menjadi pelanggan, mahupun jadi reseller..PEOPLE TRUST THE RESULT ONLY!

5. Tambah production sedikit demi sedikit, jangan mendadak! Untuk jaga stability, sustainability, dan jaga risiko quality.. 10k-20k-30k, now lebih 80k.,

6. Your bisnes is depend on you! Jadi, kena tentukan sendiri target kita, strategi kita, usaha kita.. Bukannya bergantung kepada orang semata-mata.

7. Kalau sistem lama tak sesuai dah, boleh guna sistem baru.. Lagi-lgi buat yang baru ni. (Dia guna sistem centralised reseller, not trading)

ps – Adakah tips sharing ini korang perlukan? Especially yang buat produk kosmetik/skincare.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *