“DULU KONTRAKTOR OIL & GAS, SEKARANG JADI BIDAN HERBA PULAK…”

Itulah transisi hidup yg dialami oleh Suzimah Hazish, 44 tahun yg merupakan founder kepada SuzyHoney Herbs yg berasal dari Kemaman, Terengganu.

Bila dengar nama brand SuzyHoney Herbs, mesti dah boleh agak produk ni berasaskan bahan2 semulajadi kan?

Haaa kalau nak tau, walaupun dia ni dah level CEO tapi dia lah yg keluar masuk hutan mencari dan mengkaji herba2 dan tumbuhan hutan ni semua… bukan takat tu je, dia siap berguru dgn bidan2 dan orang asli tempatan untuk belajar sendiri ilmu2 perbidanan dan perubatan herba ni.

PERMULAAN BISNES

Suzimah atau nama manjanya Suzy ni asalnya merupakan seorang kontraktor oil & gas. Kalau nak ikutkan, dgn pekerjaannya sbg kontraktor ni dia dah boleh hidup selesa… tapi, dia ambil keputusan untuk bersara awal dan ceburi bidang bisnes.

Dia memilih produk kecantikan & kesihatan yg berasaskan herba kerana mmg sejak turun-menurun dari nenek moyang lagi keluargnya telah mengamalkan perubatan herba.

Tapi, sebenarnya bisnes ni tak rancang pun… dulu, waktu sebelum bersara tu dia rajin share tips2 tentang khasiat herba dan perubatan tradisional di fb personalnya. So, pada tahun 2015, timbul lah idea untuk buat bisnes berasaskan herba ni. Alhamdulillah produknya mendapat sambutan diluar jangkaan… dan dia pun mula lah rekrut agent.

Namun perjalanan bisnesnya tidaklah semudah yg disangka. Tanpa pengetahuan yg mendalam mengenai sistem pengurusan agent serta kemahiran komunikasinya, sedikit sebanyak menyukarkannya untuk menguruskan agent2nya.

Yelah, dulu kan kerja kontraktor dok ofis dan site je… jadi dari segi komunikasi pun terbatas dalam hal2 berkaitan kerja je. Tapi, bila nak kena uruskan agent2 ni, fuhhhh mmg satu cabaran lah kan.

NAK ‘AJAR’ NETIZEN

Bila buat bisnes produk kecantikan & kesihatan yg berasaskan herba ni, ternyata ia sememangnya sukar. Dgn waktu tu, brandnya baru nak naik. Jadi, ramai yg skeptikal dan tak menyokong bisnesnya termasuklah dgn kengkawan yg pernah kerja 1 ofis dulu.

Ditambah pulak dgn segelintir netizen yg masih kurang pengetahuan mengenai ilmu2 perubatan tradisional, jadi dia ‘terpanggil’ dan rasa bertanggungjawab untuk ‘ajar’ netizen2 ni semua tentang apa itu perubatan berasaskan herba…

Ini membuatkan dia semakin berusaha untuk menaikkan lagi bisnesnya disamping berkongsi ilmu2 mengenai perbidanaan dan herba. Dia percaya, semakin banyak ilmu pengetahuan yg dikongsi, semakin banyak pemahaman yg boleh disampaikan kepada netizen.

MULA MENCARI GURU

Pada Ogos 2017, dia memulakan langkah untuk berguru dengan SifufBads… bermula dengan seminar 1 hari, dia sambung pula dgn sesi berguru selama 1 tahun. Dari situ, macam2 yg dia belajar antaranya ilmu2 marketing, copywriting dan yg paling penting ialah ilmu rekrut agent! Ya, mmg itulah ilmu yg dicarinya selama ni…

Kalau sebelum ni, dia rekrut agent tanpa tahu sepenuhnya sistem pengurusan agent, kini dia dah mampu wujudkan satu sistem pengurusan agent yg lebih tersusun. Dari segi skill komunikasi juga, dia semakin mahir dalam berkomunikasi yg seterusnya membantunya untuk mengukuhkan lagi jenama SuzyHoney Herbs.

Sebelum berguru tu, salesnya 5 angka je tapi lepas berguru salesnya naik 6 kali ganda sampai cecah 6 angka! Kalau nak tau, sales yg dicapainya ini menggunakan kos marketing yg tersangatlah minimum…

Bayangkan kalau dulu produknya ada 1 2 jenis je tapi sekarang Suzy Honey herbs dah mampu keluarkan 80 jenis produk!

MULA LEBARKAN SAYAP

Oleh kerana pencapaiannya yg semakin meningkat naik, banyak rezeki2 lain yg turut ‘menyinggah’. Terkini, dia terpilih sebagai satu-satunya usahawan bumiputera untuk bekerjasama di Ladang Herba Bersepadu di Kg Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu…

Hasil dari kerjasama itu, dia juga diberi kepercayaan serta ditawarkan untuk membangunkan Eco Resort bagi menjadikan ladang herba tersebut sebagai pusat herba dan pelancongan.

Di samping itu, selain daripada ilmu2 bisnes dan marketing, dia juga semakin giat menuntut ilmu secara formal. Dia banyak menyertai seminar2 perubatan melayu dan perbidanan. Terkini, dia baru sahaja mendapat sijil usahawan herba dan dalam proses untuk mendapatkan sijil perbidanan melayu.

Baginya, walaupun bisnesnya semakin naik, ilmu2 dan pendidikan formal mengenai perubatan herba dan perbidanan ni perlu sentiasa di upgrade.

‘SECRET WEAPON’ YANG DIGUNAKAN

#1 ZERO COST MARKETING – Strategi marketing ini merupakan strategi yg paling jimat sekali sbb tak perlukan kos! Konsep ini boleh dilakukan melalui perkongsian content marketing…

Antara content2 yg dia rajin kongsikan adalah post berbentuk tips, testimoni dan perkongsian khasiat2 herba. Hanya melalui perkongsian content sahaja, dia dah boleh convert kepada sales. Power kan?

#2 REKRUT AGENT – Dia menggunakan teknik rekrut agent bagi meningkatkan sales dan mengurangkan kos marketing HQ. Tapi, bila agent dah ramai, macam mana nak pastikan mereka setia?

Antara cara untuk buatkan agent2 SuzyHoney Herbs setia adalah dgn cara personal engagement di group WhatsApp khas agent. Dia akan sentiasa engage dan memberi motivasi kepada agent2nya supaya hubungan mereka lebih rapat.

#3 COPYWRITING – Dia banyak menggunakan copywriting jenis problem yg mana dia akan highlightkan masalah2 yg sering audiens hadapi dan dia akan berikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Antara contoh copywriting yg digunakan adalah,

“Sebelum ni badan selalu rasa sengal-sengal. Bisa urat sana-sini. Lemau jer tak cergas. Tapi bila pakai krim barut herba ni laju angin keluar. Ringan plak rasa badan…”

#4 BRAND AWARENESS – Dia ada naikkan billboard di sekitar KL bagi meningkatkan brand awareness. Melalui billboard ini juga, ia berupaya meningkatkan trust dalam kalangan prospek dan agent.

#5 INTEGRATED MARKETING – Disamping menggunakan platform facebook, dia juga ada menggunakan medium online lain seperti websites dan instagram. Baginya, zaman era digital 4.0 ni, semua platform media sosial perlu dimanfaatkan dan tak hanya bergantung kepada 1 platform sahaja.

Akan datang, untuk tahun 2019… dia dalam perancangan untuk terlibat dlm Roadtour 1 Malaysia yg menggabungkan Matrade, SME dan kumpulan usahawan bagi program “Expo HOPE”. Selain itu, dia akan merekrut lebih ramai lagi agent dan stokis bagi membantu menaikkan ekonomi usahawan tempatan…

Tidak ketinggalan, dia juga akan mengadakan seminar mengenai perubatan herba dan perbidanan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kebaikan herba.

Dia turut memberi pesanan kepada fans SifufBads, ”Nak buat bisnes ni kena berguru. Kalau tak berguru, mmg tersasarlah bisnes kita nanti…”

Amacam? Terinspirasi tak dgn kisah Bidan Herba ni?

Kalau terinspirasi, acer komen “POWER LAH” di bawah…

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Wow … artikel yg baik.. memberi inspirasi kepada usahawan seperti saya dalam menjalankan business tudung kanak kanak

    Tudung Kanak Kanak

Program @ Sifufbads

18/04/2019
The Foundr Chapter 2.0
Sifufbads Academy

12/04/2019
SifufBads Premium Workshop
SifufBads Academy

19/03/2019
INSTAT
SifufBads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • PROSPEK RAMAI TAPI BILA BAB CLOSING JE FAIL
  • DONGIBAP KIPIDAP  Peluang sentiasa ada bgi org yg tak
  • STOP COMPARING!   Yess stop la compare hidup korang
  • BUKU PEMALAS LAKU KERAS DALAM MASA 24 JAM JER!!3000 pieces
  • Huish pebenda KISS2 ni sipoo?    Chop! Tenang
  • KEJAR FOKUS DENGAN POMODORO   Pernah tak korang berada
  • THE POWER OF GUNA TAG JER!    Ehem!
  • An investment in knowledge always pays the best interest
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS

Khas untuk anda yang rasa marketing tu leceh.. tak penting.. dan menyusahkan hidup. Ada lebih 50 strategi yang anda boleh terokai.. ianya straight forward dan mudah faham.. simple trick but very powerful! Isi Form di Bawah Sekarang!