Lelaki Ini Pernah Habiskan Semua Saving Beliau Hanya Untuk Teruskan Hidup

Bila kita baca kisah2 kejayaan usahawan ni, mmg macam2 dugaan dan cabaran yg kena mereka “hadap”. Dgn cabaran dan dugaan tulah yg buatkan mereka berjaya. Tak terkecuali dgn abam sorang ni..

Sifufbads nk cite pon x best..Biar tuan badan sendiri yg cite..Jom ler baca apa yg beliau tulis ni..

“Assalamualaikum semua sahabat.”

“Terlebih dahulu sy ingin meminta maaf pd semua. Dan izinkan sy kenalkan diri, Sy Fachrul Jamaludin dan isteri Amylia Farhana Saiful Bahri dan kali ni niat sy mahu sharing sedikit utk anda semua. Mungkin ada isi yang blh anda pelajari dan hadamkan utk mengembangkan bisnes anda.”

“Coretan kebangkitan Mylea dari sy dan pn amylia. Ingat dahulu 5 tahun lepas, perihnya kami suami isteri bertungkus lumus utk menaikkan brand sendiri..Jelas kami cakap ni bukan kerja yg sgt mudah. Kami bermula dgn mencipta nama MYLEA ®”..

SBLM KENAL SIFUFBADS..

“Masa tu, sy ckp kat isteri sy..Kewangan kita dh semakin teruk, sy nk buat produk lain. Hampir2 tak boleh nk bayar loan rumah dan kereta. Dgn anak2 lagi yang sdg membesar dan perlu banyak duit utk survive.”

“Satu produk tapi blh selesaikan semua masalah. Ambil jalan utk buat produk, terpaksa keluarkan semua saving. Buat produk baru dan pergi belajar.”

“Dan masa tu, terjadi produk Serum Khas utk Jeragat. SERUM FRECKLES MYLEA.”

“Alhamdulillah..Dgn kuasa Allah Taala dipertemukan kembali dengan Sifufbads dan join seminar missing chapter pada tahun 2015 dan dari situ kami terus belajar dan belajar..”

UPGRADE ILMU DAN CARI MENTOR JIKA MAHU BERJAYA

“Alhamdulillah..Slps berguru dgn Sifufbads..Kami dlm Mylea ni dah capai jualan 6 angka sebulan, hasil dari guide sifufbads secara terus pd kami. Hasil dari beriklan 24 jam tanpa henti di facebook kami juga telah menerima lamaran dari banyak Farmasi.”

“Byk dugaan dan ujian sblm capai tahap skrg tapi kami tak pernah putus asa. Bila rasa give up, kami sentiasa cari mentor utk kami timba ilmu. Jgn pernah putus asa, percaya pada diri yg kita boleh buat.”

“Alhamdulillah..Skrg kami dah boleh ada office 2 tingkat sendiri dgn staff yg ramai, ada show room produk kami dan training room utk agent dan staff dgn fasility yg lengkap. Susun atur bisnes yg lbh baik sy bljr byk dari sifufbads secara terus.”

“Cerita kami telah pun tersebar di dada2 akhbar dan majalah2 di seluruh malaysia, dan kini kami telah menaikkan BillBoard di seluruh Malaysia bermula dengan Highway Pantai Timur Lpt 1 dan Highway Utara Selatan, Dan dalam bandar Kuala Terengganu.”

“Hasil dari teknik dan ilmu yang kami belajar dari sifufbads juga lah stock Produk Mylea kami order dgn kilang bermula 1000 unit sampai skrg ni secara berperingkat kami dah mula order sampai 20’000 unit dalam satu masa memang tak menang tangan.”

“Staff kami pun dah surrender. Saya sgt berterima kasih pd sifufbads. Minta halalkan segala ilmu yang telah diajar kan pada kami berdua”.

“Sy dan isteri keluar dari comfort zone..Sy mencari mentor utk ilmu, sy belajar dari sifufbads. Perlu utk sering dahaga kan ilmu. Carilah dimana2 sekali pun, Ilmu itu jika ditulis habis semua air di lautan maka tak pernah mencukupi. Serah diri bulat2 dan jgn ada perasaan malu jika mahu berjaya.”

“Betulkan niat, ni juga salah satu perkara penting sblm memulakan sesuatu. Dari awal lagi sy dan isteri dah berniat nak ramai agent2 kami berjaya dalam Mylea berjaya kami bawa bersama.”

“Kami mahu mereka yang tak berkemampuan utk tanggung keluarga, tolong Ibu Bapa, tolong adik beradik, tolong saudara dan mungkin tlg ringankan beban Si Suami yang tercinta.”

Kami nk sebar manfaat bersama. Sbb tu dlm Mylea anda sdg lihat perkara ni berlaku. Allahu. Bayangkan.”

“Salah satu teknik yang power sy byk bljr dari sifufbads adalah cara yg btl utk guide dan recruite agent2.”

“Bayang kan agent kami dari hanya 26 orang dan skrg dah bertambah seramai hampir 800 orang dalam hanya beberapa bulan. Sy “duplicate” sistem sifufbads dan ajar pada mereka cara utk naikkan sales.”

“Dan mereka skrg tlh growth gila2 sampai beribu unit Produk Mylea Sebulan. Ada yang sales dah hampir 500k sebulan. Itu rezeki mereka Allah hantarkan. Bukan asbab saya tapi asbab Allah yang pilih mereka. Mereka berdoa, belajar dan berusaha bersungguh2 demi kejayaan Dunia dan Akhirat.”

“Sy dah saksikan. Sy mula percaya pada kuasa besar ALLAH, Allah bayar setimpal dengan apa yang kita usahakan. Ada yang tak tidur langsung. Sy kagumi semangat mereka dan mereka juga ramai yang telah join sifufbads secara tak langsung.”

CHECK YOUR CONNECTION..

“Yg ni sangat penting. Sila take a note. Baik, flash back sikit. Igt kita selalu berurusan dgn org setiap hari dan mungkin setiap waktu, kita tak tahu sama skali org itu senang atau tidak dgn apa yg kita ckp atau melalui perbuatan kita.”

“Cuba berbuat baik dgn setiap org yg kita jumpa, paling penting dengan Mak Ayah kita, Ibu Ayah mertua, Suami atau Isteri kita, Siblings kita, Cahaya mata kita yang kita cintai dan mungkin ada tersekat di hati mereka yang Allah sekat utk kita terus lebih berkembang.

“Lastly check connection dengan Sang Pencipta kita Allah S.W.T minta pada Dia. Dia Maha Kaya.”

MERUNGUT DAN MENGELUH..

“Jgn prnh nk merungut. Jgn pernah nk mengeluh. Rezeki yang Allah swt tetapkan utk anda, yg itulah yg anda akan dpt ! Orang lain x da hak pun atas rezeki anda. Cuba buat lbh baik dan lbh indah. Rezeki biar Allah hantarkan terus pda kita.”

“Kpd semua fans sifufbads, saya menyeru pd anda semua, jgn terlalu selesa dgn pencapaian yang kita dpt skrg. Keluar dari zone selesa cari ilmu dan cari mentor yang blh “push” kita agar lebih berjaya demi masa depan dan legasi kita semua.”

“Ujian dtg bukan sbb Allah benci. Ujian datang adalah sbb Allah syg pd kita.”

“Setiap orang tindakan berbeza. Sebab tu result pun berbeza. Ada yg berjaya dan ada yg lebih berjaya. Yg jatuh jgn putus asa, Kejayaan ada sedang menanti di depan sana.”

“Buat kerja kita, Jangan pikir kerja Allah Taala “..

Ps: Ni tulis dari founder Mylea sendiri taw..Semoga anda terinspirasi dgn kisah beliau dan isteri

Similar Posts

One Comment

  1. Salam, Sifu ada mengadakan training di Singapura atau Johore Bahru?. Kalau ada, bila tarikh nya dan macam mana Boleh saya register ?

    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *