|

7 TIPS LEBATKAN SALES PADA BULAN RAMADHAN

SifufBads tahu, ramai founder bisnes tengah sibuk merancang & susun strategi bisnes untuk bulan puasa yg tinggal lebih kurang 1 bulan je lagi ni. Tapi kena ingat, kejar bisnes tu jangan sampai lupa niat utama ketika bulan Ramadhan tu ya!

Tapi,Sifu… sempat lagi ke saya nak prepare ni? Dupdapdupdap rasa jantung ni nervous kalau apa yg dirancang ni tak menjadi.

Haaa, kalau anda tunggu seminggu sebelum raya memang tak sempat lah ceritanya! Ni berbaki lebih kurang sebulan sebelum Ramadhan ni eloklah prepare mana yg belum prepare tu.

Okay, kat sini SifufBads nak share 7 Tips Lebatkan Sales Pada Bulan Ramadhan terutamanya kepada founder2 yg belum prepare pape lagi tu!

Yg dah prepare awal tu, tahniah SifufBads ucapkan! Boleh jadikan 7 tips ni sebagai ‘penambah perisa’ untuk strategi yg anda dah buat tu hehe…

Jom, check it out tips ni! Ingat, baca sampai habis dan praktikkan okay!

#1. KAJI AUDIENS

Ini antara elemen terpenting sekali yg korang perlu titik beratkan! Sebelum nak launch produk baru terutamanya koleksi raya, wajib ambik tahu apa yg customer anda inginkan. Nak mengkaji ni senang je anda boleh buat survey.

Haaa nak buat survey ni macam2 cara boleh guna antaranya boleh melalui interview dan bagi sample. Dari situ baru lah tahu feedback customer…

Kalau rasa malas sangat nak buat survey, boleh kaji balik sales raya tahun lepas. Tengok jenis produk yg paling laku keras sekali. Dari situ boleh keluarkan kembali koleksi tu tapi ditambah baik.

#2. LIMITED EDITION

Keluarkan produk yg eksklusif untuk raya sahaja yg mana customer tak akan jumpa pada waktu lain! Dengan cara ni, customer akan ternanti2 koleksi  raya tu dan mereka akan bangga untuk menggayakannya sebab mereka sempat ‘rebut’ koleksi eksklusif tu.

Haaa tips ni sangat sesuai untuk founder produk pakaian… Untuk founder produk lain, boleh wujudkan ciri2 eksklusif tu melalui packaging serta nama kempen yg diselitkan unsur2 raya.

Walaupun ia adalah produk sama yg dijual pada hari2 biasa, namun dengan perubahan pada packaging dan nama, ia mampu berikan kelainan!

#3. RETARGETING

Anda ada simpanan database? Haaa, ini lah masa untuk manfaatkannya! Penat lah kan tiap kali nak launch atau nak promote produk kena kumpul database baru. Lagi pun, menjual kepada customer sedia ada kan lebih mudah. Ye dak?

Anda boleh seeding promosi raya melalui email kepada existing database. Haaa kalau nak buat survey pun boleh juga yg penting database2 tu kena selalu diaktifkan! Kalau tak, ‘mati’ lah mereka ni…

Untuk lebih menghargai mereka ni, boleh juga berikan voucher atau diskaun special raya yg  mereka boleh gunakan sewaktu membuat pembelian.

#4. SPECIAL OFFER

Okay, apa lagi yg boleh menarik minat customer untuk membeli kalau bukan special offer kan? Offer pada musim perayaan ni sememangnya impactful dalam mencanakkan sales!

Nak buat offer ni bermacam2 kaedah boleh guna antaranya diskaun, pakej dan free gift. Untuk pakej, galakkan customer membeli secara berpakej berbanding single unit untuk tingkatkan lagi ROI… Haaa tang free gift tu pulak, wujudkan gift special yg ada value yg mana customer akan dapat jika berbelanja melebihi sesuatu amaun.

Untuk lebih eksklusif dan nak galakkan customer rebut special offer ni, anda boleh wujudkan limitation dari segi masa, kuota atau pun stok itu sendiri.. Jangan lupa masukkan elemen urgency dan scarcity waktu offer nanti untuk ‘kuat’ kan lagi offer anda tu..

#5. PRE-ORDER

Nak up kan lagi sales? Anda juga boleh buat kaedah Pre-Order sebelum launching! Haaa kumpulkan order dan booking customer sebelum anda relase produk tu… tapi pastikan customer dah sedia maklum dengan maklumat dan spesifikasi produk.

Dari kaedah pre-order ni jugak, anda dapat lihat potensi laku atau tidak produk tu sawaktu launching nanti. Sekiranya waktu pre-order, sambutan kurang menggalakkan… anda boleh bersedia dengan back-up plan sewaktu launching nanti.

Mungkin anda boleh tambahkan value dan offer untuk menarik minat customer dan galakkan mereka membeli.

#6. TARIK KE KEDAI

Anda ada premis dan kedai fizikal? Tapi zaman sekarang ni, orang lebih suka shopping online berbanding datang ke kedai. So macam mana nak tarik orang datang ke kedai ni?

Haaa mudah je, sediakan umpan! Eh, umpan apa pulak ni? Wujudkan promosi special yg cuma boleh dapat dekat kedai tu je seperti flash sales dan happy hour sales.

Boleh juga wujudkan offer special seperti “Diskaun Ajak Kengkawan” yg mana customer akan dapat diskaun kalau mereka promote dan bawa bersama rakan ke kedai tu. Contohnya macam restoran… lagi ramai mereka bawa rakan dan ahli keluarga, lagi banyak diskaun mereka akan dapat.

#7. CLEARANCE SALES

Dah nak masuk penghujung Ramadhan dan banyak lagi stok yg tak terjual? Apa nak buat? Tak kan nak bagi stok tu beku pulak kan?

Haaa ni anda boleh kaitkan dengan point no #6 tadi tu, wujudkan promosi special seperti flash sales dan happy hour sales. Tapi, letakkan urgency, contohnya offer tu dalam tempoh 2 jam je dan harga yg diletakkan mestilah jauh lebih murah!

Almaklumlah, stok raya ni bila dah habis je raya confirm dah tak laku so letakkan harga yg betul2 special supaya stok tu terjual! Dan nak cepatkan stok tu habis, jual secara berpakej.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *