3 STRATEGI BAGAIMANA FOUNDER BAJU TIDUR NI TERBANG LAJU, DARI RM100K KE 7 ANGKA!

Ada salah seorang anak murid Sifubad, founder niche pakaian.. Sales, sebelum ni ok.. 100k. Tapi kini, makin laju.. makin besar.. tak sampai setahun lagi.. sales dah cecah hampir 7 angka!

Apa strategi yang dia buat yang bantu dia naik laju?

1. PERSONAL BRANDING.

Dulu, dia rasa tak perlu personal branding. Tapi, bila disuruh, ditekankan tentang pengaruh personal branding yang boleh leverage kepada brand, dan juga leverage boleh bantu rekrut agen, dia mula buat.

Buat konsisten di ig, tiktok..

Dan dari situ senang-senang awareness berlaku, dan dari situ juga dia dapat audience, pelanggan dan agen juga.

Personal branding dia banyak tentang sharing tips, storytelling, interview orang berpengaruh dan lain2.

2. REKRUT & TRAINING AGEN.

Nak leverage pantas, yang mana demand dah ada, cuma nak adakan distribution saja lagiā€¦

Jadi, dia rekrut agen dari personal branding yang dia buat, dan juga dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan produk dia..

Komitmen dia training, juga sangat membantu..

Apa yang dia belajar, dia sampaikan kepada agen-agen dia. 3 kali seminggu, sharing & training dengan team..

Memang penat, tapi berbaloi dengan pulangannya.

3. INFLUENCER MARKETING.

Dari awal, memang dia banyak gunakan influencer marketing. Ada yang dia sponsor, ada yang dia gunakan servis paid review..

Bila dia konsisten menggunakan orang-orang berpengaruh, brand dia ni naik cepat, dan diterima pelanggan dengan mudah.

Cukup la dulu ye, nanti saya share founder-founder lain yang merupakan anak murid Sifubad. Harap korang belajar sesuatu dari sharing hari ini..

Korang nak kami share founder kategori bisnes apa pula? Cuba bagitaušŸ‘‡šŸ»

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *