|

7 TIPS KAUT SALES DI INSTAGRAM SECARA ‘HALUS’ TANPA ORANG SEDAR

Zaman sekarang, Instagram atau nama pendeknya IG adalah salah satu platform yg sangat cepat dan impactful untuk buat bisnes… Pendek kata, kalau anda tak guna IG dan selesa mengharapkan pada satu2 platform sahaja, anda dikira duduk bawah tempurung! Sebabnya, anda tak ikut trend!

Haaa itu pasal lah. Founder2 lain gigih belajar selok belok2 nak ‘kebabom’ kan sales melalui IG, tapi anda guna IG setakat nak stalk artis je… haihhh rugi! Rugi! Ada juga segelintir netizen yg masih skeptikal  bila sebut pasal berbisnes di IG ni…

“Ala, IG tu tempat orang muda je. Saya ni jual ubat sakit lutut…. Confirm lah tak laku!”

“Orang main IG ni sebab nak upload gambar je, boleh ke kalau berniaga dalam tu?”

“Saya bukan artis… nak naikkan followers pun susah, ini kan pulak nak berniaga. Konfem ‘bungkus’ nanti!”

Haaa mesti biasa kan dengar ayat2 macam tu?

Dah tu, sampai bila nak jadi skeptikal macam orang lain? Bila nak berubahnya? Dah… dah… toksah dok terikut apa yg orang lain cakap! Yg penting sekarang, anda sendiri kena explore selok-belok IG ni supaya anda tak terus ketinggalan.

“Susah ke nak guna IG ni?” Okay meh, ni nak bagi tips kaut sales di Instagram secara ‘halus’ tanpa orang sedar. Moh lerrrr tengok point2 ni… Ingat, baca sampai habis okay!

#1.  BIO IG

Haaa bio ni lah benda paling penting sekali dalam IG. Selalunya orang tak isi pun sebab rasa tak penting. Hello, bio ni lah yg paling penting hokayyyy! Ia menunjukkan kredibiliti serta authority brand anda.

Ala macam anda nak masuk kedai yg anda tak familiar lah kan. Mesti anda tengok dulu signboard luar tu nama kedai apa… bonus lah kalau kat signboard tu ada bagi tau kedai tu jual apa. Kalau takde, mesti anda akan jenguk2 dalam kedai tu jual apa.

So, sama lah jugak dengan bio IG ni! Bio ni kira pengenalan bisnes anda. So, bila prospek klik je IG anda dan baca je bio… diorang dah dapat maklumat yg secukupnya mengenai bisnes anda walaupun belum scroll tengok gambar lagi.

#2. INTEGRATED MARKETING

Kalau anda baru je beralih ke IG dari platform lain contohnya FB, anda boleh war2 kan tentang akaun IG anda tu di FB page. Contohnya, anda boleh buat contest di IG tapi crowd tu tarik dari FB… Haaa faham tak?

Okay macam ni, anda boleh buat posting di FB page suruh fans anda join contest di IG dan include kan sekali link IG bisnes anda tu. Letakkan syarat, kalau nak menang diorang  WAJIB follow IG anda tu… Kalau ada simpanan database, anda boleh juga blast email dan sms untuk inform tentang contest tu.

So dari situ anda boleh tarik ramai followers yg berpotensi menjadi customer dan untuk pemenang tu nanti, anda boleh umum waktu sesi LIVE di IG.

#3. GAMBAR & VIDEO YANG MENARIK

Seperti yg anda tahu, speciality IG adalah gambar. Yg kedua adalah video… so sangatlah penting untuk anda post gambar2 yg profesional. Haa maksudnya? Gambar yg berkualiti tinggi, tak pecah, tak serabut, dan ada tema warna yg melambangkan brand anda.

Dari situ, posting2 anda akan nampak lebih profesional dan bukan beshe2… ala nak edit gambar dan video ni anda buat sendiri pun boleh. Download je apps edit gambar seperti VSCO dan Lightroom…. Kalau apps edit video pulak boleh guna InShot.

Tapi, Kalau ada bajet lebih, boleh je hire photographer dan videographer.

 

#4. ENGAGEMENT BERTERUSAN

Sentiasa engage dengan audiens anda… Rajin2 kan lah reply komen/DM. Tapi kalau yg tak terbalas tu, bagi like/love je pun boleh. Anda boleh buat survey untuk galakkan engagement dengan audiens, antaranya dengan tanya soalan melalui features Q&A yg ada dalam story IG tu.

Contohnya, anda mungkin boleh tanya “Apa masalah kulit yg anda hadapi?”… so jawapan tu nanti, anda boleh jawab sewaktu sesi LIVE dan boleh seeding terus penyelesai kepada semua masalah yg diorang hadapi tu ada dalam produk anda.

Haaa engagement naik, sales pun masuk!

#5. GUNAKAN HASHTAG & TAG

Anda boleh wujudkan hashtag yg melambangkan identiti brand anda. Tapi, kena pastikan yg ianya relevan…  melalui hashtag ni, kalau prospek taip je hashtag brand anda di explore, semua gambar yg menggunakan hashtag anda akan muncul.

Haaa bagus kan?

So gunakanlah hashtag ni sekerap yg mungkin dan untuk customer pun boleh galakkan mereka guna hashtag ni apabila mereka membeli produk anda. Selepas customer membuat pembelian, boleh akhiri ayat anda dengan, “Nanti jangan lupa ya upload gambar bersama produk, letak hashtag dan tag kami…”

Tapi kekadang diorang tak buat kan? So nak galakkan diorang buat, anda boleh tambah value lain contohnya… kalau customer yg upload gambar dan letak hashtag serta tag, mereka akan dapat diskaun 20% untuk pembelian seterusnya.

#6. POSTING YANG KONSISTEN

Bab posting ni pun penting jugak tau! Kena konsisten buat post. kalau rasa takut terlupa, boleh sediakan jadual posting. kalau di IG feed, biasanya upload minimum 3 kali sehari… Sama juga seperti di IG story.

Rata2 prospek, kalau mereka tengok IG yg dah lama tak update, tendency untuk membeli tu akan menurun sebab mereka rasa IG tu dah tak aktif.  Tapi kalau rasa malas sangat, update sekali sehari pun jadilah!

At least, bila audiens tengok IG anda tu, mereka nampak gambar/video terakir yg anda upload adalah dalam tempoh 24 jam… so kira baru lagi lah tu.

 

#7.CONTENT YANG ADA VALUE

Janganlah tiap masa share content pasal produk je. Nampak sangat menjual! Anda kena buat posting pelbagai. Contohnya video/gambar testimoni, video/gambar perkongsian tips atau pun video/gambar quotes serta inspirasi.

Dari segi IG Story pulak, boleh upload story belakang tabir contohnya kalau bakery, boleh post video proses buat kek ke, proses tengah bungkus kek untuk delivery ke kan. Dari situ, trust audiens semakin meningkat sebab diorang nampak sendiri proses pembuatan tu.

Perkongsian content2 yg ada nilai ni juga akan menarik lebih ramai followers sebab nya mereka akan dapat banyak manfaat hasil dari perkongsian anda. Haaa belum membeli pun dah dapat manfaat, kalau membeli… lagi banyaklah manfaatnya!

Similar Posts

5 Comments

    1. brp bayaran utk join class…klu mahal sgt x mmpu sbb baqu nk naik dgn wabak covid…bsns lngsung x leh jln

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *