|

7 CARA NAK GROWKAN PLATFORM ONLINE ANDA DENGAN PANTAS

Ramai yg mengadu kat sy yg dorang susah nak dptkan engagement atau pun like di page bisnes.

CARA NAK ‘GROW’KAN PLATFORM ONLINE ANDA DGN PANTAS! (Point no 7 paling ramai org buat!)

“Sifu, page sy krik..krikla..”

“Sifu, camna cara untuk buatkan orang follow page bisnes kita”

“Sifu, sy susah nak jual dekat online bisnes..”

Oleh sbb tu, sy cuba bantu dgn bgi cara sperti dibawah. Tapi utk starting jgn expect korang akan terus dpt sales dri online platform. (kecuali guna personal akaun sndiri).

Cuba dulu buat, then tengok result camna lepas buat. Then try cara lain utk improvise. Boleh baca di setiap description gambar yg sy kasi tu. Jgn malas..😝

1# KONSISTEN UPDATE SETIAP HARI

Yes! Kena konsisten, barulah audiens nampak yg page korang tu ‘hidup’. Dari konsisten, boleh meningkatkan trust seterusnya buatkan org follow page korang tu.

Tapi konsisten tu bukan sekadar post promote produk je tiap hari. Bukan post benda yg sama je hari2. Korang kena kreatif dan buat posting2 yg boleh menarik perhatian org utk follow. Faham?

2#GUNAKAN WARNA TEMA BRAND

Maksud sy kat sini, bila nak posting pastikan gambar atau video tersebut ada elemen colour brand korang. Contohnya, jika brand yg sy gunakan warna putih emas, sy akan designkan poster,content atau gambar tersebut dgn gunakan warna putih dan emas..

Seterusnya sy akan letak logo. Supaya meningkatkan awareness org pada brand dan dari situ mereka mudah utk follow page korang. Try la!

3# COPYWRITING YANG PADU

Bukan setakat gambar je kena ambil kira, tapi juga copywriting. Pastikan bila nak buat copywriting, kena berstruktur. Start dari headline, intro, content seterusnya CTA (Call to Action).

Ramai yg sy lihat fail bila buat copywriting, takde healine.. Ada headline pun, tak menarik. Korang kena praktikkan cara utk tulis copywriting yg memukau, dan menarik perhatian org utk membaca! Boleh try beli bku instakopi SifuBad utk blajar.😆.

4# BUAT CONTENT YANG ORANG CARI

Bila nak buat content, pastikan korang research terlebih dahulu. Apa yg org nak dan perlukan tapi mesti relevan dgn produk atau servis yg anda jual.

Contoh lain, anda educate audiens tentang sesuatu perkara yg orang tak tahu. Yg penting, buat content yg org cari, bukan content yg syok sendiri!

5# BUAT CONTEST YANG MENARIK

Kalau nak tambah follower, nak tingkatkan engagement, korang boleh try buat contest. Tapi, contest mestilah kreatif dan efektif. Jangan buat contest yg end up jadi krik.. krik…

Nak buat contest yg berkesan ada caranya. Salah satunya, syarat yg anda letak mestilah boleh menarik org utk like, share dan komen di post korang tu. Haa.. dapat?

6# GUNA ADVERTISING

Strategi pembinaan follower boleh juga gunakan advertising untuk beri awareness pda org ttg page. Kalau ada bajet khas utk marketing, korang bole jgk inject bajet pd advertising di IG atau FB berbanding advertising lain2.

Sama ada nak iklankan terus produk atau beri awareness pd audiens utk kenal dgn brand n page korang. Tapi hati2 kalau salah setting ads, duit boleh terbang~~~

7# INVITE FRIENDS KE PLATFORM BISNES ONLINE ANDA

Ini yg biasanya usahawan buat waktu pertama kali buka akaun page. Setuju? Ianya lebih senang dan cepat utk dptkan like atau follower di page. Walaupun bukan semua orang akan like page tersebut.

Takkan la dalam 500 follower atau friends yg korang ada dalam personal akaun tiada yg menyokong ataupun berminat dgn apa yg korang jual. Akan ada walaupun paling minima 15% yg akan like.

Rasanya ni pun dah cukup untuk buatkan bisnes online anda naik mencanak-canak!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Jumpa lagi di post yang akan datang..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *