5 Tips Untuk Memikat Fans Supaya Mereka Baca Post Anda
Untuk buatkan fans sentiasa follow update dari fanpage kita, bina la post yang mereka SUKA.
Macam mana nak tahu mereka suka atau tak post kita?
Anda perlu buat post harian, kemudian lihat post jenis yang bagaimana dapat ENGAGEMENT yang paling tinggi.
.. bina post dalam bentuk gambar, share link artikel, video atau post text biasa.
Lebih menarik, jika kita boleh berikan maklumat yang ada kaitan dengan ISU SEMASA. Biasanya, post jenis ini selalu dapat engegament yang tinggi.
So, jangan buang masa, jom kita sama-sama korek.. apa 5 tips mudah ini. Tak perlu keluar duit pun. FREE je. Hari ni juga boleh buat.
Jumzz baca 5 tips ini:
#1: Gaya Bahasa Penulisan
Gaya penulisan kita tu mestilah intonasinya sama seperti kita sedang bercakap dengan audiens.. tapi, jangan pula anda guna bahasa yang kasar. Jangan main kasar! Gunakan BAHASA yang baik-baik je, hormat audiens kita. Jika kita nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang dulu.. tak gitu..?
Secara ringkasnya, bila mereka baca post kita.. mereka akan rasa seperti tengah bersembang dengan kita.
Contohnya macam ni ha, “Meh saya kongsikan 3 cara bagaimana nak jana duit daripada Facebook dengan kos pemasaran yang rendah. Sila baca dan komen ye..”
Guna ayat yang MUDAH orang faham. Walaubagaimanapun, benda macam ni ikut NATURE penulisan kita. Kalau anda seorang yang professional dan selalu guna Bahasa Melayu Tinggi.. maka seeloknya gunakan perkataan yang FORMAL.
Jika anda jenis yang sempoi-sempoi, jadi tulis jelah macam blogger-blogger tu. Cun!
#2: Isi Kandungan Post
Pastikan anda tulis content post yang fans anda nak baca, bukan suka hati je anda nak tulis apa! Isi kandunagn post ni tak perlu gempak sangat. Tips atau perkongsian biasa-biasa pun dah okay. Yang penting bermanfaat!
Contohnya, macam kita nak kongsi pasal cara nak jadi hensem. Jadi, kita tulislah cara-caranya macam mana, sama ada sikat rambut ke, pakai suit ke, dan sebagainya.
Kalau anda jenis suka kongsi tentang cerita yang terjadi kepada anda tu lagi syok. Cerita dan tulisan dari pengalaman sendiri tu antara topik yang paling fans suka baca.
Contohnya, macam cerita kita pergi melancong ke luar negara ke, cerita kita kena perlu join seminar di luar negara ke, atau apa-apa sahajalah pengalaman anda yang menarik untuk dikongsikan.
Yang paling penting, mesti ada isi. Isi yang FUN dan audiens boleh dapat manfaat daripadanya.
Jika mereka SUKA dengan post anda, pasti mereka akan SHARE dan post anda akan jadi VIRAL. Dapat free marketing..
#3: Kenal Siapa Sasaran Audiens
Anda WAJIB tahu siapa target audiens post anda dan tulis mengikut gaya yang sesuai dengan mereka.
Senang cerita macam ni, siapa followers fanpage anda?
Contohnya, jika anda fanpage anda khas untuk geng ustaz-ustaz, masukkanlah ayat-ayat islamik dalam tulisan anda seperti “bismillah” pada permulaan post ke, atau kalimah-kalimah yang menyerupai bahasa-bahasa ustaz nih. Kongsikan doa harian dengan mereka.
Kalau fans anda ramai daripada geng-geng bisnes, seeloknya buat tulisan yang berasaskan tip-tip berkaitan marketing. Ayat pun tak perlulah tulis macam karangan SPM sangat. Simple-simple sudah.
Jika anda takde IDEA nak tulis apa, anda tulis je satu TIPS ringkas pun dah cukup. Nak lagi senang, anda SHARE je post dari fanpage lain. Berikan sedikit pendapat mengenai post yang anda share tu, ini dapat tingkatkan ENGAGEMENT dengan fans anda.
#4: Tetapkan Fokus Penulisan Anda.
Fans anda ni semuanya manusia, dan manusia ni FOKUS mereka taklah sehebat macam fokus kamera DSLR tu. Jadi, TAJUK dan ISI kandungan mestilah berkaitan antara satu sama lain. Flow cerita juga mestilah TERSUSUN.
Kalau kita tulis bab Facebook Ads, fokus pasal tu je. Jangan pula masukkan bab politik pula. Bila tulisan kita bercampur-campur dan tak fokus, post anda akan jadi macam ROJAK! Macam-macam ada! Nanti, fans akan jadi tersangatlah BOSAN dan MALAS nak baca.
Jadi, tentukan MATLAMAT dan fokus pada awal sebelum anda menulis. Tanya pada diri anda, anda nak kongsi apa sebenarnya kepada fans anda? Orite?
#5: Penulisan Kemas dan Tersusun.
Yang ni juga sangat penting!
Semasa menulis, gunakan noktah, koma, dan tanda baca yang sesuai. Jangan guna lebih-lebih pula! Nanti audiens naik MENYAMPAH nak teruskan membaca…
Gunakan susunan perenggan yang TERATUR. Jangan terlalu padat sangat tulisan. Kelaskan point penting dalam 1 perenggan khusus dan sebagainya.
Contohnya macam ni..
Jadi, itu sahaja untuk artikel kali ni. Menulis ini sebenarnya mudah sahaja. Bagaimana kita mahu membaca tulisan orang lain, macam itu jugalah orang lain mahu baca tulisan kita.
Ada faham..?
Jika kita suka satu post itu, cuba kita KAJI apa sebab kita suka baca post tersebut?
Gaya bahasa? Ayat yang digunakan? Adakah kerana isinya? Susunan ayat yang mudah difahami.. atau lain-lain sebab lagi..
.. lepas kaji tu, jangan lupa pula praktik apa yang anda dah dapat. Okay?
Baik, terima kasih kerana baca tip ini dan teruskan bersiar-siar di blog sifufbads!
terima kasih sifu
Tq sifu.. sangat membantu
Tq sifu..artikel ni memang membantu saya yang tengah kering idea ni hehe.
tu perkara biasa, untuk dapatkan lebih byk idea, kita kena byk membaca dan bergaul dgn org yg berilmu..
Terima kasih keraa jadikan jalinan tambahan nilai ihsan org lain…
Thank you Tn.Jamal. Sangat- sangat membantu.
Tq for sharing….Tips yang sangat membantu .
Thank’s sifu.. ilmu yg cukup berkesan.
insyaallah saya akan terus praktik.
sama2 tuan :).. semoga bermanfaat
salam sifu, terima kasih atas tip tu..mohon bagi tips kalau saya jual barang keperluan baby n ibu macam breastpump , milkbooster dll..nak tulis apa ya..selain tips breaatfeeding ,tips jaga anak… benda2 tu dah biasa… 🙂
tq
sebenarnya, tak kisah la benda yg kita tulis tu dah biasa orang baca.. cara penulisan dan penyampaian kita tu yg lebih penting..
Thanks so much sifu 🙂
Terima kasih sifu..info yg menarik jelas dan menarik..??
Bagus boss!!! Tq sangat! Sy menulis sekarang gak ahahahaa
Bagus2! teruskan menulis..
Best2x. Boleh share ni gn kawan2. heheh. Thanks Sifu! 🙂
Silakan kak!
Assalamualaikum Sifu ?
saya ada satu pertanyaan kalau kita dah guna kaedah byran manual dan nak tukar kaedah auto mcm mana ye?..sbb klu manual ni klu x cukup duit dlm acc x ble iklan fb ads.
Tolong tunjuk ajarku SIFU..
Terima kasih sifu..
Bayaran fb ads ni hanya secara auto je, cuma dlm akaun bank perlu ada duit
Setahu saya mmg xleh tukar buat auto dah klu dah pilih bayaran manual..itu ikut kefahaman y saya baca syarat y fb buat. Senang je, buat akaun fb lain dan jalan fbads guna bayaran auto.
Assalamualaikum…Tqsm atas prkongsian ilmu nie.
TVM atas perkongsian
Assalamualaikum terima kasih sifu??
Tima kasih Sifu!… Mmg perkongsian yg menarik dan jelas…
Tima kasih Sifufbads….tips yg menarik
Sama kak, semoga bermanfaat
Nak reka ayat kekdg tuh xde idea dah…kering!Ayat Sifu mengancam…mcm senang je nak tulis…
Kena byk berlatih menulis dan byk membaca copywriting org lain
T.k sifu terbaik
Terima kasih sifufbads. Sangat membantu
sama2 cik 🙂
terima kasih sifu.
tq sifu..sgt bermanfaat….mmg ade yg follow tp kurang…dgn tips ni in shaa Allah sy praktik kan….
takpe, lama2 kalau kita konsisten utk menulis, akan lebih ramai yg akan follow..
Thanks sifu^_^
Terima Kasih..kalau boleh dapat 1 on 1 lagi best sebab saya ni agak slow…huhu
sama2, belajar sikit2 dulu.. kemudian praktis.. praktis.. praktis…
memang terbaek sifu. thanks share
sama2, silakan share kak
Perlu lebih bnyak tip dripada sifu…..terima kaseh sifu perkongsianya..
terima ksih sifu bads.. Alhamulillah dengan post yang di ajar, business jualan sy semakin mendapat perhatian.. Moga halalkan ilmu2 ini..
Terima kasih sifu, saya masih malu-malu untuk menulis di wall FB. kekeringan idea dan sentiasa rasa risau jika statement saya diketawakan atau dipinggirkan. Bagaimana cara mencari idea2 yang best untuk menulis? Terima kasih
nak menulis ni kena byk membaca, baru byk idea dtg. Lagi satu, nak menulis tak perlu nak perfect.. tulis je apa yg kita tahu. Tak perlu risau pasal apa yg org fikir pasal statement kita. Org memg akan kritik apa yg kita buat/cakap/tulis. Buat je apa yg kita rasa betul..
Sifu, boleh bagi contoh ke? Jika saya nature of business saya – Autogate System Services. Apakah statement yang berkaitan untuk saya kongsikan? Terima kasih Sifu
Untuk bisnes servis, cik boleh berikan tutorial dalam bentuk video ataupun tips cara pilih guna autogate sistem. Byk je boleh buat, cer cari idea di blog yg berkaitan..
Tuan, alang2 dah nak bertanya. Saya baru run 1 FBads tapi lama terhenti pada part ‘Interest’. Macamana saya nak spesifikkan interest tu? Ada tak tips memilih interest dgn tepat? Saya buat bisnes pakaian wanita & target customer ialah wanita2 bekerja (ada purchasing power).
tak pyh ltk interest pun takpe. Utk pakaian wanita, boleh cuba interest sprti fareeda, radiusite dll. Umur antara 30-40, target kawasan mana..
TQ sifu bads….doa saya , sifu bads sentiasa di murahkan rezeki…
Ketika saya dahagakan ilmu fb, Allah hadirkan sifu untuk bntu saya…
Alhamdulillah..
Tq sifu..insyaAllah
Assalamualaokum sifu
Bila nak post psl makanan sifu cemana psl sy punya produk psl sambal…yg sy sll post,resep,sambal makan dengan apaje ituje yg sll sy posting dlm fanpage sy…macam takde idelain untuk SAMBAL apa lagi jenis sambal synih sambal baru belum ada kat pasaran ..sifu jamal boleh tolong sy ..?
Trima ksh sifu! alhamdulillah sy follow tips yg sifu ajar mmg berkesan.. in shaa allah tahun dpn..nak join kls sifu..sy skrng final year student…habis study blh fokus btol2 bisnes..bru bljr dr bawah..jadi agents utk produk kecantikan..semoga sifu dimurahkn rezeki. 😉
Tq sifu..nak join class sifu one fine day!
terimakasih sifu…insyaallah…
Tq sifu..benar2 bermanfaat ☺
alhamdulillah.. tahnks sifu
saya akan praktik kan ilmu ini
masih bnyk yg perlu saya bljr copywriting
Salam sifu ..macam mana nak buat post2 untuk makanan…terutamanya sambal..psl baru 1 bulannih belajar fb ads,sy langsung tak tau.psl bendanih,sy post cara makan,dubuat dr apa,resep sambal tp macam 1 bulannih suam2je sy punya iklan ada lah yg beli 1/2 orangje.
post testimoni, postage, cara buat sambal. Utk post iklan, buat promosi tempoh terhad atau beli 2 percuma 1, offer pembeli jadi agen dll
Terima kasih sifuuuuuu… Banyak rupanya silap sy dlm postingg… Thanks igtkan sy.. ??
terima kasih sifu
tq sifu 🙂
Tq sifu.. Moga ditambah rezeqi..aamiin
terima ksh atas infor dan tunjuk ajar…semoga rezeki tuan bertambah..amin…
terima kasih sifu
inshaallah jumpa di MC 3.0 nanti
Terima kasih sifu…di atas info dan tunjuk ajar…
Terima kasih Sifu atas perkongsian tips.
Terima kasih Sifu Bad
Alhamdulillah. Tips yg bagus utk membantu saya dlm penulisan . Terima kasih sifu.
aye aye sifu!
terima kasih 😉
sedang belajar buat ayat.. hehe
Sifu.. saya xd idea :(.. saya jual baju..