FB Ads Scheduling Time and Date
FB Ads Scheduling Time and Date
Fungsi yang dinanti-nantikan oleh pengguna FB Ads! Kini, pengguna FB Ads boleh memilih hari dan masa yang diinginkan dengan lebih specific untuk run iklan, boleh jimatkan kos iklan. Tidak perlu lagi nak run iklan pada waktu yang tidak sesuai selepas ini.
Sebelum itu, buat masa ini fungsi ini hanya boleh digunakan di Power Editor sahaja. Nampaknya ramai orang akan berpindah menggunakan Power Editor semula.
Jika sebelum ini 'Ad Create Tool' hampir mempunyai fungsi yang sama seperti Power Editor namun kini tidak lagi kerana kurangnya satu fungsi yang sangat berguna untuk pengguna FB Ads yang ingin optimize kos iklannya.
Jom kita pelajari cara untuk menggunakan fungsi Ads Scheduling ini..
ADS SCHEDULING ON AD SET
Langkah pertama pastikan anda bina iklan gunakan Power Editor, kemudian lihat pada bahagian setting di Ad Set.
Pastikan anda memilih 'lifetime budget' untuk menggunakan fungsi ini. Jika sebelum ini pilihan Ad Scheduling yang ada hanya 'Run ads all the time' sahaja, kini terdapat satu fungsi baru 'Run ads on a schedule'.
Jika anda tidak pernah lihat bahagian ini, anda pasti akan dapat notification dari Facebook.
AD SCHEDULING TOUR
Selepas anda klik pada 'run ads on a schedule' paparan seperti ini akan muncul, berikut adalah tour guide yang ditunjukkan oleh Facebook.
What is Ad Scheduling ?
Anda boleh menetapkan tarikh dan masa dengan lebih specific untuk memaparkan iklan anda.
How Ad Scheduling Works?
Iklan anda akan dipaparkan mengikut time zone audiens yang dipilih. Segala maklumat penting tentang fb insight, data iklan dan juga billing boleh dilihat pada akaun fbads anda.
Setting Up Your Ad Set
Pilih masa dan hari yang anda inginkan dengan klik pada kotak yang disediakan mengikut hari dan juga masa.
Setting Ad Scheduling
Ini adalah paparan sebenar pada bahagian setting ad scheduling ini. Pastikan anda memilih lifitetime budget untuk menggunakan fungsi ini.
Anda boleh memilih untuk run iklan anda sepanjang masa mengikut hari yang dipilih ataupun run iklan mengikut tempoh-tempoh tertentu.
Seperti contoh no1, iklan tersebut akan run sepanjang hari isnin manakala no2 pula iklan akan run setiap hari selasa – ahad pada pukul 12pagi hingga 1pagi sahaja.
Kini anda boleh jimatkan kos iklan anda, run iklan mengikut masa yang paling efektif untuk produk anda. Setiap produk berbeza waktu-waktunya. Apa yang pentig iklan anda akan lebih targeted selepas ini, selain itu CR & ROI juga boleh meningkat!
Semoga tips ini dapat membantu dan memberikan manfaat. Selamat mencuba!
[sam_ad id=”1″ codes=”true”]
tuan..saya nak tahu lebih lanjut tentang lifetime budget..berapa nilai yang perlu dan wajar?