11-Teknik-Optimasikan-Iklan-Facebook

11 Teknik Optimasikan Iklan Facebook

11-Teknik-Optimasikan-Iklan-Facebook

Adakah iklan Facebook membantu dalam pemasaran bisnes anda? Adakah anda ingin dapatkan pulangan yang lebih baik dari kos iklan Facebook anda?

Untuk membina post iklan yang berkesan, anda perlu pastikan iklan disasarkan pada audiens yang betul. Dalam artikel ini, saya akan berikan 11 teknik untuk optimasikan iklan Facebook anda…

#1: Bina Iklan Mobile, Desktop News Feed, Desktop Right Column Secara Berasingan

Bina set iklan untuk Mobile dan Desktop secara berasingan supaya mudah untuk anda monitor iklan dari segi bidding dan conversion. Setiap iklan mempunyai hasil yang berbeza untuk setiap placement.

Asingkan Iklan Mobile dan Desktop

Salah satu cara yang efektif dalam pemasaran adalah bina segmen iklan. Asingkan iklan ‘Desktop News Feed‘ dan ‘Right Column‘ untuk optimumkan kempen mengikut placement dan audiens.

Optimasikan Iklan 'Desktop News Feed' dan 'Right Column' Berasingan

Dalam gambar di atas, anda dapat lihat iklan ‘Desktop News Feed‘ mempunyai saiz gambar yang lebih besar daripada iklan ‘Right Column‘. Jadi, hasilnya pun berbeza-beza. Anda perlu sentiasa monitor klik dan CTR iklan anda.

#2 Kenal Pasti Umur dan Jantina Yang Untung

Tak semua umur dan jantina memberi hasil yang menguntungkan. Anda hanya membazirkan wang jika post iklan anda disasarkan pada umur dan jantina yang tidak menguntungkan, bermakna anda tidak menggunakan bajet iklan anda secara maksimum.

Cara terbaik untuk analisa umur dan jantina ini adalah dengan klik pada ‘Reports’.

fb ads report

Dalam reports, setkan jarak tarikh, klik pada ‘Customize column‘ dan pilih data yang mahu anda analisa. Pada bahagian Breakdown, pilih umur dan jantina seperti di bawah…

age gender

Dengan melihat Fb Report ini, anda akan dapat bina strategi yang relevan dengan audiens sasaran anda.

#3: Uji Iklan dengan Gambar Yang Berbeza

Gambar adalah antara elemen penting dalampost  iklan dan merupakan faktor utama untuk tarik audiens klik iklan anda. Uji iklan anda dengan gambar yang berbeza, dan monitor gambar mana yang mempunyai CTR dan conversion yang paling tinggi.

Uji Iklan dengan Gambar Yang Berbeza_1#4: Gunakan Ayat ‘Call to Action’

Anda boleh gunakan butang ‘Call to Action‘ (CTA) dalam post iklan anda. CTA adalah ayat arahan untuk arahkan audiens untuk bertindak. Butang CTA boleh tingkatkan klik dan CTR post iklan anda.

Anda boleh jumpa butang CTA di menu iklan ‘Click to Website‘ dan ada butang pilihan seperti Book Now, Download, Learn More, Shop Now dan Sign Up.

call to action

Dalam post iklan yang biasa, anda boleh gunakan ayat CTA seperti Klik di sini, Tempah di sini atau Info lanjut di sini. Cara penulisan ayat iklan page post engagement, anda boleh baca di artikel ini…

#5: Bina Segmen Audiens Dalam Satu Ad Set

Setiap interest memberi hasil yang berbeza. Anda perlu test setiap interest ini untuk dapatkan yang mana paling banyak hasilkan conversion.

Kenal pasti interest yang anda ingin guna dan bina 3 Ad Sets untuk iklan anda…

1) Interest untuk niche usahawan internet

Ad sets 1: Irfan Khairi

2) Interest untuk niche kerja kerajaan

Ad sets 2: jawatan kosong terkini

3) Interest untuk niche pakaian

Ad sets 3: radiusite

Dalam setiap ad sets, letak hanya 1 interest. Dengan mengasingkan setiap interest kepada beberapa segmen, ini dapat memudahkan anda untuk optimumkan setiap interest dalam setiap Ad sets.

#6: Pasang ‘Conversion Pixel’ di Website

Pemasangan ‘Conversion Pixel‘ di website sangat penting dalam pengiklanan. Dengan memasang kod pixel ini, anda akan tahu berapa banyak conversion untuk setiap iklan yang anda bina.

Conversion tracking_1

Cara pemasangan ‘Conversion Pixel’, anda boleh baca artikel di bawah…

Dengan menggunakan ‘Conversion Tracking‘, ia boleh membantu anda untuk capai objektif post iklan di website anda seperti laman shopping cart, atau minisite.

Anda perlu letak setiap kod untuk setiap halaman seperti Checkout, Registration, Leads, Add to Cart dan lain-lain.

Conversion tracking

#7: Bina ‘Remarketing Pixel’

Teknik ini sesuai untuk anda yang mempunyai website. Prospek yang pernah melawat website anda, mungkin hanya datang untuk survey harga produk. Lepas tu, kemungkinan besar mereka tidak akan kembali semula ke website anda. Anda sudah rugi kerana kehilangan prospek yang berpotensi jadi pelanggan anda. Di sinilah, teknik ‘Facebook Remarketing’ boleh digunakan untuk dapatkan semula prospek ini.

Cara nak bina iklan ‘Facebook Remarketing‘, anda boleh rujuk artikel di bawah…

#89: Bina ‘Lookalike Audiences’

Lookalike Audiences‘ adalah audiens yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan ‘Custom Audiences‘. Selepas membina ‘Lookalike Audiences‘, anda boleh sasarkan post iklan pada audiens ini yang pernah melawat halaman tertentu website atau audiens yang pernah membeli di website anda.

Cara untuk bina ‘Lookalike Audiences‘, baca artikel ini…

#9: Bina Audiens Dari Senarai Emel/No. Tel

Anda juga boleh bina custom audiences dari senarai emel. Apa yang anda perlu buat adalah save senarai emel tersebut dalam format .csv atau .txt yang mengandungi satu emel setiap baris.

Untuk bina audiens, masuk ke ‘Advert Manager‘, klik pada ‘Audiences‘ > klik pada ‘Create Audience‘ kemudian pilih ‘Custom Audience‘. Seterusnya, klik pada ‘Customer List‘ seperti gambar di bawah…

Bina Audiens Dari Senarai Emel

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bina custom audience dari senarai nombor telefon. Caranya sama sahaja seperti di atas.

#10: Bina Strategi Bidding

Strategi dalam bidding iklan adalah antara faktor kejayaan sesuatu post iklan. Ada 3 kategori bidding iaitu Cost per Click (CPC), Cost per Impression (CPM), dan Optimize Cost per Impression (OCPM).

Cuba gunakan bidding yang berbeza, untuk dapatkan kos bidding yang rendah. Saya cadangkan anda gunakan bidding jenis CPC atau OCPM. Jika anda nak jimatkan kos, gunakan bidding CPC.

Bina Strategi Bidding

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai jenis bidding Facebook Ads di artikel ini…

#11: Bina Jadual Iklan

Facebook Ads juga mempunyai fungsi ‘Ads Scheduling’, ia digunakan untuk jadualkan post iklan anda. Fungsi ini hanya boleh digunakan dalam Power Editor. Saya ada ceritakan fungsi ini dalam artikel 7 Kelebihan Power Editor.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu tukarkan budget dari ‘per day‘ ke ‘lifetime budget‘.

‘Lifetime Budget’ merujuk kepada jumlah bajet bagi sesuatu iklan dan tiada had harian.

Bina Jadual Iklan

Anda boleh pilih mana-mana teknik ini untuk iklan anda, semuanya berkesan. Saya nasihatkan anda gunakan teknik ini satu-satu supaya anda tak pening nanti.

Semoga berjaya!

Similar Posts

9 Comments

  1. tuan..terima kasih kerana kongsikan teknik2 ni..tapi tips2 ni lebih kepada mereka yang ada website..kalau macam saya yang hanya ada fb ads, macam mana nak optimasikan iklan? saya tak pandai nak buat website..

  2. Monitoring dan Optimazation.

    Thanks kepada Sifu FBAds, artikel yang bermanfaat!

    P.s. Sahabat2 sekalian, saya ada buat servis bina Minisite (Squeeze Page, Lead Page, Landing Page dan Minisite Affiliate) . Saya juga ada servis setup Facebook Page dan Facebook Ads untuk yang berminat.

    Nak tahu lebih lanjut? Klik disini >> http://www.minisitekosrendah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *