7 FAKTOR YANG BUATKAN SALES BISNES JATUH…

Apa nak buat bila bisnes korang tiba-tiba jatuh merudum?

Sales drop habis, dan korang pun blur tak tahu apa masalahnya.

Bukan senang nak tahu punca sebenarnya.

Jom kita tengok satu persatu apa yang boleh menyebabkan sales bisnes kita jatuh.

Selepas baca, kita akan tahu apa yang perlu buat untuk elakkan bisnes kita terus merosot. Semoga post ni dapat bantu korang!

#1. Pelanggan sedia ada kurang beli

Pelanggan setia adalah asset yang sangat berharga.

Tapi, kalau korang perasan pelanggan sedia ada dah mula kurang beli, ini adalah satu amaran yang korang kena beri perhatian serius.

Antara punca pelanggan sedia ada kurang beli…

Produk atau servis yang korang tawarkan mungkin dah tak relevan dengan keperluan atau kehendak pelanggan sekarang.

Trend dan kehendak pelanggan sentiasa berubah, jadi korang kena pastikan produk korang up-to-date.

Kalau kualiti produk atau servis korang menurun, pelanggan pasti akan hilang kepercayaan.

Diorang akan cari alternatif lain yang lebih berkualiti.

Customer service yang buruk boleh buat pelanggan rasa tak dihargai.

Kalau mereka ada masalah dan korang lambat atau tak professional dalam menguruskan, pelanggan akan rasa kecewa dan mungkin tak akan datang lagi.

Pelanggan suka bila bisnes engage dengan mereka.

Kalau korang kurang berinteraksi atau buat aktiviti yang melibatkan pelanggan, mereka mungkin rasa diabaikan.

Macam mana nak tarik customer untuk repeat order?

Tanyakan terus kepada pelanggan kenapa mereka kurang membeli.

Gunakan feedback tu untuk perbaiki produk atau servis korang.

Buat survey atau minta review.

Kalau produk sekarang dah kurang laku, cuba tawarkan produk baru yang lebih relevan dengan kehendak pelanggan sekarang.

Sentiasa buat research untuk tahu apa yang pelanggan perlukan.

Latih team korang untuk jadi lebih responsive dan professional semasa melayan pelanggan.

Buat follow-up selepas pembelian untuk pastikan pelanggan puas hati.

Dengan memahami punca dan cara nak atasi masalah pelanggan sedia ada kurang beli, korang boleh tingkatkan sales dan kekalkan pelanggan setia.

Jangan lupa, pelanggan yang happy akan jadi promoter terbaik untuk bisnes korang!

#2. Tiada pelanggan baru

Selain daripada menjaga pelanggan sedia ada, penting juga untuk sentiasa mencari pelanggan baru.

Kalau asyik bergantung pada pelanggan lama je, lama-lama bisnes korang boleh jadi stagnant.

Kenapa susah nak dapat customer baru?

Marketing yang tak berkesan boleh menyebabkan usaha korang sia-sia.

Kalau strategi marketing korang outdated atau tak sesuai dengan target market, susah untuk menarik pelanggan baru.

Kalau bisnes korang tak ada sesuatu yang unik atau istimewa berbanding competitor, pelanggan mungkin tak ada alasan untuk pilih korang.

Pelanggan baru biasanya akan tengok review atau testimoni sebelum buat keputusan untuk beli.

Kalau korang kurang review atau ada review negatif, pelanggan akan hesitate.

Macam mana cara nak tarik customer baru?

Invest dalam Digital Marketing, untuk tarik pelanggan baru.

Pastikan iklan korang target audience yang betul supaya lebih efektif.

Semua orang suka benda percuma!

Buat promosi atau giveaway untuk tarik perhatian. Ini boleh bantu korang reach audience yang lebih luas dan tarik pelanggan baru.

Influencer marketing adalah salah satu cara efektif untuk tarik pelanggan baru.

Cari influencer yang relevan dengan bisnes korang dan buat kolaborasi.

Pengaruh diorang boleh bantu promote produk atau servis korang.

Sertai event bisnes, expo, atau conference untuk networking.

Cari partner yang boleh bantu promote bisnes korang.

Networking adalah cara bagus untuk expand reach dan tarik pelanggan baru.

Buat tawaran eksklusif untuk pelanggan baru seperti diskaun atau free trial.

Ini boleh jadi incentive untuk mereka cuba produk atau servis korang.

Minta pelanggan sedia ada untuk beri review dan testimoni positif.

Paparkan testimoni ini di website dan media sosial korang.

Review yang baik boleh meyakinkan pelanggan baru untuk buat pembelian.

Dengan strategi-strategi ini, korang boleh tarik lebih ramai pelanggan baru dan meningkatkan sales bisnes.

#3. Tiada Strategi Marketing Baru

Marketing adalah nadi kepada bisnes. Tanpa strategi marketing yang berkesan dan up-to-date, susah untuk tarik pelanggan baru dan maintain pelanggan sedia ada.

Kenapa penting untuk ada strategi marketing baru?

Dunia bisnes sentiasa berubah, dengan trend dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Strategi marketing yang tak berubah mungkin tak lagi relevan atau efektif dalam menarik minat pelanggan.

Competitor korang pun tak duduk diam.

Mereka sentiasa mencari cara baru untuk tarik pelanggan.

Kalau korang tak ubah strategi, korang mungkin ketinggalan dan kehilangan pelanggan kepada competitor.

Pelanggan sekarang lebih memilih bisnes yang boleh memenuhi keperluan mereka dengan cara yang lebih personalized.

Strategi marketing lama mungkin tak cukup untuk memenuhi jangkaan pelanggan moden.

Jadi sebab itulah kita implement strategi marketing baru.

Macam mana caranya?

Sentiasa buat research tentang trend terbaru dalam industri korang.

Ikuti perkembangan teknologi dan platform baru yang boleh digunakan untuk marketing.

Fahami target market korang dengan lebih mendalam.

Gunakan data untuk segmentasikan pelanggan berdasarkan keperluan, minat, dan behavior.

Personalisasikan kempen marketing untuk setiap segment supaya lebih relevan dan menarik.

Content is king! Cipta content yang menarik, informatif, dan menghiburkan.

Guna pelbagai format content seperti blog, video, infografik, dan podcast. Korang kena sentiasa update dan refresh content korang.

Gunakan tools automation marketing untuk memudahkan proses kempen marketing korang.

Ianya boleh bantu korang menjimatkan masa dan tenaga, serta meningkatkan efisiensi kempen.

Contohnya, guna email marketing dan whatsapp automation untuk follow-up dengan pelanggan.

Dengan strategi marketing baru, korang boleh memastikan bisnes korang tetap relevan, kompetitif, dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

Korang kena berinovasi dan mencuba perkara baru.

#4. Buying Power Menurun

Salah satu cabaran besar yang boleh menjejaskan sales korang adalah apabila kuasa membeli (buying power) pelanggan menurun.

Ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor luaran yang korang tak boleh kawal, tapi jangan risau! Ada cara-cara untuk korang terus bertahan dalam situasi ni.

Kenapa buying power menurun?

Ekonomi yang tidak stabil boleh menyebabkan rakyat kurang berbelanja.

Apabila ekonomi lemah, pelanggan cenderung untuk berjimat dan hanya membeli barang keperluan sahaja.

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan, seperti makanan, petrol, dan utiliti, boleh mengurangkan kuasa beli pelanggan.

Apabila kos hidup meningkat, bajet pelanggan untuk membeli barang atau servis tambahan akan berkurangan.

Inflasi menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat secara keseluruhan, mengurangkan nilai duit yang pelanggan ada.

Ini menyebabkan kuasa beli mereka menurun.

Apa yang kita boleh buat?

Salah satu cara untuk menarik pelanggan walaupun dalam keadaan kuasa beli menurun adalah dengan menawarkan diskaun, promosi, atau bundle.

Ini boleh membuatkan produk atau servis korang lebih menarik dan berpatutan.

Kenal pasti produk atau servis yang lebih mampu milik dan fokuskan promosi pada item-item tersebut.

Pastikan korang ada pilihan untuk pelanggan yang berbeza tahap kewangan.

Tingkatkan nilai produk atau servis korang dengan menawarkan sesuatu yang lebih, seperti free delivery, warranty yang lebih lama, atau customer service yang exceptional.

Ini boleh membuatkan pelanggan rasa lebih berbaloi untuk berbelanja.

Tambahkan variasi produk atau servis yang boleh memenuhi keperluan pelanggan dalam pelbagai keadaan ekonomi.

Misalnya, kalau korang jual barang premium, cuba tambahkan juga barang yang lebih budget-friendly.

Cari cara untuk mengurangkan kos operasi tanpa menjejaskan kualiti produk atau servis korang.

Ini boleh membantu korang menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan.

Dengan memahami punca dan cara mengatasi masalah buying power menurun, korang boleh memastikan bisnes korang tetap relevan dan kompetitif.

#5. Pattern pembelian berubah

Pattern pembelian pelanggan sentiasa berubah-ubah, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan perubahan gaya hidup.

Kalau korang tak adapt dengan perubahan ni, bisnes korang boleh terjejas.

Kenapa pattern pembelian berubah?

Teknologi yang semakin maju mempengaruhi cara pelanggan membeli.

Contohnya, e-commerce yang semakin popular menyebabkan ramai pelanggan memilih untuk membeli secara online berbanding di kedai fizikal.

Gaya hidup moden yang sibuk membuatkan pelanggan mencari cara yang lebih mudah dan cepat untuk membeli barang.

Contohnya, ramai yang suka beli barang melalui app smartmobile atau guna service delivery

Pelanggan sekarang lebih bijak dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka boleh akses dengan mudah.

Mereka membaca review, membandingkan harga, dan mencari maklumat tentang produk sebelum membeli.

Pelanggan sekarang lebih bijak dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka boleh akses dengan mudah.

Mereka membaca review, membandingkan harga, dan mencari maklumat tentang produk sebelum membeli.

Antara beberapa langkah yang kita boleh buat…

Gunakan pelbagai platform sosial media untuk reach out kepada pelanggan.

Buat content yang menarik, engage dengan followers, dan gunakan iklan berbayar untuk target audience yang betul.

Pelanggan suka bila ada banyak pilihan pembayaran.

Pastikan korang tawarkan pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, debit, e-wallet, dan COD (cash on delivery).

Pastikan produk korang ada deskripsi yang jelas, gambar yang berkualiti, dan review dari pelanggan lain.

Ini membantu pelanggan membuat keputusan dengan lebih yakin.

Ramai pelanggan menggunakan smartphone untuk shopping online.

Jadi, pastikan website atau aplikasi korang dioptimize untuk mobile view, dengan interface yang responsif dan mudah digunakan.

#6. Strategi competitor yang lebih agresif

Salah satu cabaran utama dalam bisnes adalah bila competitor korang mula guna strategi yang lebih agresif.

Kalau korang tak bersedia, bisnes korang boleh terjejas teruk.

Tapi jangan risau, ada cara-cara untuk korang bertahan dan tetap relevan dalam pasaran.

Fahami apa yang membuatkan bisnes korang unik dan fokus pada kelebihan tersebut.

Kalau korang ada USP (Unique Selling Proposition) yang kuat, pelanggan akan lebih setia dengan korang.

Sentiasa berinovasi. Terus kembangkan dan tingkatkan produk atau servis korang mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.

Gunakan data untuk memahami customer behavior.

Data boleh membantu korang buat keputusan yang lebih bijak dalam strategi pemasaran dan produk.

Pastikan reputasi dan imej jenama korang sentiasa positif.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli dari jenama yang mereka percayai.

Collaborate dengan bisnes lain yang boleh memberikan value tambahan kepada pelanggan korang.

Partnership yang strategik boleh membantu korang bersaing dengan competitor.

#7. Team slow, tak aktif

Sales bisnes jatuh juga berpunca daripada team korang slow atau tak aktif.

Team yang tidak produktif atau kurang bersemangat boleh memberi kesan besar pada prestasi bisnes.

Apa akan jadi bila team slow?

Produktiviti bisnes akan terjejas.

Kerja yang sepatutnya boleh siap cepat akan mengambil masa yang lebih lama, menyebabkan proses bisnes menjadi lambat.

Macam mana nak tingkatkan produktiviti team?

Pastikan setiap team tahu apa matlamat mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada kejayaan bisnes.

Tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang yang jelas dan boleh dicapai.

Sediakan training untuk develop skill team korang.

Ini bukan sahaja boleh meningkatkan skill mereka, tapi juga boleh meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja.

Wujudkan komunikasi yang transparent dalam team.

Pastikan setiap ahli team rasa selesa untuk berkongsi idea dan feedback mereka.

Cipta suasana kerja yang positif dan menyenangkan.

Suasana kerja yang baik boleh meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja team.

Berikan tanggungjawab kepada team untuk membuat keputusan dalam kerja mereka.

Ini boleh meningkatkan rasa tanggungjawab dan motivasi mereka.

Galakkan kerjasama dan teamwork dalam syarikat.

Buat team-building activities dan projek-projek yang memerlukan kerjasama antara ahli team.

Sentiasa buat penilaian terhadap prestasi team dan buat penyesuaian yang diperlukan.

Kalau ada ahli team yang consistently underperform, pertimbangkan untuk memberikan bimbingan tambahan atau mengambil tindakan yang sesuai.

Harap korang belajar sesuatu hari ni..

Jadi, itulah 8 faktor utama yang boleh menyebabkan sales bisnes kau jatuh.

Kalau korang rasa ada masalah dengan sales, cuba selidik dan lihat mana yang bermasalah.

Jangan biarkan bisnes korang terus merosot.

Bisnes yang berjaya itu bukan kerana nasib baik semata-mata.

Ia hasil dari kerja keras, kreativiti dan inovasi yang berterusan.

Jangan mudah putus asa. Kalau ada masalah, hadapi dan cuba cari solution untuk selesaikannya.

Sentiasa pantau trend dan keperluan pelanggan.

Kena fleksibel dan bersedia untuk berubah.

Apa yang berkesan hari ini, mungkin tak berkesan lagi esok.

Jangan kekal dengan formula lama.

Kena berani keluar dari comfort zone.

Paling penting, jangan biarkan competitor ambik alih market share korang.

Kena lebih agresif, kreatif dan inovatif.

Kalau perlu, buat perubahan besar pada produk, harga atau strategi marketing.

Tunjukkan kepada pelanggan yang korang memang pilihan yang terbaik!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *