Mengapa Iklan FB Anda Tak Jalan?

iklan-takjalan

#PENTING: KALAULAH IKLAN ANDA TAK BERJALAN, APA NAK BUAT ?

Iklan tak jalan? Apa maknanya iklan tak berjalan?
Ads Tak Berjalan

Iklan tak berjalan, maksudnya adalah:

Campaign Reach bernilai ‘0‘ atau kurang dari 1000 selepas 24 jam iklan diluluskan. Ini bermakna, iklan yang kita set up di FB ads masih tidak dipaparkan kepada audiens sasaran, ataupun, terlalu kurang iklan dipaparkan. (kurang 1000 view/impression dalam 24 jam)

Anda perlu tahu apa punca-punca iklan tak jalan. Di sini saya rumuskan beberapa punca iklan tak jalan.

#1: Persaingan Pada Audiens Yang Sama

Selain dari kita, mungkin pengiklan lain turut mensasarkan target/audien yang sama seperti kita pilih. Sebagai contoh, mereka target ustaz, kita pun target ustaz. Kebanyakan pesaing-pesaing ni mungkin bukan orang yang mahir FB ads, dan mereka berpotensi letak bid tinggi-tinggi atau gunakan autoCPM. So, FB utamakan mereka dahulu, dan ads mereka lebih kerap dipaparkan. Kita yang bid rendah ni, berpotensi ketinggalan, ads tak jalan.

Tapi DON’T WORRY…Ada solusinya…

Pengiklan-pengiklan yang letak bid tinggi ini, biasanya ads diorang memang cepat jalan, tapi CTR teruk, klik sangat kurang. So dengan itu, ianya kurang mendatangkan untung kepada pihak Facebook. Facebook utamakan keuntungan, tu kita kena ingat. Kalau orang tu bid tinggi, tapi iklan tak dapat sambutan,FB JUGA RUGI…Dia dah tolong run ads, dapat impression tinggi, tapi klik rendah..ads tu sendiri akan STOP selepas tu..

Terdapat beberapa cara untuk atasi persaingan ini, iaitu:

  1. Kita buat ads yang berkualiti, yang mana berpotensi untuk dapatkan klik/CTR yang tinggi. Dengan CTR yang tinggi, kita mampu membuatkan ads kita berjalan laju. Iklan laju, dgn CTR yang bagus, sudah pasti mendapat klik yang tinggi. Dengan itu, pihak FB juga dapat untung. Kita dapat untung, fb dapat untung. Iklan jenis ini FB suka…Untuk hasilkan ads yang berkualiti, kita perlu pilih VERY TARGETTTED AUDIENCE – kalau buat page post ads, boleh spesific lagi target kita – contohnya kita target pada jenama pesaing, lokasi, umur, relationship, dll. Seterusnya – pemilihan gambar yang JELAS LAGI MENARIK PERHATIAN. Gambar memainkan peranan sangat penting untuk menarik perhatian audience. Dan seterusnya adalah ayat iklan…

  2. Kita biar saja ads kita berjalan, walaupun slow. Kadang-kadang, apabila pesaing lain memberhentikan iklan mereka, iklan kita boleh melonjak naik (berjalan laju). Iklan jenis camni, yang mana anda setup n go ni, anda boleh letak bid rendah2 saja…Kadang-kadang, hujung minggu ads kita berjalan laju…ada peserta coaching saya buat ads dgn 0.01$, buat tak jalan..tapi dibiarkan seminggu dua, 10k LIKE dapat dgn 0.01USD.

  3. SPESIFIC atau KECIKKAN LAGI AUDIENCE – ya, anda boleh kecilkan lagi audience anda. Jika anda buat page post ads, ianya boleh dikecilkan hingga 30k audience. KEcil, tapi lebih spesific. COntohnya anda boleh target audience yang mana mereka adalah fans fanpage anda, atau anda target friends of fans. Atau anda juga boleh target berdasarkan lokasi, umur, jantina, agama….

#2: Nilai Daily Budget Terlalu Rendah

Mungkin FB tak jalankan ads kita disebabkan daily budget kita letak rendah. Kalau ads kita berpotensi hasilkan CTR tinggi, budget rendah pun masih boleh jalan iklan kita. Jadi, naikkan DAILY BUDGET (max 30USD) anda tapi kekalkan nilai bid CPC…(0.03USD). Kadang-kadang, kalau kita buat lebih 3 ads dalam satu kempen, nilai daily budget yang kita letakkan tu hanya akan diperuntukkan untuk iklan yang terawal atau iklan yang terbaik. Itu antara satu sebab ada ads yang berjalan, ada yang tidak.

#3: Nilai Bid Rendah

Memang 3 cent tu ok, tapi kadang-kadang FB katakannya sangat rendah. Tapi jangan risau! Kita boleh bantu ads berjalan dengan naikkan bid CPC tu..naikkan sedikit-sedikit. Dari 3 cent ke 4 cent, dari 4 cent ke 5 cent..saya syorkan, JANGAN LEBIH 5 CENT…Kalau iklan berkualiti, CTR yang dihasilkan bagus..Dan automatic price CPC yang kita dapat adalah lebih murah dari bid…

#4: Jenis Ads Yang Digunakan

Anda perlu tahu, setiap jenis ads potensi kelajuannya (betapa cepatnya) ianya untuk berjalan adalah berbeza. Iklan new ads adalah paling lambat berjalan kerana ini adalah iklan favourate ramai pengiklan. Satu lagi, ianya perlu lalui proses review yang agak memakan masa oleh pihak FB. Satu kaedah [percepatkan ads jenis ini adalah dengan memilih bid jenis autoCPM atau bid CPM..Tapi ingat, cuba hasilkan ads yang berkualiti, dan control by budget. Letakkan daily budget USD5 ke bawah…Iklan jenis page post ads pula adalah lebih cepat diluluskan, dan cepat berjalan. Yang ni sesuai kita gunakan bid jenis CPC. Dan ads paling cepat lulus, dan paling cepat berjalan adalah jenis SPONSORED POST. Gunakan button promote di fanpage anda, dan tekan…Iklan anda mampu capai ramai audience dalam masa yang singkat. Cuma ianya menggunakan autoCPM…

Sebenarnya, ada beberapa faktor kecil yang lain yang turut menyebabkan iklan tak berjalan. Tapi di atas adalah punca-punca utama!

Anda dapat sesuatu dari post ni? Jemput share di FB anda.

Similar Posts

38 Comments

    1. Salam bro..saya baru belajar buat fb ads.. masalah skrg ni iklan saya mcm tak jalan langsung. Cuma ada satu like sahaja sedangkan nilai duit bawah iklan makin ditolak pihak fb.Jika saya stop iklan tu adakah saya masih perlu membayar keseluruhan kos iklan?

      1. ada 2 cara bayar iklan.

        1) guna kad kredit/debit. cara ni boleh hutang dulu. buat iklan dulu, baru byr.

        2) perbankan internet. kena topup dulu, baru boleh buat iklan

  1. Sifu, better kita gne CPC drpd CPM untuk iklan kita ye.
    mknanya iklan jnis CPC lebih berkesan, mcm tu ke?

    1. Utk yg masih baru disyorkan guna CPC..kalau dah expert boleh guna CPM..

      Guna CPC – cara ‘play safe’ dgn meletakkan max bid bagi setiap klik ads kita ..

      CPM – merujuk kepada kos utk setiap 1000 impression..jika dah mahir boleh gua CPM..

      –admin–

  2. Maknenye saya kene ubah budget perday jd lebih tggi supaya approve ye? Masalah saya bila buat ads asyik tak approve jek

    1. Jika ads tak approved mungkin ads tersebut melanggar peraturan yg ditetapkan oleh pihak FB..cthnya produk 18sx, HYIP dsb..

      Rujuk notification sebab ads tersebut tak approved..

      –admin–

  3. Assalamualaikum sifu..
    saya ada masalah dgn fb ads tak di approve..
    sebabnya : Your ad wasn’t approved because the destination URL is not viewable or functioning properly. Ads may not link to a proprietary file type (ex: pdf, .doc) or to a site that initiates an automatic download or traps a user’s browser through a pop-up of any kind. Learn more in the Help Center. If you believe that your ad follows our policy or you need help, get in touch.
    boleh bantu saya ?
    thanks for your time..

  4. Sifu kalau bajet harian sehari Rm30 utk bt promote page, berapa sen yg paling cun bid utk CPC, kt bid tu fb dh letak 00.20,boleh tk kita ubah 00.20sen ke 00.05sen sifu.

    1. Jgn letak makin rendah.. Klu.. Fb syorkan rm1.20 awak letak la rm1.22 sen.. Jgn tinggi Sgt dik

  5. jika facebook ads kena flagged macam mana cara nk settlekan?? sudah try bermacam cara tapi stil xbole.. jika ade penyelesaian sila infrom sy.. tq

  6. Salam sifu,

    Saya dah buat fb ads, duit dah tolak secara prepaid untuk 2 hari, tapi ads masih xberjalan dan masalahnya dekat ads manager xkeluar langsung nama campaign yg sy buat tu.

    Apa masalahnya sifu? Adakah iklan sy slow atau pon ade error sampai xkeluar nama campaign?

  7. Sifu, nak tanya kenapa post saya tak appear dalam facebook page? saya stop iklan tersebut & tukar pint post kepada post yang lain lepas tu post saya tu hilang tiada dalam page tapi dalam ads manager masih ada, macam mana saya nak selesaikan ya? harap dapat membantu.

    Tkasih.

  8. Assalamualaikum sifufbads.. Saya menghadapi masalah ketika membuat iklan di FB ada..
    Masalah saya ialah, iklan saya kerap tersasar ke audience yg diluar lokasi yang saya set kan.. Saya set hanya audience “hanya tinggal dilokasi” tp fb ads kerap iklan diluar kawasan yg saya setkan.. Kadang kala fb ads iklan sampai ke negara jiran.

    1. saya hadapi masalah yang sama… set audience negeri dalam malaysia tapi tersasar ke negara jiran…hampir 90 % yang tersasar..macamana nak buat ye..

      1. Sama, hampir 90% negara jiran yang like. Saya dah target bandar2 utama di Malaysia, set people live in this location tapi masih sama.

  9. assalam..sifu..kenapa post yg kita nak iklankan tak keluar daalaam cipta iklan

  10. assalam
    sy nak ty, sy iklankan produk kosmetik shja xde melanggar peraturan ads fb pon tp still xapproved n status dia not boosted. macamane ye nak buat?duit dh tolak guna pay pal utk boost kan. iklan kdua sy pon sma. not boosted jgk.

  11. as salam sifu.
    1. saya telah menghadapi masalah pada 28 July 2016 yg lalu dimana campaign saya tiada sambutan seperti comment,like dan share sedangkan sebelum ni campaign saya tu boleh dikata setiap seminit pm masuk kerana letakkan budget yg tinggi dan telah ade 541k views. jadi sehingga harini saya masih letak bajet yg sama dr 28 july tetapi keadaan yg sama juga belaku.duit fb ads burn mcm tu sales xde sdgkan sebelum ni ok.

    2. Saya juga cuba utk cari campaign tersebut di advert manager utk boost bajet tetapi campaign tu telah hilang. Tetapi di page masih ada dan views bejalan seperti biasadan sedikit tetapi comment,like dan share mmg tiada.

    apakah yang perlu saya lakukan supaya duit fb ads tidak burn mcm tu?adakah video itu tidak relevan lagi pada fb utk saya boostkan?

    terima kasih

  12. saya buat bengkel roti banyak like ja….tapi tak ada langsung komen….ada kah saya salah masa set apa ke masa buat fb ads

  13. untuk point pertama. jika pesaing kita accountnya flagged itu pun boleh buat ikla kita laju ke??

  14. assalamualaykum sifu…

    sy sudah mula buat fb ads sejak 2015, bisnes berkembang. tapi sejak akhir2 ni page sy selalu kena FLAGGED dan adakalanya REVIEW lama sangat, ada x cara untuk selesaikan permasalah ni???

    1. biasa kena flagged sbb gambar atau ayat. kene check dulu. kalau ayat / gambar ok, tp kena flagged jgk, cube buat page baru je..

  15. Salam sifu.. Kalau kena flagged dan buat page baru tapi problem invalid page message destination error..ni bkn mslh ads. Kan?

  16. HI,

    Sya ada buat page untuk jual brg makeup. untuk 3 hari iklan tu jalan as per normal. then masok hari ke 4, FB dah xapproved iklan sya dgn alas an contain nudity. tp gamba yg sya guna hanya gamba brg makeup. boleh terangkan c, kenapa kena reject?

  17. Salam sifu,saya dah create post dan dan isi segala maklumat audiens tetapi di bahagian interest saya tersilap pilih tobacco sedangkan iklan saya berkenaan gajet…start dari tu semua iklan saya lama or baru fb xbagi approve sebab tobaco yg sy pilih tadi..padahal belum boost post lagi sifu..saya dah tak tahu nak buat macam mana..harap sifu boleh bantu

  18. Salam sifu..
    Saya sudah buat pembayaran..
    Tapi..boost paused… Kenapa yaa.. Ada yg saya terlepas pandang ke…

Comments are closed.