INILAH 13 PUNCA YANG SERING OWNER BISNES BUAT SILAP YANG BOLEH SEBABKAN KOS MARKETING MELAMBUNG TINGGI TANPA SEDAR.

Biasanya bila dah terlalu ghairah nak kejar sales, ramai bisnes owner akan overspend dalam marketing sampaikan buatkan Return On Investment (ROI) jadi cukup2 makan..Ada tu, cost sampai tak boleh cover dan terpaksa topup dengan duit saving sendiri..Alahai sedih bebenor bila jadi kes macam ni..Sifufbads cakap ni based on case study dan experience student2 Sifufbads sendiri.

“SAYA LA TU SIFUFBADS..HUHUH..TERASA MALU LAK NAK MENGAKU..”

Jangan malu..Kalau tak mengaku..Maknanya kita ni masih tak sedar diri lagi dan masih buat silap lagi..Akhirnya sales ke mana, bisnes ke mana..Tup..tup terkubur terus….Sapa yang rugi time tu? Sifufbads ke atau anda?

“BETUL TU SIFUFBADS..SAYA SOKONG KATA2 SIFU TU..HEHEH..”

Jadi, jangan takut mengaku..Salah tu perkara biasa..Bila kita salah, lebih mudah kita beringat..Jadi untuk kali ni, Sifufbads nak DEDAHKAN 13 punca yang selalu sangat owner bisnes macam anda yang tengah baca ni buat silap yang boleh buatkan kos marketing mereka melambung tinggi tanpa mereka sedar..

Nak tahu apa? Anda WAJIB teruskan bacaan sampai habis jika anda nak punca2 nya..Jangan SKIP point taw…

1. AUDIENCE TAK TARGETED

Setiap produk atau servis mesti ada target audience ataupun dalam bahasa lain adalah Customer Avatar..Tanpa customer avatar buatkan anda menjual atau promote tanpa arah tujuan..Bayangkan kalau anda ada target audience, tentu anda lebih mudah untuk grab attention mereka melalui gambar atau copywriting..Sebab tu, kita perlukan targeted audience..Anda boleh combine-kan jenis audience based on..


Demografi – Ia berkenaan dengan umur, jantina, bahasa yg digunakan, status kahwin, status anak, pekerjaan dan lain2 lagi..
Geografi – Ia berkenaan dengan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar audience
Psikografi – Ianya berkenaan apa yang audience anda suka dan apa yang mereka tak suka..
Sosiografi – Yang ni berkenaan dengan brand anda seperti database, yang pernah engage di page dan instagram ada dan lain2..

2. STRATEGI MARKETING OUT-DATED, DAH BASI

Antara kelemahan owner bisnes ni, dia dah terlalu selesa guna strategi yang sama yang mana strategi yang dibuat tu sentiasa menjadi walaupun resultnya dah tak berapa menjadi pada masa sekarang..INGAT! Strategi yang dulu berkesan belum tentu berkesan pada masa sekarang..Kos marketing meningkat tapi sales menurun..Tak ke pening kepala tu..

“BETUL SIFU..SAYA LA TU..RASA NAK BERTAUBAT JA NI..”

Haaa..Mujur sempat bertaubat sebelum bisnes meninggal..Kalau tak menyesal tak sudah..

3. MESSAGE MARKETING TAK SAMPAI, TAK JELAS.

Punca ketiga ni ramai yg tak sedar dan asyik buat berulang kali..Ramai yang marketing “mengkhinzir buta” saja..Sebelum buat marketing, anda perlu tahu problem prospek anda..Apa yang mereka mahu..Bukannya buat marketing SYOK SENDIRI..Akhirnya mengadu kata teknik ni tipu lah..FBads tipu la..Sebenarnya kita tak sampaikan message marketing dengan jelas pada target sasaran..Sebenarnya, point ni berkait rapat dengan point yang pertama tadi iaitu “Audience Tak Targetted”

4. TIADA FOLLOWER TEGAR

Tahukah anda yg menjual pada orang kita kenal lebih senang daripada menjual pada mereka yg belum kenal kita..Sebab apa sifufbads cakap macam tu..Orang yang kenal kita, dia dah tahu selok belok produk kita..Sebab tu, untuk jimatkan kos marketing, anda boleh retarget pada follower anda…

Sebab tu, pembinaan followers sangat penting dan bantu kurangkan kos marketing berkali ganda..Lebih banyak followers anda lebih tinggi trust orang pada brand anda..

5. TIADA DATABASE

Kesilapan terbesar owner bisnes bila buat bisnes adalah tak simpan database..Sebab database sangat penting untuk long terms..Contohnya, anda nak keluarkan produk baru, anda boleh guna database ni untuk mintak pandangan dan terus menjual pada mereka sebab mereka dah kenal anda..

6. TIADA PLATFORM UTAMA

Masalah owner bisnes hari ni, mereka masih bergantung 100% pada social media platform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya..Andai kata satu hari ni, platform ni dah tutup atau disekat di Malaysia..Apa akan jadi dengan bisnes anda?..Terkuburlah jawapannya..

Owner bisnes sepatutnya ada platform mereka sendiri iaitu website..Website perlu disupport dengan blog..Dengan adanya website ni, trust pada brand makin meningkat..

7. TAK FULLY UTILIZE SOCIAL MEDIA

Founder bisnes sekarang lebih selesa untuk fokus pada 1 platform dan untuk expand brand mereka ke platform lain..Kononnya platform tak boleh bagi pada yg mereka dah dapat sekarang..

Sebenarnya, bila anda fully utilize social media, akan buatkan brand lebih dikenali dan dipercayai berbanding pesaing..Contohnya..Anda cuba tengok pepsi atau coca cola..Adakah mereka hanya bergantung pada satu platform saja? Tak kan..Hampir semua social media platform mereka ada..Walaupun brand mereka dah dikenali..Kita ni yg baru nak bertatih hanya harap 1 platform saja..

Cuba pikir apa yang akan terjadi nanti?

8. TAK JALANKAN INTEGRATED MARKETING

Zaman sekarang ni, kalau tak buat integrated marketing, memang bisnes anda akan ketinggalan..Bayangkan orang lain dah buat integrated marketing..online offline..offline online..Tapi anda masih berharap pada 1 paltform tu saja…Tak rasa bisnes anda tu akan meninggal ke?

“FUHHH..GARANGNYA SIFU..TAKUT SAYA..”

Mana ada garang..Cuma sayang kat anda semua.. 🙂

9. TAK JELAS OBJEKTIF UTAMA MARKETING

Ada founder yang tak jelas dengan objektif utama marketing yang sedang dia buat..Marketing buat saja..Tiada strategi yang jelas..Bila tak jelas, memang akan buat marketing yang sia2 lah..Sebab tu, anda perlu ada objektif dan strategi yang jelas sebelum mula sesuatu kempen marketing..Bukannya main jalan saja..Bila kita objektif yang jelas, kita mampu jimatkan kos marketing dan overbudget.

10. MARKETING DESIGN HANCUR

Point ni agak relate dengan point yang sebelumnya..cuba bayangkan anda tiada marketing plan/design, agak2 bisnes anda akan berjaya macam orang lain tak? Ofkos tak..Sebab anda perlu plan atau design marketing..Kemana kita nak bawak mereka yang berminat dengan produk anda..Apa yg kita buat kalau mereka tak membeli dengan kita sekarang..

Bila marketing design cantik, ia akan bantu tingkatkan sales dan kurangkan kos..Betul?

11. IKLAN TERLALU HARDSELL

Pada zaman 4.0 ni, orang dah tak suka iklan bersifat hardsell..Sebab apa? Sebab dia dah nampak banyak iklan dalam masa singkat..Buatkan mereka jadi mudah bosan..Kalau anda, adakah anda suka tengok iklan selalu lalu kt newsfeed anda? Kalau tak, anda dah kena beralih dengan buat iklan yang lebih softsell..

12. TIADA ENGAGEMENT MARKETING

Kebanyakkan owner bisnes abaikan benda ni lagi lepas prospek dah jadi client..engagement marketing..Perkara ini, memang anda sebagai owner bisnes kena jaga..Contohnya..jika ada komen..anda kena reply walaupun dengan hanya emoji..Follow up customer..tanya khabar..tanya feedback..bagi tips untuk mereka..Dari situ, buatkan mereka rasa selesa dengan kita..Secara tak langsung buatkan mereka nak repeat order dan rekemen pada kawan lain tu lebih tinggi.

13. TIADA CONTENT MARKETING

Ramai owner bisnes silap, kalau nak sales banyak, perlu buat iklan hardsell..Sebenarnya point ni sangat berkait dengan point no 11 tadi..Content marketing adalah salah satu cara iklan softsell..Contohnya yang pernah dilakukan oleh RS Skincare dan Somethingborrowed by Nawal..Mereka menggunakan content marketing untuk boost-kan sales mereka..

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat..Betul tak?

Jika anda nak belajar lebih lagi, kami ada satu program khas untuk founder bisnes macam anda. iaitu HIIM Premiere.Berminat? Untuk info lanjut, sila KLIK gambar di bawah.

 

Insha’Allah, program ini dapat bantu founder² yang ingin expand bisnes mereka ke tahap yang luar biasa!

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Ikhwan says:

    Terima kasih, banyak kesedaran dapat lepas baca artikel ni.

Program @ Sifufbads

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

18/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Usahawan luarbiasa adalah usahawan yg bkn saja usahanya lebih dari
  • TheFoundrChapter class days 1  day 2  Alhamdulillah jap
  • Sifufbads percaya semua orang ada impianTapi ramai yg berani bertindakBayangkan
  • Sapa sini selalu tengok go shop ke wow shop atau
  • Untuk bina trust secara berterusanBranding perlu kuatDalam bina branding anda
  • Zaman millenial macam sekarang niOrang dh tak suka tengok iklan
  • Sifufbads nk throwback sikit pasal kisah sorang usahawan kedai makan
  • ESOK  LIVE SIFUTOK ANDA TANYA SIFUS JAWAB BERSAMA SIFU
JOM SERTAI HIIM PREMIER
JOM SERTAI HIIM PREMIER

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ketahui Strategi Sulit Dalam HIIM Premier, Atau Terus Setia Dengan Cara Lama Yang Bakal Buatkan Bisnes Anda Terkubur!