SIFUBAD AWARD – 47 ANUGERAH TELAH DINOBATKAN!

Malam apresiasi meraikan 47 anugerah khas kepada usahawan dan pengasas perniagaan Malaysia yang telah membuktikan kemampuan luar biasa untuk berkembang dan membawa perniagaan ke tahap lebih baik sepanjang tahun 2021.

Walaupun tahun ini merupakan satu tempoh yang agak mencabar, bukan hanya terpaksa melalui krisis yang melanda negara, bahkan seluruh dunia terkesan. Mereka ini telah menjadi saksi kekuatan dalam perjuangan membangunkan ekonomi dan berjaya membimbing seluruh pasukannya untuk terpaksa berjaya bersama-sama.

Kesanggupan dan kesabaran yang tinggi melalui proses didikan yang diberikan oleh Sifu Jamal, selaku Pengasas dan Master Speaker SifuBad, ianya memberi isyarat bahawa semua pengasas perniagaan berhak untuk berjaya selagimana bersedia untuk belajar, berubah dan melaksana segala strategi yang telah disusun.

Lihatlah sendiri jenama-jenama besar Malaysia yang diraikan dalam detik bersejarah ini antaranya termasuklah;

  1. SOBELLA, Wan Nur Syuhada binti Wan Norzie yang merangkul 3 Anugerah termasuk anugerah utama The CEO Honorory Inspiration Award, The Best in Launching Implentation, The Best in Advertising Campaign.
    .
  2. DE’XANDRA, Ernaayanee Nur binti Julaimi pula menerima anugerah The Most Influencing Entrepreneur dan The Most Profitable & High Revenue Company.
    .
  3. WAWA COSMETICS, Nur Hawa binti Zainal Abidin (Wawa Zainal) juga menerima 2 anugerah, The Best in Personal Branding & The Most Versatile Marketing.
    .
  4. DEMICA, Nik Amirah Syamimi binti Nik Mahmood pula merangkul anugerah The Best in Agent Development & The Best in Viral Marketing.
    .
  5. TODAK, Syed Shazni bin Syed Husin Affandi dinobatkan The Most Systematic & Corporate Brand.
    .
  6. BIOVET, Munashraf bin Munawar merupakan antara anak didik termuda yang berjaya membawa jenama dan perniagaanya berkembang, menerima 2 anugerah The Young Potential Entrepreneur dan The Best in Team Sales Development.

Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah The CEO SifuBad. KLIK SINI

Senarai penuh penerima anugerah Apprentice SifuBad. KLIK SINI

Tahniah diucapkan kepada semua anak didik SifuBad yang telah berjaya menerima awards di malam gilang gemilang bertemakan Crazy Rich Night ini. Diharapkan dengan penganugerahan ini dapat menjadi motivasi dan inspirasi buat anda dan semua usahawan serta anak didik kami.

Hasrat kami untuk 2022 adalah membantu membangun seramai mungkin pengasas perniagaan di Malaysia dan serantau, impian anda adalah impian kita bersama! Kami di SifuBad sentiasa bersedia untuk berjaya bersama anda.

Teruskan perjuangan dan buat sampai jadi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *