Tingkatkan Fans, Trafik dan Jualan dengan ‘Website Custom Audience’
Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan 3 strategi pemasaran untuk tingkatkan Facebook fans, trafik website dan jualan produk anda menggunakan fungsi Website Custom Audiences (WCA).
Jika anda tak tahu bagaimana cara buat Website Custom Audiences, anda boleh baca di sini
#1: Tingkatkan Facebook Fans
Untuk bina fans yang berkualiti, anda perlu target pada audiens yang bukan fans menggunakan ‘Interest‘ atau ‘Custom Audiences‘ yang berkaitan dengan fanpage anda.
Tapi dengan WCA, anda boleh target audiens yang pernah melawat website anda tapi bukan dari fanpage atau email list anda. Apa yang menariknya, mereka ini sudah mengenali anda dan anda akan dapat bina fans yang sangat berkualiti.
#2: Tingkatkan Trafik Websites
Untuk promosikan artikel baru, anda boleh post link artikel blog di fanpage untuk dapatkan trafik dari fans. Jika post tersebut mendapat banyak engagement, anda boleh mula promosikan pada bukan fans menggunakan ‘Interest‘ dan ‘Lookalike Audiences‘.
Dengan menggunakan WCA, anda boleh promosikan post pada audiens yang pernah melawat website anda dan ‘Exclude‘ audiens yang pernah baca post tersebut. Buat apa nak promosikan pada audiens yang pernah baca post tersebut kan?
#3: Tingkatkan Jualan Produk
Cara ini sesuai digunakan dalam Minisites dan Squeeze Page. Anda boleh buat iklan hanya untuk target pada audiens yang pernah melawat Minisites tapi masih belum buat pembelian.
Anda boleh buat 2 jenis iklan;
Untuk iklan pertama, anda target pada audiens yang sudah lawat pada Minisites. Bina WCA untuk Minisites tersebut.
Untuk iklan kedua pula, bina WCA untuk ‘Thank You Page‘ selepas audiens buat pembelian. Dengan cara ini, anda boleh ‘Exclude’ audiens yang telah berjaya buat pembelian dalam iklan anda.
Ok, itulah antara strategi pemasaran menggunakan WCA yang boleh anda cuba. Semoga berjaya!
Tip yang ringkas & menarik untuk dipraktikkan.
Saya suka guna ‘exclude’ tu.
Kita akan dapat audience yang lebih targeted.
Yang sudah beli, tak perlu iklan kepadanya.
Terima kasih tuan Jamal Sifu Fbads. 😀
sama2, WCA ini memang best kalau reti guna
saya nak blaja nie..
Salam. Maaf saya ni tak berapa nak faham. Mcmna nk guna exclude tu di fb ad? Saya cari juga dimana dari buku yang sy beli dr sifufbad.
Bingung byk tak faham mungkin slow learner.
Selain buku rm197 dgn cd banyak tu ada x buku yang bagu guideline pasal FBad mcmna nak pilih audience, exclude pembaca yang da baca post sama sebelum ni.
terima kasih atas perkongsian ini… ilmu yang sangat berguna dan praktikal…
sama2 tuan, semoga bermanfaat
salam….sy baru jer mula dalam bisness melalui fb ni…nak belajar lebih lagi…saya baca tips2 yg sifu beri tapi xfaham… saya try cari perkataan2 ni dalam page sy, xjumpa… ade tak tips2 utk beginer cam saya??? mohon bantuan sifu..
artikel yg ni dah advance. Untuk org baru.. akak boleh baca artikel ni http://sifufbads.com/blog/tips-tips/7-langkah-bagaimana-mula-bisnes-di-facebook-untuk-fanpage-baru/
Cayalah Sifu. Terima kasih tunjuk ajarku Sifu