7 SEBAB KOS FB ADS BOLEH NAMPAK MURAH

7 SEBAB KOS FB ADS BOLEH NAMPAK MURAH

kos_fbads_murah

CONVERSION TINGGI 

Katakan anda perolehi klik sebanyak 100 klik, kemudian dari 100 klik tersebut anda berjaya  close 10 buyer . Katakan kos per klik  mencecah RM0.30, jadi jika anda dapat 100 klik maka kosnya sudah RM30.

Tetapi, jika untung  dari sorang buyers adalah RM30, maka untuk 10 buyer anda sudah perolehi untung sebanyak RM300!  ROI yang sangat bagus. Untuk mendapatkan hasil  conversion yang tinggi biasanya boleh dicapai apabila audiens yang betul-betul targetted, seperti contohnya menggunakan web custom audiens (retargetting) dan target pada fans.


MARGIN BESAR
 

Jika anda menjual sesuatu produk yang mempunyai margin untung sehingga RM100 seunit, memang best! Katakan anda boleh dapatkan  sebanyak 1000 trafik  dan anda dapat 7 pembeli dari trafik tersebut.

Jadi untung kasar yang anda akan perolehi adalah sebanyak RM700, katakan kos per klik yang anda dapat RM0.30, jadi untuk 1000 klik kos nya adalah RM300 dan untung bersih yang anda perolehi adalah sebanyak RM400!


ORANG BELI LEBIH DARI SATU

Jika anda berjaya close mereka untuk membeli lebih dari 1 unit itu memang best! Satu pembeli akan memberikan ‘bonus’ berganda kepada anda walaupun kos iklan mahal.

Anda tidak perlu takut jika kos iklan anda mahal kerana ianya telah diserap oleh keuntungan yang diperolehi dari pembelian berganda oleh pembeli tadi. Untuk menjayakan teknik ini, anda boleh gunakan kaeda upsell, jualan pakej dan juga jualan borong.
REPEAT ORDER

Kos untuk dapatkan seorang pelanggan terlalu mahal tetapi apabila mereka repeat order, memang best! Setiap bulan mereka akan beli lagi dari anda, yang bestnya bukan anda yang cari mereka tetapi mereka yang cari anda!

Biasanya produk yang ada potensi untuk repeat order ini adalah  jenis produk-produk kesihatan, produk kecantikan dan produk rumahtangga. Kos promosi hanyalah sekali sahaja tetapi untungnya berkali-kali!
PRODUK MLM

Anda dapat pelanggan, anda dapat ahli baru dan anda akan dapat point. Setiap kali mereka membeli, setiap kali mereka gunakan produk tersebut, anda yang dapat untung. Walaupun mereka tidak lagi membeli dari anda. Buat sekali untung berterusan!


LANGGANAN

Mereka membayar untuk langganan terawal terlebih dahulu. Mereka nak cuba produk anda dahulu. Jika mereka berpuas hati, mereka akan membayar untuk langganan seterusnya. Contohnya: langganan webhosting, software bisnes, sistem autoresponder, servis cuci ofis, membership, tuisyen.


REFERAL

Anda dapat pelanggan, jika produk anda memuaskan hati mereka, mereka akan syorkan pula produk anda kepada rakan mereka. Anda dapat pembeli baru tanpa keluarkan sebarang kos. Tesimoni yang banyak dan engagement yang tinggin pasti anda boleh hasilkan jualan tanpa iklan!

 

Untuk pengetahuan anda, sesetengah produk itu tidak semestinya mendatangkan hasil dalam  masa & hari yang sama anda gunakan FB Ads. Mungkin esok, lusa, minggu depan atau bulan depan baru kita dapat lihat hasilnya.

Oleh itu, jangan berputus asa! Selamat mencuba!

[sam_ad id=”1″ codes=”true”]

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.