KENAPA PRODUK TAK LAKU? INI PUNCANYA…

Korang rasa frust sebab produk korang tak laku macam yang diharapkan?

Penat lelah korang siang malam, tapi tapi jualan masih sendu. Mesti rasa frust kan? Jangan risau, korang tak keseorangan.

Ramai usahawan lain yang hadapi masalah yang sama.

Mungkin korang tertanya-tanya apa yang tak kena dengan produk korang.

Saya nak share 3 sebab utama kenapa produk kita tak laku, dan macam mana kita boleh improve dan tingkatkan lagi conversion rate.. Let’ go!

#1. Takde USP

USP ni macam identiti produk kita, tanpa identiti, produk kita takde beza dengan yang lain.  

Ia adalah sebab utama kenapa pelanggan patut pilih produk kita, berbanding produk pesaing.

Kalau produk korang takde USP, macam mana nak tarik perhatian pelanggan?

Bayangkan kita jual kopi. Takkan kopi biasa je? Dah ramai jual kopi, apa yang spesial?

Tapi kalau kita jual kopi yang boleh bagi tenaga 2 kali ganda dari biasa, haaa itu dah lain cerita. Lebih menarik, kan?

Pelanggan nak sesuatu yang berbeza, bukan sekadar kopi biasa.

USP kena jelas, dan mudah orang faham.

Tanpa USP yang jelas, produk kita boleh jadi sama je macam beratus-ratus produk lain kat pasaran.

Pelanggan pun susah nak nampak kenapa diorang patut beli dari kita.

Jadi, USP yang kuat sangat penting untuk tarik minat dan perhatian pelanggan.

Kenapa USP penting?

  • Pasaran sekarang ni dah sesak gila dengan pelbagai produk.
  • Kalau produk korang takde USP, ia akan tenggelam dalam lautan produk lain.
  • USP akan bantu produk kita menonjol dan menarik perhatian pelanggan.

Dengan adanya USP, produk kita akan nampak lebih bernilai di mata pelanggan.

Mereka akan rasa produk kita ada sesuatu yang istimewa dan berbaloi untuk dibeli.

Kita mungkin terpaksa bersaing dengan pesaing lain hanya berdasarkan harga.

Ini boleh jadi taktik yang berbahaya sebab selalu turunkan harga untuk bersaing boleh makan margin keuntungan kita.

Produk dengan USP yang kuat tak perlu bergantung pada harga murah sebab pelanggan nampak nilai tambah yang ditawarkan.

Macam mana mencipta USP yang kuat?

  • Kita kena faham siapa pelanggan korang dan apa yang mereka perlukan.
  • Buat kajian pasaran dan kenali target audience korang dengan mendalam.
  • Cuba kenal pasti kelebihan produk korang yang tak ada pada produk pesaing.

Fokus pada kelebihan tersebut dan jadikan ia sebagai USP produk korang.

Bukan tu je, kita juga kena kaji pesaing, apa yang mereka tawarkan, dan bagaimana kita boleh buat lebih baik.

Mungkin dari segi bahan yang digunakan, teknologi yang diterapkan, atau mungkin dari segi servis tambahan yang kita tawarkan.

#2: Takde inovasi

Kita boleh memperkenalkan idea baru, produk baru, atau cara baru untuk buat sesuatu, yang buat produk atau servis kita lebih baik, lebih cepat, lebih murah, atau lebih menarik kepada pelanggan.

Inovasi ni penting sebab ia boleh bantu kita kekal relevan dalam pasaran yang sentiasa berubah.

  • Pelanggan sekarang ni sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik.
  • Kalau produk kita takde inovasi, pelanggan akan cepat bosan dan beralih kepada produk pesaing yang lebih menarik.
  • Bila korang takde inovasi, produk korang jadi susah nak bersaing.

Pesaing lain mungkin datang dengan idea-idea baru yang lebih menarik minat pelanggan.

Kita boleh cari cara baru untuk buat kerja dengan lebih cepat dan lebih efisien, sekaligus menjimatkan masa dan kos.

Kita kena sentiasa peka dengan apa yang tengah trending dalam industri korang.

Ikut perkembangan teknologi, faham apa yang pelanggan nak, dan cuba implement trend-trend terbaru dalam produk kita.

Contohnya, kalau kita dalam industri fesyen, pastikan kita tahu apa warna dan design yang tengah hot sekarang.

Macam mana nak tahu?

Pelanggan adalah sumber terbaik untuk tahu apa yang boleh diperbaiki.

  • Kita perlu dengar feedback dan ambil serius apa yang mereka cakap.
  • Dari situ, kita boleh dapat idea-idea baru untuk inovasi.

Laburkan masa dan wang untuk R&D. Ini penting untuk pastikan kita sentiasa ada idea baru dan cara untuk implement idea tersebut.

Buat eksperimen, test dan jangan risau kalau gagal, sebab dari situ, kita akan dapat banyak idea yang luar biasa untuk improvement.

#3: Tak buat marketing

Produk korang dah cukup power, tapi jualan masih sendu?

Korang dah buat yang terbaik dari segi kualiti produk, tapi kenapa masih tak laku?

Puncanya sebab marketing..

Tanpa marketing, produk korang susah nak dapat exposure dan pelanggan takkan tahu kewujudan produk korang.

Ada banyak cara untuk buat marketing.

Antaranya ialah melalui media sosial, iklan online, email marketing, content marketing, SEO, dan banyak lagi.

Pilihan strategi marketing kita bergantung pada produk kita, target market kita, dan bajet kita.

Contohnya, kalau target market kita adalah golongan muda, mungkin kita boleh fokus pada media sosial seperti Instagram atau TikTok.

Kalau target market kita adalah golongan profesional, mungkin kita boleh fokus pada LinkedIn atau email marketing.

Tapi, bukan semua strategi marketing akan berkesan untuk semua produk atau target market.

Jadi, kita kena eksperimen dan lihat apa yang berkesan untuk kita. 

Dengan strategi marketing yang tepat, kita boleh sampaikan mesej iklan kepada orang yang memang berminat dan memerlukan produk kita.

Ianya juga membantu membina trust dan kredibiliti jenama kita.

Bila kita buat marketing yang konsisten dan berkualiti, pelanggan akan mula percaya dan yakin dengan produk kita.

Tanpa marketing, susah untuk kita bina hubungan yang kuat dengan pelanggan dan meyakinkan mereka tentang kelebihan produk kita.

Sebelum buat marketing, kita kena kenal siapa target market kita.

  • Siapa mereka?
  • Apa kehendak dan keperluan mereka?
  • Di mana mereka selalu habiskan masa?

Bila dah faham target market, kita boleh cipta strategi marketing yang lebih fokus dan relevan.

Promosi dan event adalah cara yang baik untuk tarik perhatian dan minat pelanggan. Korang boleh buat diskaun, giveaway, atau contest untuk galakkan orang mencuba produk korang.

Selain itu, event seperti workshop, atau collaboration dengan influencer juga boleh bantu meningkatkan visibility jenama korang.

Harap korang boleh faham…

Sekarang korang dah faham kenapa produk kita mungkin tak laku, kan?

Itulah 3 sebab utama kenapa produk kita tak laku di pasaran.

Kalau kita tak ambil tindakan sekarang, bukan senang nak bersaing dengan brand2 lain yang lebih laju.

Jadi, kena pastikan produk kita ada USP, sentiasa buat inovasi, dan buat marketing secara konsisten.

Barulah bisnes kita boleh kekalkan jualan dan kekal relevan dalam industri.

Semua faktor ni saling berkaitan dan penting untuk kejayaan produk korang.

Bila korang dapat atasi ketiga-tiga isu ni, korang boleh memperbaiki strategi bisnes dan meningkatkan jualan produk.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *