|

CUSTOMER ADA BANYAK PILIHAN, INILAH SEBAB KENAPA FOUNDER PERLU BUAT BRAND AWARENESS!

Dunia bisnes semakin high competition. Terlalu banyak brand baru muncul. Kalau kita masih selesa, diorang bakal benamkan brand kita.

Bagaimana nak buat brand kita dikenali dan diingati oleh ramai orang?

Ya, brand awareness. Kalau orang tak kenal brand kita, macam mana orang nak beli produk kita, kan?

Dalam post ni, saya nak kongsikan strategi dan idea macam mana kita mencipta brand awareness, untuk founder yang nak kekal bertahan.. dan kembangkan bisnes ke level yang lebih tinggi!

Jadi, kalau korang nak tahu apa yang perlu buat, teruskan membaca!

Ok, apa tujuan brand awareness? Kenapa ianya penting?

BRAND AWARENESS, adalah untuk;

1. Buat orang SEDAR tentang brand kita. Bila sedar, baru orang tahu kita wujud.. Orang hanya deal dengan brand yang wujud!

Macam mana nak expect orang beli atau support kita kalau diorang tak tahu pun kita wujud, kan?

Dalam dunia yang penuh dengan gangguan dan info daripada pesaing2, bukan mudah nak buat orang sedar pasal brand kita ni. Sebab itulah, kita kena konsisten buat brand awareness!

2. Buat orang KENAL dengan brand kita. Kenal macamana? Melalui “brand identity” yang kita tonjolkan.. Melalui nama, warna, logo, characteristic, produk, specific value dll lagi.. Zaman skrg, orang lebih prefer membeli dari brand diorang kenal tau..

Nak buat orang kenal dengan brand kita ni, kita kena tunjuk apa yang kita buat, produk apa yang kita offer, dan apa yang buat kita unik.

Selain tu, kita boleh juga cerita pasal brand kita.

Citerlah tentang journey kita, cerita apa yang mempengaruhi kita untuk develop brand ni, dan kenapa sangat kita passionate.

Bila kita kongsi cerita ni, orang akan lebih kenal dan connect dengan brand kita.

3. Buat orang FAMILIAR, iaitu biasakan diri dengan brand korang tau.. Dah biasa, lebih senang diorang mencuba, atau memilih kita.

Bila kita familiar dengan sesuatu, kita rasa selesa dengan brand tu, kan? Kita tak rasa asing atau takut nak cuba.

Kena ada konsistensi dalam cara kita present brand kita.

Maksudnya, guna appearance yang sama dalam design, warna, dan logo. Dengan cara ni, diorang lebih mudah kenal dan familiar brand kita.

Contoh, kalau kita nak beli smart phone, kita lebih cenderung nak cuba brand yang kita pernah dengar, macam Apple, Huawei, Samsung atau Oppo. Sebab kita familiar dengan brand ni, kita rasa yakin dengan value produk diorang.

4. Buat orang INGAT! Hat ni yang susah ni.. Orang hari ni terdedah dgn byk kempen brand awareness dari bermacam2 brand.. Kalau korang tka berjaya buat orang ingat brand korang, buat penat je la.. Habis duit ja! Habis usaha ja..

Orang senang lupa. Kita nak jadi jenama yang “top of mind” bila orang perlukan produk yang kita tawarkan.

Macam mana nak buatkan  brand kita ada dalam otak diorang 24/7?

Kita kena buat branding yang memorable. Ni termasuk la logo dan tagline. Logo dan tagline yang catchy, unik, boleh buatkan brand kita melekat dalam ingatan diorang.

Contohnya, kalau kita buat pakaian, kita nak orang terus teringat pasal brand kita, bila diorang nak beli baju. Nak buat diorang kata, “Oh, aku nak baju baru, jom pergi kedai jenama X!” Kalau kita berjaya buat orang ingat, kita dah jadi pemenang!

Strategy brand awareness…

Dalam brand awareness, kita biasanya lakukan banyak kempen untuk cipta awareness ni.. saya share sikit beberapa strategy yang korang boleh cuba…

1. Maybe kita buat konten secara konsisten, dengan mencapai audien sasaran juga secara konsisten..

Kalau kita nak jadi macam brand yang orang ingat, kita kena selalu ada konten yang padu dan high impact.

Tak kira kalau kita guna platform media sosial, blog, atau YouTube, kunci utama ialah konsistensi.

Post secara konsisten setiap hari, dan pastikan konten tu relevan dengan brand kita.

Jangan lupa untuk targetkan audiens sasaran kita.

Contohnya, kalau kita jual pakaian kanak-kanak, kita kena fikir macam mana nak buat konten yang menarik untuk ibu bapa. Yang penting, konten kita kena bagi nilai tambah kepada audiens kita.

2. Maybe kita buat advertising? Yang buat orang sentiasa sedar kewujudan kita..

Kalau kita nak orang sentiasa sedar kewujudan kita, iklan adalah jalan yang baik.

Tapi ingat, iklan tak semestinya kena ambil pakej mahal.

Ada banyak platform iklan yang boleh kita guna dengan bajet yang rendah, seperti Facebook Ads, Tiktok Ads atau Google Ads.

Yang penting, iklan kita kena kreatif dan berkesan. Cuba buat copywriting yang menarik, unik.. dan guna gambar atau video yang eye-catching.

Bila orang nampak iklan kita, mereka akan teringat pasal jenama kita.

3. Buat influencer marketing? Biar orang sentiasa bercakap pasal brand kita..

Influencer marketing ni adalah jalan shortcut dan pantas untuk dapatkan perhatian orang.

Cari influencer yang sesuai dengan brand kita dan bagi diorang bercakap pasal jenama kita.

Followers diorang akan terpengaruh dengan apa yang diorang bercakap pasal brand kita.

Pastikan influencer yang kita pilih tu mempunyai nilai dan imej yang relevan dengan brand kita. Jangan pilih ikut kuantiti followers saja. Kualiti followers lebih penting!

4. Publisiti free dari pelanggan2 kita? Yang menceritakan tentang brand kita..

Satu lagi cara yang lebih powerful adalah review, testimoni dan feedback daripada customer kita sendiri.

Bila customer puas hati dengan produk kita, diorang akan mula bercakap pasal kita dan share dengan rakan2 dan family.

Untuk buat benda ni, kita kena berikan pengalaman yang luar biasa kepada customer kita. Bila diorang suka, diorang akan jadi promoter kita secara percuma.

Kita boleh gunakan testimoni customer dalam kempen marketing kita.

5. Kita buat collobration yang buatkan pelanggan dari brand tertentu makin dekat dgn kita?

Ini bukan sahaja boleh tambah nilai untuk customer kita, tapi juga boleh tarik new customer dari brand lain.

So, bagaimana kita buat kolaborasi ni?

Contohnya, kita jual makanan. Kita boleh cari restoran lain yang jual minuman. Lepas tu, kita buat promosi bersama, macam combo makanan dan minuman, harga special, atau apa-apa yang boleh tarik perhatian pelanggan.

Ianya bukan hanya tarik pelanggan. Kita juga boleh belajar dari brand lain. Macam mana diorang buat promosi, cara diorang handle pelanggan, dan lain2 lagi.

Selain tu, strategi ini juga boleh tambah variety dalam jenama kita. Customer suka pilihan, kan?

Tapi, ingat, jangan kerjasama dengan brand yang tak sesuai dengan value brand kita.

Contohnya, kalau kita jual produk kesihatan, tak sesuai kot collab dengan jenama makanan pantang. Nanti customer boleh confuse, dan boleh berikan kesan buruk kepada reputasi brand kita.

6. Billboard? Radio? Muncul di tv? Buat event? Dan sebagainya..

Kalau bajet kita lebih tinggi, kita boleh pertimbangkan untuk buat iklan di billboard, iklan di radio, atau muncul di TV.

Tapi ingat, kos iklan yang tinggi, belum tentu sales kita juga tinggi!

Selain itu, kita juga boleh buat event atau promosi di tempat public. Bila orang dapat tengok brand kita secara langsung, kesan dia lebih kuat.

Event-event ni boleh jadi peluang bagus untuk buat brand kita dikeneali lebih ramai.

Harap korang belajar sesuatu daripada sharing saya ni…

Jadi, itulah beberapa strategi yang boleh kita cuba untuk cipta brand awareness yang padu dan high impact.

Tujuan ni penting untuk bantu bisnes kita grow, dan mampu bersaing dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Tapi ingat, brand awareness bukan benda yang berlaku dalam sehari. Ia memerlukan usaha, konsistensi, dan strategi yang betul.

Kita kena sentiasa fokus untuk tambah value kepada customer. Dengan usaha yang betul, kita boleh buat brand kita menjadi yang paling top dalam market!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *