7 BAHAN UTAMA HASILKAN IKLAN FESBUK ADS LEBIH “BERASAP”

Tahukah anda..Facebook ada umumkan yang sekarang ada lebih 3 million orang buat iklan fesbuk ads..Kebanyakkan mereka adalah usahawan cam anda semua..Sifufbads dapat agakkan sekarang anda sedang pikir…

“Owwh…Patutler iklan asyik tak ok jer..Mahal..Dapat lak orag tah apa2..”

Jadi petang ni, Sifufbads berminat nak sharing2 skit tentang 7 ingredient utama yg WAJIB anda sebagai usahawan amik ‘port’..Tanpa 7 bahan ni, tak mungkin anda dapat result iklan yg baik dan bagus serta JIMATKAN kos marketing..

Apa 7 bahan tersebut?..

#1: LOKASI 

Anda kena tentukan lokasi mana yang anda nak iklankan..Specific-kan iklan kepada kawasan2 tertentu..Sebaiknya, untuk 1 adset anda hanya pilih 3 lokasi sahaja..Lebih baik, jika anda pilih satu2 lokasi..Ni sebab ia lebih mudah untuk anda nak analisa dan optimize iklan anda nanti jika iklan tersebut tak berapa baik..
.
Dan di Facebook, ada 3 tempat utama yang boleh anda buat iklan berbayar..Pertama, guna Boost Post..Kedua, Ads Manager dan Ketiga adalah Power Editor..Masing2 ada pros and cons..Kalo nak cite kat sini, memang panjang jadinya…InsyaAllah, Sifufbads akan cuba kongsikan pada anda time lain..Ok…

#2: AUDIEN 

Audien ada macam2…Kat sini, Sifufbads bahagiakan pada 3 jenis..Cold Audience, Warm Audience dan Hot Audience…Apa beza 3 audience ni? Meh Sifufbads explain pada anda..

Cold Audience – Adalah mereka yang tak kenal anda..Pendek kata Cold Audience adalah SUSPECT anda…

Warm Audience – Adalah mereka yang kenal anda tapi belum membeli dengan anda..Mereka ni mungkin fans anda..Followers anda..Dan database anda…Golongan ni dalam kata lain adalah PROSPEK anda..

Hot Audience – Mereka dah pernah membeli dan selalu repeat beli dengan anda…Kiranya mereka ni cam Die Hard Fans anda ler..Mereka ni adalah CUSTOMER dan LOYAL CUSTOMER anda…

Adalah LEBIH BAIK jika anda dapat targetkan iklan pada golongan Warm dan Hot Audience kerana mereka lebih berkualiti..

#3: BUDGET 

Untuk budget, anda perlu sediakan budget marketing..Cuba anda setkan untuk 1 bulan..Permulaan anda mungkin letakkan budget dalam RM300~500..Dan monitor iklan..

Tak mestinya, jika budget anda besar, anda boleh dapat sales besar..Belum tentu taw..Silap hari bulan..Sales kemana..Produk kemana..Rugi jer dapat..

Keypoint disini..TENTUKAN BUDGET ANDA…

#4: LINKS 

Jika anda ada website dan nak orang membeli dari website anda, anda boleh masukkan link website…So, anda boleh guna Facebook Pixel untuk track conversion yang berlaku semasa iklan dijalankan…

Facebook pixel pon Sifufbads plan nak cover next time…Tapi untuk anda yang masih beginner,boleh abaikan topik LINK ni..

#5: GRAFIK

Ni antara element TERPENTING, kalo tak de grafik..Iklan anda mungkin lebih hambar..Sebab grafik ni bertindak sebagai STOPPER mata audience anda untuk berhenti dan tengok iklan…

Sebaiknya, hasilkan grafik yang menarik dan nampak professional..Grafik yg Sifufbads maksudkan ni adalah GAMBAR dan VIDEO yer…Yang penting juga, grafik anda mesti ikut SPEC yg dah facebook tetapkan…

#6: COPYWRITING 

Copywriting adalah element kedua terpenting dalam iklan anda..Untuk hasilkan iklan yg menarik, copywriting anda mesti iklan FORMAT..

Apa formatnya? Copywriting mesti ada HEADLINE, ada INTRO, ada FAB, ada CONVIENCE dan ada CALL-TO-ACTION..Kalo nak cite bab copywriting ni, sampai esok pon tak habis..

#7: RESULT 

Bila dah buat iklan, mesti nak tengok result kan..Result iklan anda BERGANTUNG pada perkara2 diatas tadi…Yang penting buat…

Rasanya setakat ni dulu input yg Sifufbads boleh bagi..Semoga anda dapat sesuatu dari sharing ni..Jangan lupa tonton FINAL CEO DESA petang ni pukul 5.30 petang di TV3 yer…

Sapa sini, yg belajar sesuatu dari sharing ni? KOMEN “sy”..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *