BAGAIMANA NEW FOUNDER NAK JADI ‘GREAT LEADER’ UNTUK EXPAND BISNES?

Sebagai seorang founder, kita juga mestilah seorang leader, betul tak? Nak jadi leader ni bukan mudah.

Ramai founder yang stress dan buntu macam mana cara sebenar nak jadi leader. Tak kira la founder baru atau lama. Pasti akan rasa macam ni.

Mungkin diorang tak pasti cara nak motivate team, susah nak delegate kerja, tak tahu nak handle konflik dalam team, atau rasa burn out sebab terlalu banyak manage tanggungjawab yang berat.

Dalam post ni, saya nak kongsikan cara-cara dan step bagaimana jadi leader yang mampu manage team dan grow company dengan lebih efektif..

Sedia? Let’s go!

#1: Kenali Diri

Dalam perjalanan nak jadi leader dalam bisnes, langkah pertama yang paling penting adalah kenali diri sendiri.

Bila kita kenal diri sendiri, baru kita boleh tahu macam mana nak lead dengan style yang kita selesa. Jom, saya share macam mana nak buat ni…

1. Reflect dan Self-Discovery: Kita kena cari masa yang tenang dan relax untuk berfikir..

Apa benda yang kita suka buat? Bila kita buat benda tu, rasa sangat excited?

Maybe kita suka handle projek besar, atau kita lebih enjoy deal dengan people.

Senaraikan semua ciri2 leadership yang ada dalam diri kita.

2. Tanya Kenalan: Sometimes, kawan-kawan kita ni boleh nampak benda yang kita tak perasan.

So, tanya diorang. Tanya diorang apa kelebihan yang kita ada dalam leadership.

Maybe diorang kata kita selalu organize events yang best, or kita selalu ada good solutions bila diorang ada masalah.

3. Past Experience: Lepas tu, ingat balik kita punya past experiences. Ada tak benda-benda yang kita buat dulu, buat kita rasa confident dan berjaya?

Maybe time sekolah dulu, kita jadi ketua kelas atau kita ada jadi captain untuk sports team.

Experiences ni boleh bantu dedahkan kekuatan leadership kita.

4. Kelemahan Juga Penting: Tak cukup dengan kenal kekuatan je, kita kena kenal kelemahan kita juga. Ni penting sebab kita boleh improve dan perbaiki diri.

Jadi, tanya diri sendiri, apa yang kita takut atau rasa tak confident nak buat?

Maybe kita tak suka speak in public, or kita tak berapa suka dengan numbers.

Jangan risau, kita semua ada kelemahan.

5. Buat Analisis: Compile semua info yang kita dapat dari langkah-langkah tadi.

Bila kita dah kenal diri sendiri, kita boleh tentukan leadership style.

Kita suka jadi leader yang focus on details ke, or kita more into motivating people?

Lepas kita tahu ni, kita dah boleh set untuk next steps..

Faham? Okay, sambung…

#2: Skill Berkomunikasi

Nak jadi leader dalam bisnes, komunikasi adalah satu-satunya skill yang sangat penting. Kita perlu banyak berkomunikasi!

Kalau kita tak pandai communicate dengan team, susah nak jadi leader.

Tapi macam mana? Okay, saya ada share bawah ni…

1. Banyak Mendengar, Kurangkan Bercakap: Bila kita dengar, kita dapat paham apa yang orang lain nak sampaikan.

Jadi, jangan terburu-buru nak reply, tunggu sampai diorang habis cakap, baru kita respond.

Ini bukan sahaja buat orang lain rasa dihargai, tapi juga boleh elakkan salah faham.

2. Gunakan Bahasa Badan: Bahasa badan ni penting dalam komunikasi.

Mimik wajah dan gerak badan yang sesuai, boleh bantu kita sampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Bila team lihat kita sebagai leader yang best dan friendly, diorang pun akan lebih responsive.

3. Sediakan Mesej Yang Jelas: Pastikan mesej kita jelas dan mudah faham.

Bila kita communicate, kita nak orang faham apa yang kita cakap.

Jadi, tak payah guna ayat yang berbelit-belit. Keep it simple and straightforward.

4. Berlatih Public Speaking: Sekiranya kita berpeluang untuk bercakap di depan ramai orang, jangan tolak peluang tu.

Ini dapat tingkatkan kemahiran komunikasi kita dengan lebih cepat.

Jangan takut kalau nervous. Semua orang nervous pada mulanya.

Latihan yang berterusan akan buat kita semakin selesa, dan dapat kawal nervous.

5. Fikir Sebelum Cakap: Sebelum bercakap sesuatu, kita perlu berfikir dulu.. apa yang kita nak sampaikan? Apa kesannya kepada diri kita atau orang lain?.. supaya kita boleh communicate dengan lebih jelas dan ada objektif.

Kurangkan membebel dan sembang kosong. Team akan abaikan apa yang kita cakap.

Diorang akan susah nak dengar arahan kita nanti.

6. Beri Feedback Yang Konstruktif: Kalau kita jadi leader, memberi feedback dan nasihat yang baik boleh membantu team kita improve.

Tapi pastikan feedback tu konstruktif, bukan sekadar kritikan.

Nak lagi? Teruskan membaca…

#3: Jadi Role Model

Kalau kita tak jadi role model yang bagus, susah nak inspire team untuk follow arahan kita.

So, mari kita explore macam mana nak jadi contoh yang baik.

1. Integrity Dan Etika Kerja: Apa yang kita janji, kita patut tepati.

Jangan buat benda yang melanggar prinsip atau undang-undang.

Bila kita tunjuk integriti, orang lain akan hormat kita.

2. Tepati Janji: Bila kita berjanji nak buat sesuatu, pastikan kita tepati janji tu.

Kalau janji nak hantar projek pada tarikh tertentu, pastikan projek tu siap tepat pada masanya.

Bila kita buat kerja dengan baik, orang akan tengok kita sebagai contoh yang baik.

3. Selalu Berkongsi Ilmu Dan Pengalaman: Leader perlu la mendidik, mengajar ilmu dan share pengalaman diri dengan orang lain.

Bila kita tunjuk kat team cara yang betul, mereka akan lebih respect kita.

4. Motivasi Dan Dorong Team: Sebagai leader, tugas kita adalah motivate dan influence team kita.

Bila team kita tengok kita semangat dan positif, mereka pun akan ikut semangat tu.

So, kita perlu jadi sumber motivasi yang baik.

5. Jangan Takut Ambil Risiko: Kalau kita takut, team kita pun akan rasa takut.

Tapi kalau kita tunjuk yang kita berani ambil risiko dengan bijak, mereka pun akan lebih confident.

6. Beri Support: Kita perlu jadi leader yang sentiasa support dan bantu team.

Kalau ada team member yang ada masalah atau perlukan bantuan, berikanlah sokongan yang diperlukan. Ini akan buat team kita rasa dihargai.

7. Work Life Balance: Jangan asyik sibuk kerja, sampai lupa tentang family dan kebahagiaan diri sendiri.

Bila kita tunjuk contoh yang baik, orang lain pun akan lebih suka ikut kita.

Seterusnya, kita perlu sentiasa improve dan upgrade diri…

#4: Upgrade Ilmu & Skill

Dalam dunia bisnes yang sentiasa berubah, satu perkara yang penting ialah sentiasa belajar dan berkembang.

Kalau kita berhenti belajar, kita akan ketinggalan. Jadi, apa yang kita perlu buat?

1. Jadikan Membaca Sebagai Habit: Baca buku-buku berkaitan dengan bisnes, leadership, dan perkara-perkara yang boleh tingkatkan kemahiran kita. Ini akan bukakan minda kita lebih luas.

2. Sertai Kursus Dan Seminar: Join kursus dan seminar berkaitan dengan bidang kita.

Benda ni bukan sahaja boleh tingkatkan pengetahuan, tapi juga boleh buat kita kenal orang baru dan expand network kita.

3. Cari Guru Atau Mentor: Mentor atau guru dalam bidang kita boleh bantu kita belajar dengan lebih pantas.

Mereka dah lalui pengalaman dan boleh kongsi pengalaman tu dengan kita.

Jangan malu untuk minta nasihat dari mereka.

4. Buat Keputusan Berdasarkan Data: Dalam dunia digital sekarang, data adalah segalanya.

Belajar cara menggunakan data untuk buat keputusan yang lebih bijak. Bila kita ada data yang betul, kita boleh plan langkah yang lebih tepat.

5. Kongsikan Ilmu Dengan Orang Lain: Jangan simpan ilmu hanya untuk diri sendiri. Kongsikan ilmu dengan orang lain.

Bila kita kongsikan ilmu, kita akan lebih faham dan kuasai benda tu dengan lebih baik.

Next, ini perkara paling penting dalam leadership…

#5: Rajin Bernetworking

Dalam dunia bisnes, salah satu perkara yang paling penting adalah networking atau berkenalan dengan ramai orang.

Kalau kita tak ber-networking, bisnes kita sangat susah nak grow.

Saya nak share macam mana cara nak bernetworking…

1. Attend Event Bisnes: Kita kena rajin join event2 yang relate dengan industri kita.

Ini adalah peluang terbaik untuk kenal orang baru dalam niche yang sama.

2. Bawa Kad Bisnes: Kena selalu simpan kad bisnes dalam poket kita.

Kad bisnes adalah alat penting untuk bertukar maklumat bisnes dengan orang lain.

Pastikan kad bisnes kita lengkap dengan maklumat terkini.

3. Banyakkan Bertanya: Bila kita berbual dengan orang lain, banyakkan mendengar dan bertanya soalan.

Tanya tentang bisnes mereka dan dengar apa yang mereka kata.

Bila kita tunjuk minat, orang lain akan lebih suka nak berkenalan dengan kita.

4. Follow Up: Jangan lupa untuk follow up dengan orang-orang yang kita jumpa.

Hantar email atau mesej ringkas untuk ucapkan terima kasih.

Tunjukkan kita  menghargai masa yang mereka luangkan dengan kita.

5. Online Networking: Kita juga boleh networking secara online.

Gunakan sosial media untuk engage dan berkenalan dengan founder bisnes yang lain.

Pastikan profil kita lengkap dan up-to-date.

6. Bantu Bisnes Lain: Networking bukan hanya untuk minta tolong atau JV je.

Cuba fikir cara bagaimana kita boleh membantu bisnes founder lain.

Dengan cara ini juga, founder lain pun akan lebih bersedia untuk membantu kita balik.

7. Cari Key Players: Berkawanlah dengan key players yang ada high authority.

Cuba cari jalan bagaimana nak network dengan mereka.

Kenapa? Sebab mereka pun boleh jadi pintu masuk dengan peluang baru untuk company kita.

Kenapa Perlu Jadi Great Leader?

Bila korang jadi leader yang power, impaknya tak hanya dalam bisnes korang, tapi juga dalam kehidupan orang-orang yang korang pimpin.

Korang boleh bantu team korang berkembang, dan bawa bisnes korang ke tahap yang lebih tinggi.. dan korang boleh mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

Dan yang paling penting, korang akan menjadi contoh kepada orang lain.

Korang boleh memotivasikan orang lain untuk jadi lebih baik.

Korang boleh jadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

Tapi, ingat, jadi leader ni bukan satu perjalanan yang cepat. Perlu ada progress.

Masalah akan datang, cabaran akan tiba pada bila-bila masa je, tapi kalau korang ada ilmu dan sikap yang betul, korang boleh hadapi semua tu.

Masa depan bisnes korang, team korang, dan diri korang sendiri, bergantung pada langkah-langkah yang korang ambil sekarang.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *