TEAM SLOW, MALAS & TAK PRODUKTIF? INI STEP YANG FOUNDER PERLU BUAT…

Kalau korang tengah rasa stress sebab team korang slow, malas, dan tak produktif.. bukan korang sorang je!

Hari ni, ramai founder mengalami masalah yang sama..

Tapi, kalau dibiarkan.. bisnes korang dalam bahaya! Apa yang bakal berlaku nanti?

  • Hilang Matlamat: Team yang tak produktif ni boleh menyebabkan matlamat dan sasaran korang terbengkalai. Bila matlamat tak tercapai, bisnes korang mungkin akan terjejas.
    .
  • Kos Meningkat: Isu slow dan malas dalam pasukan boleh menyebabkan kos operasi bisnes meningkat. Bayangkan kerugian kalau projek tertangguh terlalu lama atau kualiti kerja tak memuaskan.
    .
  • Reputasi Terjejas: Kalau produk yang korang jual tak berkualiti, reputasi perniagaan korang boleh terjejas. Reputasi yang buruk boleh mengakibatkan hilangnya pelanggan setia.
    .
  • Persaingan Lebih Sengit: Dalam dunia bisnes, masa adalah emas. Kalau team lambat, korang akan ketinggalan dengan pesaing-pesaing yang lebih cekap dan pantas bertindak.
    .
  • Pekerjaan Berterabur: Isu tak produktif ni boleh menyebabkan kerja-kerja terabur. Bila tak ada perancangan yang baik, projek-projek boleh terhenti atau tertangguh!

Kenapa Team Slow dan Tak Produktif?

Kita perlu apa sebabnya team kita jadi macam tu? Kalau tak faham puncanya, macam mana nak cari penyelesaiannya, kan?

Ada kemungkinan diorang tak reti buat kerja. Ini boleh jadi sebab mereka jadi slow dan tak confident dengan kemahiran diorang.

Lagi satu, mungkin diorang tak nampak matlamat yang jelas. Kalau diorang tak tahu apa yang sepatutnya mereka capai, memang susahlah nak fokus dalam kerja.

Bila kita tak explain apa objektif, atau tak plan kerja dengan betul, confirm team tak tahu apa yang sepatutnya diorang patut buat.

Nampak tak, isu ni bukan main-main! Jadi, teruskan baca kalau korang nak tahu bagaimana ubah team supaya lebih produktif! Jom mulakan…

#1: Kekalkan Motivasi Team Untuk Bekerja

Macam mana nak tukar mood dan attidude dalam team kita tu, daripada seorang yang pemalas kepada pekerja yang lebih produktif?

Ini beberapa langkah yang kita boleh buat…

1. Meeting: Cuba jumpa ahli pasukan korang satu persatu.

Duduklah sekejap dengan diorang.Tanya macam mana perasaan diorang, dan apa yang boleh buat untuk bagi diorang lebih bersemangat bekerja.

Dengar pendapat dan luahan diorang!

2. Pengiktirafan: Bila diorang buat kerja yang bagus, hargailah usaha diorang.

Berikan pujian dan penghargaan.

Ini boleh buat diorang rasa lebih bersemangat nak buat lebih baik lagi.

3. Reward: Kalau ada bajet, bolehlah bagi ganjaran kepada team yang bagus. Contohnya, boleh bagi bonus, voucher makanan, atau cuti tambahan.

Ganjaran ni bukan je boleh buatkan diorang gembira, tapi juga lebih bersemangat untuk push diri bekerja.

4. Set Matlamat yang Jelas: Team jadi malas sebab diorang tak tahu apa yang sepatutnya diorang buat. Jadi, sebagai leader, pastikan matlamat kerja tu jelas dan mudah difahami.

Kalau semua orang faham apa yang kena buat, dorang akan lebih fokus dan bersedia nak capai matlamat tu.

Bila team kita semangat, kerja-kerja pun jadi lebih laju dan mudah. Jom praktikkan tips-tips ni dan lihat perubahan positif dalam pasukan kita!

#2: Sentiasa Pantau Prestasi Team

Part ni sangat penting! Kalau tak pantau, macam mana nak tau siapa yang buat kerja dan siapa yang perlu di-push lagi, kan?

Ini penting untuk memastikan semua orang dalam pasukan tahu yang mereka akan dinilai atas prestasi mereka.

Korang juga boleh gunakan sistem penilaian prestasi yang adil dan efektif.

1. Indikator Prestasi: Korang kena kenalpasti indikator-indikator prestasi yang berkaitan dengan kerja pasukan korang.

Apa yang korang nak ukur?

Mungkin waktu siapkan projek, jumlah kerja yang diselesaikan dalam masa tertentu, atau mungkin kualiti kerja yang dihasilkan.

Indikator ni berbeza untuk setiap jenis perniagaan, so pastikan korang tau apa yang penting untuk korang.

2. Rekodkan Data Prestasi: Lepas korang tau apa yang korang nak ukur, mulalah rekodkan data prestasi pasukan. Kalau pasukan korang bekerja dengan sistem digital, biasanya senang je nak dapat data ni. K

alau tak, boleh juga guna kaedah manual. Y

ang penting, pastikan data ni konsisten dan boleh diakses dengan mudah.

3. Sesi Penilaian Prestasi: Adakan sesi penilaian prestasi secara berkala. Bincang dengan pasukan tentang pencapaian mereka berdasarkan indikator yang korang dah tentukan tadi.

Bagi feedback yang jujur tapi konstruktif.

Jangan hanya tegur je, tapi juga cadangkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi. Tanya pasukan tentang pendapat mereka dan idea-idea untuk buat kerja lebih efisien.

Ini bukan sahaja membantu mereka, tapi juga boleh membuka ruang untuk inovasi.

4. Sediakan Pelan Tindakan: Bila korang jumpa isu-isu dalam prestasi pasukan, sediakan pelan tindakan. Jangan hanya sebut masalah, tapi juga cadangkan cara nak selesaikan masalah tu.

Bila ada pelan tindakan, team kita akan tahu langkah seterusnya.

Kita perlu sediakan latihan tambahan, beri support khusus kepada individu yang menghadapi masalah, atau mungkin buat perubahan dalam proses kerja.

Ingat, tindakan yang diambil kena berasaskan data dan fakta.

Boleh faham ke ni?  Kalau faham, jom sambung…

#3: Hentikan Sikap Negatif dalam Team

Kalau ada pekerja dalam team kita yang suka mencipta masalah atau buat suasana jadi tegang, ini boleh jadi penghalang besar untuk produktiviti.

Jangan biarkan perangai negatif ni merebak dalam pasukan.

Sebagai pemilik perniagaan, korang kena ambil tindakan segera untuk menghentikan perangai negatif ni.

So, mari kita check out macam mana nak deal dengan problem ni…

1. Kenalpasti Punca Perangai Negatif: Korang kena kenalpasti punca perangai negatif ni. Apa yang buat individu ni jadi macam tu?

Mungkin diorang rasa tertekan, tak puas hati, atau mungkin ada masalah peribadi.

Bila kita faham apa puncanya, kita boleh beri penyelesaian yang lebih baik.

2. Berbincang Secara Private: Kalau perangai negatif individu tu merunsingkan pasukan atau boleh merosakkan hubungan dalam team, eloklah berbincang secara private.

Jangan buat drama depan semua orang.

Bagi diorang ruang untuk bercakap tanpa team yang lain tahu.

3. Beri Peluang Untuk Perbaiki Diri: Selain daripada menyalahkan, cadangkan cara-cara untuk individu tu ubah jadi lebih baik.

Tanya diorang apa yang boleh buat untuk jadi lebih positif dalam pasukan.

Ini juga dapat memberi peluang kepada diorang memperbaiki diri.

4. Masih Tak Berubah? Ambil Tindakan!: Kalau sikap negatif individu ni berterusan dan terus menyusahkan team, kita kena ambil tindakan yang lebih serius.

Ini mungkin termasuk perbincangan dengan atasan, penstrukturan tugas, atau mungkin tindakan disiplin atau pilihan terakhir.. pemecatan!

Ini adalah langkah yang sukar, tapi perlu dilakukan untuk kebaikan keseluruhan team kita!

Semua orang boleh berubah jika diorang dapat support dan ada usaha sendiri.

Keep it positive, dan teruskan usaha untuk menjadikan team kita lebih harmoni dan produktif!

#4: Ajar dan Train Team

Masalah team yang tak produktif juga berpunca daripada kurang pengetahuan dan kemahiran.

Jadi, sebagai founder, kita kena pastikan team kita ada peluang untuk belajar dan berkembang.

Nak bina team yang power? Inilah yang kita wajib buat!

1. Kenalpasti Keperluan Belajar: Kita kena kenalpasti apa yang team kita perlukan untuk belajar. Adakah mereka perlu tambah kemahiran dalam teknologi baru?

Atau mungkin mereka perlu belajar kemahiran komunikasi yang lebih baik?

Kenalpasti keperluan ni penting untuk pastikan pembelajaran berjalan efektif.

2. Sediakan Peluang Untuk Belajar: Setelah kenalpasti keperluan, korang perlu sediakan peluang untuk berikan latihan.

Ini boleh melibatkan hantar ke kursus, seminar, atau latihan dalam pejabat.

Pastikan team dapat training yang latest yang boleh bantu company grow.

3. Minta Feedback Selepas Belajar: Jangan lupa untuk dapatkan feedback dari team. Tanya apa diorang dah belajar? Apa diorang dapat selepas belajar?

Adakah mereka mendapat manfaat daripada kursus atau latihan? Ini penting untuk pastikan investment kita berkesan.

Proses ini adalah berterusan dan penting untuk jangka panjang.

Insha’Allah, kita akan nampak perubahan positif dalam team!

#5: Tekankan Kualiti, Bukan Kuantiti

Kita kena pastikan team faham yang kerja yang berkualiti lebih penting, daripada buat kerja banyak, tapi tak ada hasil.

Bila kita tekankan kualiti, team akan lebih berusaha untuk buat kerja yang terbaik.

Diorang akan lebih berhati-hati dalam melakukan tugasan, dan tidak mengabaikan tahap kualiti yang diperlukan.

1. Tetapkan Standard Kualiti: Kena setkan standard kualiti yang perlu dicapai dan guideline yang jelas.

Kita sendiri yang kena explain kepada team, supaya mereka faham apa yang kita nak.

Standard ni perlu difahami oleh semua orang dalam team.

2. Latih Pasukan untuk Fokus Kualiti: Berilah latihan kepada team untuk pastikan mereka mampu buat kerja dengan kualiti.

Cuba fokuskan kepada teknik-teknik yang boleh tingkatkan kualiti kerja, dan cara untuk mengelakkan kesilapan berkali2.

3. Berikan Masa yang Cukup: Kualiti kerja memerlukan masa, bukan boleh buat dalam tempoh yang singkat.

Bagi deadline yang realistik. Berikan mereka masa yang mencukupi untuk menyiapkan kerja dengan teliti.

Jangan ada tekanan yang tak perlu.

Ingat, kualiti itu penting, dan lebih bernilai daripada kuantiti.

Kita perlu pastikan kerja yang dihasilkan oleh team adalah yang paling terbaik!

Belajar Sesuatu Hari Ni?

Insha’Allah, lepas ini.. korang dapat lihat perubahan besar dalam team korang, selepas follow semua guideline yang saya dah kongsikan di atas.

Team yang tadinya mungkin tak bermaya, sekarang dah jadi aset penting yang boleh hasilkan kerja berkualiti dan tingkatkan jualan bisnes.

Prestasi team korang akan meningkat. Projek-projek boleh disiapkan dalam masa yang lebih pantas, dan kualiti kerja pun lebih baik.

Ini boleh bantu bisnes korang berjalan lebih lancar!

Pelanggan juga akan lebih puas hati dengan produk dan servis korang!

Dalam jangka panjang, bisnes korang mampu berkembang, walaupun dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Jadi, jangan pernah rasa putus asa jika team korang pernah slow dan tak produktif.

Dengan komitmen dan kesabaran, korang boleh atasi masalah ni dan membawa team korang ke tahap yang lebih tinggi.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *