5 TIPS UNTUK FOUNDER YANG NAK BUAT BRAND COLLABORATION
Pernah tak korang tengok brand-brand besar buat brand collaboration dan terfikir, “Eh, macam mana diorang boleh buat kerjasama macam tu?”
Sebenarnya, korang pun boleh!
Tak kisah la korang jual baju, makanan, produk kecantikan.. online ke, offline ke.. brand baru ke.. brand collaboration ni boleh jadi satu strategi power untuk naikkan lagi level brand korang.
Kenapa Perlu Buat Brand Collaboration?
- Tingkatkan jualan korang sebab korang share pasaran dengan brand lain.
- Tingkatkan brand awareness bisnes korang sebab dapat exposure baru.
- Brand korang lebih menonjol dan unik daripada pesaing.
Tapi, bukan mudah nak kerjasama dengan brand lain. Banyak juga yang gagal.
Apa puncanya?
- Antaranya, tak kenal pasti siapa target audience yang sesuai dengan brand partner korang.
- Satu lagi, kalau takde idea yang kreatif untuk buat kolaborasi yang unik, orang pun takkan teruja dengan offer korang.
Jadi, kalau korang ada plan nak buat brand collaboration, ini 5 tips untuk korang!
Nak tahu?Jom teruskan…
#1: Kenal Pasti Audiens Dari Brand Collaboration
Kena kenal pasti audien, dari brand yang kita nak collab. Sesuai tak? Jangan skip step ni!
Setiap brand ada fans dan customer diorang sendiri, dan berbeza dengan kita punya.
So, macam mana nak kaji audien diorang?
- Korang boleh start dengan mengkaji siapa yang selalu follow dan support brand tu dalam media sosial.
- Tengok la siapa yang selalu engage.. komen, like, dan share posting diorang.
- Lepas tu, tengok juga feedback dari pelanggan diorang.
- Apa yang pelanggan kata pasal produk atau perkhidmatan diorang?
- Ini boleh bagi petunjuk siapa peminat setia diorang.
- Korang boleh juga buat survey atau kaji selidik.
- Tanya orang secara terus apa yang diorang suka tentang brand tu dan apa yang dorang nak lagi.
Ini boleh bagi insight yang lebih jelas.
Yang penting, jangan buat andaian. Buat research dan kaji dengan teliti.
Dengan cara ni, korang boleh pilih target audience yang paling sesuai untuk kolaborasi korang.
#2: Cipta Elemen Tarikan Yang Unik & Baru
Sekarang ni bersepah iklan orang nampak kat online dan offline, jadi.. korang kena cipta satu offer yang orang tak boleh resist.
Korang nak orang tengok dan terus kata, “Wah, ni kena grab!”
- Cipta elemen tarikan, yang unik & baru, melibatkan gabungan kedua-dua brand.
- Packaging, flavor, colour, gift paling sesuai sangat.
- Korang kena fikir apa yang buat brand collaboration korang berbeza daripada yang lain.
- Apa yang tak ada dalam pasaran lagi?
Kalau buat benda biasa-biasa je, orang mungkin takkan amik tahu pasal offer korang.
Elemen tarikan ni kena relevan dengan brand korang dan partner.
Selalu tengok apa yang tengah trending dalam industri korang.
Contohnya, kalau korang dalam niche makanan, boleh buat kolaborasi dengan makanan viral yang tengah trend.
Dapat sesuatu?
#3: Marketing, Dari Kedua-dua Pihak
Korang boleh buat kempen marketing bersama, dan juga boleh berasingan, mengikut audien, platform, cara, tapi konsep yang sama.
- Buat grafik, banner, dan video promosi yang menarik dan berkualiti tinggi.
- Pastikan ianya mempunyai elemen-elemen yang menggambarkan kedua-dua brand dengan jelas.
- Gunakan kuasa media sosial. Post tentang kolaborasi korang dalam akaun media sosial masing-masing.
- Share dan retweet posting partner korang. Buat la hashtag yang khas untuk kolaborasi tu.
- Update website korang dengan maklumat kolaborasi ni.
- Buat landing page khas untuk offer kita. Letak gambar, harganya, dan cara nak beli.
- Cuba dapat coverage dari suratkhabar tempatan atau stesen radio. Ini boleh bagi exposure yang lebih besar.
- Gunakan iklan berbayar dalam platform seperti Facebook, Instagram, atau Google Ads, untuk capai lebih ramai orang.
- Korang boleh juga buat live event untuk launching kempen. Ini boleh bagi pengalaman yang lebih interaktif kepada customer.
Marketing & brand awareness campaign, perlu dilakukan agressively..
Integrated marketing, omnichannel marketing.. Banyak platform, banyak method, supaya berlaku high awareness, cipta vibe, dan efek kepada sales.
Inilah beberapa idea marketing yang korang boleh buat.
#4: Kempen Collaboration, 1-3 Bulan
Untuk apa? Exclusivity.. Limitation.. Supaya excitement pembeli adalah tinggi.. Terlalu lama, hilang exclusivity..
Apa yang kita perlu buat sepanjang kempen ni?
- Tetapkan matlamat yang jelas untuk kempen collab.
- Apa yang kita nak capai dalam 1-3 bulan ni? Nak tingkatkan jualan berapa peratus? Nak dapat berapa banyak followers baru di media sosial? Nak tarik pelanggan baru?
- Apa pun objektif tu, kena jelas.
- Pastikan semua aktiviti yang kita plan sebelum ni, berjalan berterusan tanpa henti sampai kempen habis.
- Engage dengan followers dan customer. Reply komen, chat dengan mereka, dan dengar feedback mereka. Kita akan dapat banyak idea baru untuk marketing nanti
Selama kempen berlangsung, korang kena pantau prestasi dan respons dari pelanggan. Gunakan data ni untuk buat perubahan jika diperlukan..
#5: Pantau dan Kaji Prestasi Collaboration
Lepas kempen tamat, jangan lupa untuk monitor dan analisis data kempen. Lihat berapa banyak penjualan atau pertambahan followers yang korang dapat. Adakah objektif tercapai?
Kita nak tahu sama ada semua usaha yang kita buat ni berbaloi atau tak.
Kalau ada yang tak berjalan seperti yang diharapkan, korang perlu improve untuk kempen seterusnya.
- Kumpulkan semua data yang berkaitan. Ini termasuklah data penjualan, pertumbuhan pengikut, engagement di media sosial, dan sebagainya.
- Bandingkan data yang korang kumpul dengan objektif yang korang tetapkan pada permulaan kolaborasi.
- Buat report yang merangkumi perkara seperti jumlah penjualan, jumlah pengikut baru, dan interaksi dalam media sosial. Ini akan buat analisis jadi lebih mudah.
- Pantau juga bajet yang korang guna dan return on investment (ROI). Adakah korang dapat hasil yang baik dengan bajet yang korang keluarkan?
Ini adalah langkah penting dalam meningkatkan lagi prestasi kempen korang akan datang.
Ingat, tak semua kolaborasi akan berjalan dengan baik.
Yang penting, korang belajar dari setiap pengalaman.
Korang Dah Ready Nak Buat Brand Collaboration?
Game collab ni, konsepnya win-win. Masing2 ada ROI yang diinginkan. New fans.. Reputation, prestige, endorsement, itu yang korang dapat..
Collab ni, bukan efek dari branding je.. Ianya bantu marketing, dengan menarik pelanggan baru, buatkan repetition baru kepada existing customer.. Sales pula? Meningkat tinggi!
Anak-anak didik sifubad, ramai juga buat collab ni. Wawa Cosmetic, Pasta Panas, Tatagaltier, Nadstylish, Hijabistahub, malah Sifubad pun pernah buat sebelum ni.
Kalau korang nak collab, brand mana yang korang nak collab? Atau siapa yang korang nak collab?
Thank you untuk tips collab..
TikTok SEO