|

30 IDEA OFFER UNTUK TARIK LEBIH RAMAI CUSTOMER DATANG KE RESTORAN ANDA!

Korang ada buka kedai makan sendiri? Rasa sangat frust bila tengok kedai atau restoran korang selalu sunyi sepi?

Bila tengok kedai sebelah selalu penuh sesak dengan pelangggan, korang rasa pelik, “Kenapa kedai sebelah ni ramainya orang datang?”.. ada rasa macam tu, kan?

Inilah masalah yang biasa jadi kepada owner kedai, tak kira la yang baru atau dah lama berniaga.

Salah satu puncanya, kerana offer kita tak wow! Yang mampu buatkan orang tertarik! Offer yang membezakan kita dengan pesaing yang lain.

So, dengan offer yang betul, kita boleh tarik lebih pelanggan, tingkatkan jualan, dan hasilnya, untung kedai pun naik.

So, kalau nak bisnes berkembang, kita kena tahu apa offer yang boleh tarik pelanggan, dan kenapa diorang suka datang ke kedai kita.

Kalau tak ada pelanggan, tak ada la jualan. Kita akan rugi dan mungkin terpaksa tutup kedai.

Jangan risau, dalam artikel ni, saya akan kongsikan 30 idea macam mana nak buat offer yang boleh menarik pelanggan ke kedai kita. So, jangan lari, baca sampai habis!

#1: Tawarkan Kupon Diskaun

Tawarkan kupon diskaun kepada pelanggan. Ini boleh menarik mereka datang ke kedai. Sebagai contoh, boleh tawarkan diskaun 10% untuk pembelian melebihi RM50. Mereka akan membeli lagi next time.

#2: Promosi Buy 1 Free 1

Siapa tak suka dapat offer macam ni, kan? Customer akan rasa dapat lebih value. Kalau kedai korang menjual makanan atau minuman, cuba aplikasikan konsep ini. Orang suka benda percuma!

#3: Bonus Setiap Pembelian

Beri bonus atau hadiah percuma kepada pelanggan dengan setiap pembelian. Contohnya, jika seseorang membeli dua item, berikan item ke-3 sebagai bonus. Ini boleh mendorong pelanggan untuk membeli lebih banyak dan meningkatkan jualan.

#4: Membership Program / Loyalty Card

Offer customer jadi member. Mereka akan dapat loyalty kad. Ini antara cara terbaik untuk kekalkan pelanggan setia. Setiap kali pelanggan membeli, mereka boleh kumpul mata ganjaran. Apabila mereka mencapai jumlah tertentu, mereka boleh tebus untuk dapatkan diskaun atau hadiah.

#5: Promosikan Event Khas

Buat event khas seperti makanan atau minuman istimewa pada hari tertentu. Buatlah promosi dan tawaran terhad yang hanya berlaku semasa event tersebut. Orang sanggup beratur panjang nak grab offer ni!

#6: Program Buat Duit

Korang boleh buat program rekrut agent! Invite mereka datang ke kedai korang, offer mereka jadi agent. Buat presentation, share benefit yang mereka bakal dapat. Berikan komisyen yang berbaloi. Train mereka macam mana jual produk korang.

#7: Sediakan Menu Spesial

Cipta menu spesial yang hanya terdapat di kedai korang. Pelanggan suka mencuba benda baru dan unik. Pastikan menu tersebut sedap, lazat dan mengancam!

#8: Buat Contest 

Buat peraduan yang menarik seperti pertandingan foto atau video dengan tema yang berkaitan dengan kedai korang. Hadiah kena la best, barulah orang nak join dan datang ke kedai korang.

#9: Servis Takeaway

Orang yang sibuk lebih suka bungkus makanan balik rumah. Sediakan servis takeaway yang pantas untuk kawasan perumahan terdekat. Pastikan korang bungkus makanan dengan kemas.

#10: Kursus & Demonstration

Buat spesifik kursus yang relate dengan bisnes korang, contohnya, tawarkan kursus memasak atau demonstrasi memasak kepada pelanggan. Mereka boleh belajar cara menyediakan hidangan favourite mereka. Ini boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan!

#11: Buat Koleksi Merchandise Kedai

Bila kedai korang dah popular, cuba keluarkan koleksi merchandise. Boleh jual t-shirt, cawan, atau barang-barang lain yang mempunyai logo kedai korang. Ini boleh jadi bahan marketing untuk kedai korang.

#12: Ruang untuk Aktiviti Sosial

Sediakan ruang yang selesa untuk aktiviti sosial. Contohnya, ada sofa untuk rehat atau taman permainan untuk kanak2. Ini akan jadikan kedai korang sebagai tempat untuk keluarga dan kawan2 berkumpul beramai2.

#13: Kerjasama dengan Bisnes Lain

Buat kerjasama dengan bisnes yang relevan dengan bisnes korang. Contohnya, jika kedai korang menjual kopi, boleh kolaborasi dengan kedai roti tempatan untuk tawarkan pakej sarapan. Ini boleh kembangkan lagi rangkaian pelanggan korang.

#14: Kerjasama dengan Influencer

Gunakan influencer di media sosial. Carilah influencer tempatan yang berkaitan dengan industri korang. Biarkan mereka kenalkan kedai korang kepada followers mereka.

#15: Aktiviti Komuniti

Sertai atau anjurkan aktiviti komuniti. Ini boleh termasuk penyertaan dalam acara-acara amal, mengadakan bazaar komuniti, atau menyokong projek tempatan. Ini bukan sahaja memberi sokongan kepada komuniti, malah mempromosikan kedai korang.

#16: Sample Free Trial

Jangan lupakan kuasa freebies atau sampel. Berikan sampel percuma produk atau makanan korang kepada pelanggan sebagai promosi. Ini dapat memberikan mereka peluang untuk try dulu sebelum mereka membuat keputusan pembelian.

#17: Jualan Flash

Buka jualan terhad untuk mencipta keghairahan. Iklankan tawaran istimewa dengan had masa yang terhad. Ini boleh mencipta urgency yang buatkan pelanggan segera datang ke kedai korang.

#18: Fan Club

Bina kelab yang eksklusif untuk buat gathering. Berikan mereka kelebihan seperti akses awal untuk promosi baru atau special event. Boleh set satu masa untuk berkumpul dan eratkan hubungan antara ahli kelab.

#19: Pameran Produk

Sediakan ruangan untuk buat pameran produk di kedai korang. Ini dapat memberi pelanggan peluang untuk window shopping, shoot konten dan kongsikan di sosial media diorang.

#20: Birthday Offer

Berikan hadiah ulang tahun kepada pelanggan. Apabila mereka mendaftar dengan tarikh lahir mereka, korang boleh berikan tawaran istimewa atau kad ucapan semasa hari lahir mereka. Ini bukan je boleh buatkan pelanggan rasa dihargai, malah mendorong mereka untuk kembali semula.

#21: Happy Hour

Buat Happy Hour di kedai korang dengan menawarkan diskaun pada masa tertentu, biasanya pada petang atau malam, hanya untuk 3 jam je. Ini adalah cara yang baik untuk menarik orang datang selepas kerja atau pada waktu rehat.

#22: Lucky Draw

Buat cabutan bertuah setiap bulan. Dengan setiap pembelian, pelanggan berpeluang untuk menyertai lucky draw dengan hadiah atau offer yang menarik.

#23: Pakej Combo

Tawarkan pakej combo yang menggabungkan beberapa produk atau makanan dalam satu harga. Ini memudahkan pelanggan memilih pakej yang lebih value, dengan harga yang lebih jimat!

#24: Refferal Marketing

Suruh customer ajak rakan2 atau family mereka datang kedai korang, boleh juga minta mereka share experience dalam sosial media. Mereka akan dapat harga diskaun atau free gift. Dengan cara ni, kita dapat tarik lebih ramai orang datang kedai, tanpa keluarkan kos marketing.

#25: Kad E-Voucher

Ni macam tiket yang ada nilai duit, customer boleh guna untuk beli barang daripada kedai korang. Kena letakkan tempoh expired. Kad e-voucher ni tak boleh digunakan lagi lepas tamattempoh. Ini akan buatkan diorang datang lagi ke kedai korang.

#26: Tawaran Early Bird

Tawarkan harga istimewa kepada mereka yang datang awal sebelum waktu tertentu, dengan kuota terhad! Contohnya, mungkin dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, kuota hanya untuk 100 orang terawal je! Ini akan buatkan orang nak datang lebih awal, dan meramaikan kedai korang! Ini juga menarik orang lain juga datang ke kedai korang!

#27: Set Menu Unik

Cipta set menu yang unik untuk menarik perhatian pelanggan. Set menu ni adalah gabungan hidangan yang korang pilih dan tawarkan pada harga khas. Pastikan set menu ini berbeza dari yang lain, ianya ada ciri-ciri istimewa. Ini boleh buat pelanggan rasa excited nak cuba. Orang suka benda yang lain dari biasa. Lagi pun, ia boleh bantu tingkatkan jualan kedai korang.

#28: Dekorasi Kedai

Hias kedai korang dengan gaya yang menarik dan unik. Buat interior design kedai yang dapat mencipta pengalaman yang luar biasa. Gunakan warna dan dekorasi yang sesuai dengan imej kedai korang.

#29: Wi-Fi Percuma

Di zaman digital ini, Wi-Fi percuma adalah kemudahan yang sangat diperlukan oleh pelanggan. Sediakan akses Wi-Fi yang cepat dan stabil dalam kedai korang. Jadi, pelanggan boleh bekerja atau bersosial sambil menikmati makanan dan minuman.

#30: Wujudkan Suasana yang Selesa dan Unik

Kena decide tema atau konsep untuk kedai korang. Pastikan muzik, pencahayaan, dan dekorasi mencipta aura dan mood yang luar biasa. Pelanggan akan rasa experience yang berbeza daripada kedai biasa, dan akan kembali lagi.

Korang Dapat Banyak Idea Ke Ni?

Okay, saya dah bagi 30 idea offer yang korang boleh apply hari ni juga!

Serius.. kalau kita pandai buat offer yang menarik, kedai kita akan jadi hotspot yang buatkan orang berebut2 nak datang!

Insha’Allah.. dengan offer yang power, kita boleh tarik lebih ramai pelanggan datang, lebih banyak jualan, dan hasilnya, lebih untung!

Kedai kita pun boleh jadi lebih popular! Orang akan bercerita kedai kita kepada kawan-kawan diorang.

Kita juga boleh bina hubungan yang kuat dengan customer. Mereka akan datang lagi dan lagi!

Cuma, kita jangan hanya guna offer yang sama je sepanjang masa!

Kita kena follow, kaji trend dan selalu pantau feedback customer.

Kena kreatif cara buat offer, cara kita marketing, dan cara kita communicate dengan pelanggan.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *