7 FORMULA INI AKAN BUATKAN ANDA GAGAL DALAM BISNES!

FORMULA UNTUK GAGAL!! Ada ramai founder, nak gagal.. impian dia memang nak gagal.. nak gagal dalam tingkatkn sales.. gagal dalam rekrut team.. gagal nak kembangkan bisnes.. gagal dalam cashflow.. gagal dalam hidup..

Sebab apa nak gagal?

Sebab dia tengok orang lain.. kawan2 dia banyak yang gagal.. jadi dia pun terinspirasi nak gagal.. dan dia yakin dia juga pasti akan gagal.. idola gagal dia kan ramai..

So, saya nak share 7 formula untuk korang lebih cepat gagal.. Nak tak?

1- SENTIASA LAH BERFIKIRAN KECIL. Korang kena pikir kecil, jgn pikir besar. Jangan pikir luar kotak.. jangan pikir menda yg impossible. Kan kita dah rezeki kita, kena syukur.

2. MINDSET TAK PERLU LAH POSITIF SANGAT. Kita kena berjaga2. Hati2.. Ramai orang menipu. Bisnes ni risiko. Bahaya.

3. BELAJAR JER DARI PENGALAMAN. Kita lalui dulu, barulah kita blaja. Buat apa blaja dengan orang. Buang masa, buang duit.

4. TUNGGU DAH SEDIA, DAH SEMPURNA BARU BUAT. Nak result bagus, tunggu la dlu. Kena sabar. Kena betul2 prepare.

5. TAK JADI, STOP! Buat menda lain. Buat apa nak cuba banyak kali kalau tak jadi. Kita cuba menda baru pulak. Tak jadi, cari lagi baru.

6. BANYAKKAN ALASAN. Lebih banyak alasan, lebih cepat kita gagal. Alasan paling ramai orang cakap – “saya slow! Saya tak pandai! Saya org baru.. saya takde duit..” InsyaAllah cepat gagal tu👍🏻

7. SALAHKAN ORANG. Betul, zmn skrg, org buk sabotaj bisnes kita. Musuh merata. Pesaing ramai. Bisnes memang susah sekarang, sebab banyak orang dengki.

Ok..

Dapat ILMU GAGAL dari saya malam ni? DIJAMIN SANGAT BERKESAN! UNTUK BANTU KORANG GAGAL DENGAN CEPAT. Selamat beramal..

SIAPA NAK “GAGAL”, komen 👉🏻“saya nak” di bwh!

Ps – tak ramai nak blaja ilmu gagal ni.. tak pernah lagi saya share😎

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *