7 BLUEPRINT HIGH IMPACT UNTUK FOUNDER BARU YANG GROW BISNES

Korang founder baru nak up? Bisnes tengah stuck? Sales pun masih bawah RM100k walaupun dah bisnes lebih 1 tahun?

Ada tak rasa nak pergi ke next level seterusnya, hingga mampu buat RM200k, RM300k, RM500k sebulan?

Ni saya share 7 blueprint high impact yang founder boleh apply untuk grow bisnes..

#1. Pembinaan USP & VP pada Produk

Ni senjata rahsia korang. Produk korang kena ada ‘wow factor’ yang buat pelanggan rasa rugi kalau tak beli.

Jangan buat produk sembarangan, kena banyakk buat RnD (Research and Development)!

Gali apa yang pelanggan nak, tengok trend terkini, dan hasilkan produk yang mampu bersaing lama di pasaran.

USP & VP penting sebab mereka adalah sebab kenapa pelanggan pilih produk korang berbanding produk lain di pasaran.

Tanpa USP & VP yang jelas, produk korang akan tenggelam dalam lautan pesaing.

Macam mana nak bina Bina USP & VP?

Mula-mula, korang kena faham apa masalah yang pelanggan hadapi.

Buat survey, interview, atau kaji review produk pesaing.

Contoh, pelanggan mungkin ada masalah kulit kering selepas guna sabun biasa.

Berdasarkan masalah yang korang dah kenal pasti, mulakan RnD.

Cari bahan-bahan yang boleh selesaikan masalah tu.

Contoh, kalau masalah kulit kering, mungkin bahan semula jadi macam aloe vera atau shea butter boleh bantu.

Tengok apa USP dan VP pesaing korang. Apa yang buat produk mereka laku?

Apa kelemahan mereka? Dari sini, korang boleh dapat idea untuk buat produk korang lebih baik.

Bila dah buat research, cipta produk yang ada USP & VP yang kuat.

Sebelum launch produk, test dulu dengan pelanggan sebenar.

Kumpul feedback dan buat improvement kalau perlu.

Pastikan USP & VP korang betul-betul solve masalah pelanggan.

Bila produk dah siap, highlightkan USP & VP dengan jelas dalam semua marketing material. Dari packaging, iklan, social media post, semuanya..

Pembinaan USP & VP yang kuat bukan je buat produk korang standout, tapi juga tingkatkan trust dan loyalty pelanggan.

#2. Kuasai Ilmu Penetrate Market

Ni kena tahu selok belok market, siapa pesaing, dan strategi untuk win market share.

Study market korang, buat analisa, dan masuk dengan strategi yang mantap.

Walaupun ramai pesaing, korang tetap boleh menang!

Ia melibatkan strategi untuk menonjolkan produk korang untuk menarik attention pelanggan.

Macam mana nak penetrate market?

Kenal pasti siapa pelanggan ideal korang. Apakah demografi, minat, dan keperluan mereka?

Contoh, jika korang jual skincare organik, segmen pasaran mungkin wanita berusia 20-40 tahun yang mementingkan produk natural.

Fahami bagaimana pelanggan mencari, membeli, dan menggunakan produk yang serupa dengan produk korang.

Kenal pasti siapa pesaing korang, apa yang mereka tawarkan, dan apa kekuatan serta kelemahan mereka.

Lakukan perbandingan produk korang dengan produk pesaing.

Apa yang membuatkan produk korang lebih baik atau berbeza?

Tawarkan sesuatu yang lebih baik atau unik berbanding pesaing.

Contoh, kalau pesaing jual pakaian biasa, korang boleh jual pakaian dengan design custom atau material premium.

Tentukan harga yang kompetitif. Harga produk kena sesuai dengan nilai yang diberikan dan tetap menarik bagi pelanggan sasaran.

Gunakan promosi atau diskaun untuk menarik perhatian pelanggan baru.

Contoh, bagi free trial atau diskaun pembelian pertama.

Berikan layanan selepas jualan yang baik seperti follow-up, warranty, atau program loyalty.

Pantau prestasi strategi pemasaran korang, monitor data sales dan marketing.

Kenal pasti apa yang berkesan dan apa yang perlu diperbaiki.

Bila nak penetrate market, korang perlu susun strategi yang terancang dan usaha yang konsisten.

Barulah korang boleh menguasai pasaran walaupun terdapat banyak pesaing.

#3. Upgrade leadership

Sebagai founder, korang perlu memimpin, memotivasi, dan mengarahkan team atau organisasi ke arah matlamat yang ditetapkan.

Leadership yang baik bukan hanya memberi arahan, tapi juga tentang memahami, mendengar, dan memberi inspirasi kepada team.

Kalau founder tak pandai lead, staff akan sentiasa keluar masuk setiap bulan.

Team lemau, hasil pun tak memuaskan. Kena upgrade skill leadership, pandai motivate, dan create environment yang fun tapi produktif.

Apa yang korang perlu buat?

Jadi pendengar yang baik. Fahami apa yang team korang perlukan dan apa yang mereka cuba sampaikan.

Pastikan arahan dan maklumat yang diberikan jelas.

Elakkan miscommunication yang boleh mengganggu kerja team.

Sediakan peluang untuk team korang belajar dan berkembang.

Hantar team ke workshop atau trainning yang relevan dengan kerja mereka.

Bagi tugasan mengikut kekuatan dan kepakaran setiap ahli team. Ini boleh meningkatkan kecekapan dan hasil kerja.

Pastikan korang ada planning yang jelas dan susun keutamaan dengan betul.

Ini boleh membantu korang dan team fokus pada tugas yang paling penting.

Jangan tangguh kerja. Selesaikan tugas mengikut jadual yang telah dirancang.

Bila leadership korang dah bagus, korang bukan sahaja boleh membawa bisnes ke tahap yang lebih tinggi, tapi juga mencipta environment kerja yang positif dan berdaya saing.

So, start dari sekarang untuk jadi leader yang lebih baik!

#4. Adjust Financial Health

Financial health ni ibarat nyawa bisnes korang.

Kena tahu strategi letak harga yang betul, kawal kos overhead, dan elakkan kebocoran kewangan.

Manage duit dengan bijak supaya bisnes korang steady dan tak goyah.

Ini dapat mengurangkan pembaziran dan perbelanjaan yang tidak perlu, memastikan bisnes ada cashflow yang positif untuk cover kos overhead, dan juga meningkatkan profit margin.

Macam mana nak adjust financial health?

Mulakan dengan menyemak semua rekod kewangan bisnes korang.

Pastikan semuanya direkod dengan betul dan lengkap.

Pantau aliran masuk dan keluar wang untuk memastikan bisnes korang sentiasa ada aliran tunai yang positif.

Kenal pasti kos tetap (seperti sewa, gaji) dan kos berubah (seperti bahan mentah). Cari peluang untuk mengurangkan kos yang tidak perlu.

Pastikan korang tahu kos sebenar untuk menghasilkan setiap unit produk.

Ini termasuk kos bahan, tenaga kerja, dan overhead.

Tetapkan margin keuntungan yang sihat.

Jangan terlalu rendah sehingga tak cukup cover kos, dan jangan terlalu tinggi sehingga pelanggan lari.

Sediakan bajet perbelanjaan bulanan dan pastikan korang ikut bajet tersebut.

Susun semula hutang jika perlu untuk memastikan pembayaran yang lebih mudah diurus.

Tambahkan variasi produk atau servis untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan pendapatan.

Simpan reserved cash untuk standby perbelanjaan yang tidak dijangka.

Jadi, korang kena sentiasa pastikan financial bisnes dalam keadaan yang stabil, dan boleh sustain untuk jangka panjang.

#5. Strategi Marketing & Branding Up-To-Date

Branding yang kuat mampu buatkan prospek ingat dan setia dengan brand korang.

Korang kena ada strategi branding yang clear, konsisten, dan menarik.

Branding yang unik membezakan bisnes korang dari pesaing di pasaran.

Gunakan social media, content marketing, dan lain-lain channel untuk bina brand image yang strong.

Bila prospek selalu nampak brand korang, mereka akan mula trust dan terpengaruh dengan brand korang!

Marketing pula kena sentiasa fresh dan relevan. Jangan cliche dan bosan.

Pelanggan mudah jemu, so korang kena selalu update strategi marketing korang.

Apa yang berkesan dulu mungkin tidak lagi relevan hari ini.

Korang kena analisis data audience, untuk memahami demografi, minat, dan tingkah laku pelanggan korang.

Fokus pada platform yang paling banyak digunakan oleh target audience korang.

Pilih influencer yang sesuai dengan brand korang.

Influencer yang mempunyai followers setia, boleh membantu korang reach audience yang lebih luas.

Buat video atau podcast yang menarik dan berinformasi.

Video tutorial, review produk, dan wawancara boleh menjadi konten yang menarik.

Ada database? Gunakan sistem automation email, sms dan whatsapp untuk follow-up, terima kasih, atau tawaran istimewa secara automatik.

Bina engagement dan berikan add value kepada pelanggan.

Buat webinar untuk buat discussion tentang topik hot yang relevan dengan produk korang.

Boleh juga buat event online seperti pelancaran produk, Q&A session, atau contest untuk menarik minat dan perhatian audience.

Dah habis baca ke?

Ohsem! Sekarang korang dah ada idea dan strategi baru untuk grow bisnes ke next level.

Dengan blueprint ni, korang boleh apply dalam bisnes korang dan lihat perubahannya.

Bisnes korang ada peluang besar untuk expand, dikenali ramai, dan sentiasa lebih outstanding di depan pesaing.

Pelanggan pun akan lebih loyal dan setia dengan brand korang.

Tapi, proses ni perlukan masa dan usaha, tapi kalau korang konsisten, hasilnya memang berbaloi.

So, tunggu apa lagi? Mula apply blueprint ni dalam bisnes korang sekarang dan saksikan sendiri hasilnya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *