FOUNDER WAJIB BUAT 3 BENDA NI KALAU NAK WIN DALAM COMPETITION BISNES

Dunia bisnes ni penuh dengan persaingan yang sengit, dan kadang-kadang boleh buat kita rasa stuck atau hilang arah.

Kita rasa macam kita dah buat semuanya, tapi masih tak dapat kalahkan pesaing.

  • Macam mana nak buat customer pilih produk/servis kita daripada pesaing?
  • Macam mana nak pastikan brand kita sentiasa diingati dan disukai?

Nak tahu? Korang kena baca post ni sekarang…

Kalau korang serius nak business korang win dan kalahkan competitor, korang kena make sure buat 3 perkara ni.

Kenapa susah nak kalahkan pesaing? Ada beberapa sebab:

  1. Kita tak tahu apa yang buat customer pesaing happy dan apa yang dorang nak.
  2. Produk atau servis kita tak ada value yang lebih tinggi dari pesaing.
  3. Customer tak selalu nampak dan ingat brand kita.

Dalam artikel kali ni, saya nak share 3 tips yang korang boleh guna untuk win dengan competitor, yang korang boleh terus apply dalam bisnes korang. Dah ready? Jom mula..

1. Research Competitor’s Audience

Kita kena explore & kaji customer pesaing.

Korang kena tahu apa behaviour customer dorang, apa value yg dorang nak, dan apa ‘need’ dorang.

Contohnya, adakah dorang lebih prefer harga murah atau servis yang laju? Adakah dorang suka packaging yang eco-friendly atau dorang suka dapat diskaun banyak-banyak?

Lepas korang tahu semua ni, baru lah korang boleh adjust strategi marketing korang supaya lebih relevan dengan audience korang.

Barulah boleh ‘beat’ pesaing dengan penuh gaya!

Kenapa penting sangat research ni?

Dengan memahami customer pesaing, korang boleh kenal pasti kelemahan atau gaps dalam servis atau produk dorang.

Ini bagi peluang untuk korang masuk dan offer something better.

Bila korang tahu apa yang audience pesaing suka, korang boleh offer produk/servis korang untuk match dengan expectation dorang.

Ini boleh meningkatkan chances korang untuk attract lebih banyak customer.

Dengan info yang kita dapat, kita boleh create marketing strategies yang lebih targeted dan effective.

Macam mana nak buat?

Cuba stalk social media pesaing. Tengok macam mana engagement dorang dengan audience.

Apa jenis post yang dapat banyak like, comment, dan share? Apa feedback audience terhadap produk/servis dorang?

Pergi kat platform macam Google Reviews, Facebook Reviews, atau kat website pesaing.

Baca semua feedback dari customer dorang.

Dari situ, korang boleh dapat idea apa yang customer suka dan tak suka.

Buat survey atau poll untuk dapatkan pendapat dari potential customer.

Tanya soalan spesifik tentang apa yang dorang suka/tak suka pasal produk/servis pesaing.

Ini cara direct untuk dapatkan insight yang berharga.

Analyze iklan pesaing. Korang boleh guna tools macam Facebook Ad Library untuk tengok iklan apa yang pesaing korang jalankan.

Apa yang korang kena tengok?

  • Ad Copy: Apa mesej yang dorang sampaikan dalam iklan?
  • Visuals: Apa jenis gambar atau video yang dorang guna?
  • Targeting: Siapa target audience dorang?

Research ni bukan untuk korang tiru bulat-bulat apa yang pesaing buat, tapi untuk faham dan improve dari situ. Be original!

Research ni bukan sekali buat, siap. Korang kena consistent dan selalu update dengan perkembangan terbaru supaya sentiasa relevan dan lebih ke depan.

2. Increase Product/Service Value

Okay, kita dah tengok pasal research competitor’s audience.

Sekarang, kita nak fokus pula pada perkara kedua yang korang kena buat kalau nak kalahkan pesaing, iaitu tambah product/service value.

Maksudnya, korang memperbaiki atau menambah ciri-ciri produk/servis korang supaya ia lebih menarik dan berbaloi kepada customer.

Ini bukan sekadar upgrade produk, tapi memastikan produk/servis korang memenuhi atau melebihi expectation customer.

Bila customer puas hati dengan value yang korang offer, dorang akan lebih setia dan jadi repeat customer.

Loyal customer juga cenderung untuk recommend produk/servis korang kepada orang lain.

Dengan tambah value yang lebih daripada pesaing, korang boleh stand out dalam market dan jadi pilihan utama customer.

Macam mana nak tambah value?

Pastikan produk/servis korang berkualiti tinggi.

Gunakan bahan yang lebih baik, pastikan produk tahan lama, atau servis yang lebih efisien.

Contohnya, kalau korang jual baju, pastikan kain yang digunakan selesa dan tak mudah luntur.

Integrate-kan teknologi terkini untuk memudahkan customer.

Contohnya, kalau korang ada app, pastikan ia user-friendly dengan features yang memudahkan urusan pembelian.

Boleh juga tambah payment method seperti fpx, kad kredit, buy now pay later.. untuk mudahkan customer buat pembelian.

Tingkatkan speed dan convenience dalam servis korang.

Contohnya, kalau korang buat delivery, cuba pastikan penghantaran cepat dan tepat pada masa.

Offer customization atau personalization.

Contohnya, bagi pilihan untuk customize produk ikut kehendak customer. Ini buat dorang rasa produk tu special dan unique untuk dorang.

Tambah features atau servis yang boleh enhance pengalaman customer.

Contohnya, kalau korang jual laptop, offer free software installation atau free tech support untuk beberapa bulan pertama.

Selain dari produk utama, offer servis tambahan yang bermanfaat.

Contohnya, bagi panduan penggunaan produk, tutorial video, atau tips dan tricks melalui blog atau social media.

Bila korang dapat buat semua ni, customer akan rasa lebih puas hati dan lebih cenderung untuk pilih produk/servis korang berbanding pesaing.

3. Create a Sustain Awareness

Korang kena buat Brand Awareness yg berterusan. Jangan ingat buat marketing sekali dua dah cukup.

Korang kena make sure audience selalu nampak dan sedar kewujudan brand korang.

Dengan sustain awareness, brand korang akan sentiasa diingati oleh customer.

Bila dorang perlukan produk/servis yang korang tawarkan, brand korang lah yang akan terlintas dalam fikiran dorang dulu.

Ianya juga boleh membina trust.

Bila customer selalu nampak brand korang, dorang akan rasa lebih yakin untuk beli dari korang sebab dorang dah biasa dan kenal dengan brand korang.

So, apa yang kita boleh buat?

Guna platform social media secara konsisten. Post secara regular, engage dengan followers, dan create content yang menarik dan relevan.

Contohnya, buat post harian di Instagram, Twitter, Facebook, dan TikTok. Buat live sessions atau Q&A untuk berinteraksi terus dengan audience.

Hantar email/whatsapp secara konsisten kepada database korang.

Update dorang dengan berita terkini, promosi, atau tips-tips berguna.

Pastikan mesej korang engaging dan jangan spam.

Bekerjasama dengan influencer yang relevan dengan niche korang.

Influencer boleh bantu untuk expose brand korang kepada lebih ramai orang dan meningkatkan credibility.

Buat event atau aktiviti offline seperti roadshow, atau sponsorship untuk event tertentu.

Ini cara yang baik untuk engage dengan audience secara langsung dan meningkatkan awareness.

Gunakan paid ads untuk reach lebih ramai orang.

Contohnya, guna Facebook Ads, Google Ads, atau Instagram Ads.

Pastikan ads korang menarik dan relevan dengan target audience.

Dengan cara ni, korang bukan sahaja boleh pastikan brand korang sentiasa diingati, tapi juga build a strong relationship dengan customer.

Belajar sesuatu?

Alright, sekarang korang dah tahu 3 tips power untuk kalahkan competitor dalam bisnes.

Ini semua langkah-langkah penting untuk pastikan bisnes korang sentiasa ada di depan dan jadi pilihan utama customer.

Jangan compare diri dengan pesaing sampai lupa tujuan asal. Focus untuk improve diri sendiri.

Semua brand besar bermula dari kecil juga. Apple pun start dalam garage je.

Setiap langkah kecil yang korang ambil hari ni adalah satu langkah semakin dekat dengan goals korang.

Setiap kali korang rasa down atau demotivated, ingat balik kenapa korang mula bisnes ni.

Ingatkan semula impian korang, target yang nak dicapai, dan semua usaha yang korang dah buat.

Korang mampu capai kejayaan kalau korang percaya pada diri sendiri dan sentiasa push diri untuk all out!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *