“Bengang Betul! Sifu Hentam Aku Sebab Tak Up-kan Sales!”

ASHRAF

Sebelum tu, jom sy perkenalkan tuan punya badan. Brader ni, namanya ASHRAF, merupakan pengasas produk Supplement Gym berjenama TRIBOR NUTRITION MALAYSIA, dulu pernah dibuang asrama semasa Form 5 dan dibuang kolej pula kerana tak lepas semester 1 ketika ambil foundation in engineering. Tapi berjaya juga habiskan degree kemudiannya dgn Anugerah Naib Caunselor selepas dapat “hidayah” katanya…Alhamdulillah…

Ok, Jom kita baca lagi kisah pengalaman dan perkongsian yg dikarang oleh beliau sendiri…

Assalamualaikum, Nama saya Ashraf, berumur 27 tahun, skrg menetap di Shah Alam, disini sy ada ofis kecil dgn 3 org staff sales, admin dan part time runner. Semua ni saya capai selepas 3 bulan bertapa dengan sifufbads. Alhamdulillah, skrg dlm proses membeli ofis lot baru di shah alam untuk perbesarkan lagi operasi jualan kami.

LANGKAH PERTAMA DLM BISNES

Saya memulakan langkah pertama dlm bisnes ketika saya mula bekerja sebagai graphic designer. Saya start meniaga dgn menjual hot dog, masa tu main redah jer pun, dimana ada event, disitulah sy buka tapak, tp pnh satu masa tue di event astro dkt stadium merdeka, saya dtg dgn membawa 100 unit hotdog, tapi yg terjual ms tue hny 5 unit jer…

Perghh…mmg Down Habis time tue…dah lar tido tak cukup utk preparation mlm tue…sempat tido 3 jam jer…end up dpt penat sbb byk tue jer yg terjual…hmmm…baki yg tak terjual tu saya sedekah je dekat penari dan crew event.

Perjuangan bisnes sy tak terhenti begitu je, saya tak patah semangat, saya masih mencari event lain masa tu dkt Rock the World di stadium bukit jalil, tapi kali ni, saya jual air plak. Saya jual air special sket, lemonade. Rupenye kat situ ramai betul peminat lemonade, jadi air saya laku keras masa tu. Dapatlah untung sedikit walaupun tak banyak tapi saya gembira kerana itu hasil usaha titik peluh saya sndr, rasa sgt puas.

MULA BISNES ONLINE

Setahun berlalu, saya sambung pelajaran Sarjana muda Graphic Design di Uitm Puncak Alam. Hidup sebagai student masa sangat terhad. Saya cari satu persatu bisnes apa yg sesuai utk saya sebagai student yg tidak perlu guna masa banyak sangat. Saya cuba bisnes online, kebetulan saya memang kaki gym dan tahu sumber utk dapat protein supplement gym yg murah. Saya pun gatal tangan cuba jual produk gym dalam forum masa tu.

Wow ! ketika tue Sambutan tetiba sangat menggalakkan, saya dapat banyak order dan pertanyaan. Masa tu selesa juga lah, masa student pun sy berjaya dapat jana RM3K sebulan bersih.

Sehingga lah pada tahun akhir semester, saya ditipu oleh seorang durjana, kerugian hampir RM30K. Nangis tak berlagu, saya jiwa kacau berbulan. Duit saya kumpul separuh nafas habis sekelip mata. Hari demi hari saya cuba cari semangat balik, saya cuba kumpul semula duit dan buat produk sendiri.

BERMULA SEMULA

Saya bermula semula dgn bilik kecil di rumah kepunyaan salah seorang bisnes partner saya. Kami bertiga start buat marketing di FB. Hasilnya? sangat malang. Tidaklah seindah dan semudah yg disangka. Tanpa strategi, kami main hentam jer !

Tekan jer mana yg boleh di Fb Ads tu. Bulan demi bulan, sales makin menurun, profit makin kecil, sehinggalah salah seorang bisnes partner saya undurkan diri kerana tiada gaji, dan bulan seterusnya pula gaji kami bahagi 3 pula dimana jd cuma seorang RM300.

Sudah lar menumpang di rumah die sbg tmpt pusat operasi. Partner saya td tue dpt tawaran kerja pula di industri oil & gas yg mana gajinya lebih menarik. Apakan daya, saya terpaksa akur dan mula bekerja di rumah bersama seorang lagi bisnes partner sy yg lain.

Saya jemm sekejap, tak tahu apa yg perlu dilakukan, tak tahu mana nak start semula. Marketing FbAds pun x pandai sangat. Beginilah bilamana kita buat bisnes tanpa ilmu, hentam kromo…jalannya BUNTU !

TURNING POINT

Kemudian ada sorang kawan ni dia recommend SifuFbAds , dengan berbekalkan sedikit wang simpanan, saya laburkan juga demi mencari ilmu. Bile pegi seminar tu macam2 belajar teknik yg pelik2 ni, tapi tak sangka berkesan. Balik dari class saya terus praktik apa yg belajar. Sikit demi sedikit saya nampak perubahan sales.

  • Sales masa Oct & Nov terpaksa campur sbb terlalu sikit, sale Rm9K jer sbln..
  • Kemudian Dec sale terus jadi Rm35K…
  • Bila masuk bulan Mac dapat cecah Rm58K….
  • dan terkini pada June aritu kami berjaya cecah sales sbyk Rm93K !

Macam mana kami berjaya capai result perubahan sales begitu drastik begini dlm tempoh kurang setahun? pastinya ia tdk dtg bergolek mcm tue jer….ada faktor2 penting yg telah menjadikan kami berjaya smp ke tahap ini !

TEKNIK & STRATEGI DI KLAS SIFUFBADS

Inilah kelas yg telah byk merubah pencapaian bisnes sy…saya paling salute kat sifu ni, die boleh tanya setiap sorang students die and kupas apa yg kurang, apa yg patut tambah, kat mana silap, comment ads kite, suggestion copywriting. Cara ni buat saya rasa lebih dekat dan mudah faham sbb sifu kupas khas utk kite punye niche produk sahaja satu persatu.

Dlm klas, Sifu banyak tekankan USP, bile copywriting saya tukar kepada USP punye copywriting, masa tulah sale start berdentum. Sy masih ingat antara kata2nya pada sy..

” AKU KENA HENTAM BEB!! DEK SIFU…”

“Ashraf, awk jual produk MUSCLE BOOSTER…semua org pn ramai yg jual produk muscle booster yg sama..apa bezanya produk muscle booster Tribor ni dgn yg lain di pasaran tue?…x nampak apapun.. Saya pon xnak beli tgk camni… Kitakena cipta keunikan dan tonjolkan kelainan pd produk kita…”

Masa tue keunikan Tribor adalah pada sumber BUAH KURMA yg menghasilkan ASID AMINO…so…sifu tegaskan..

” Haa…kalau KURMA itu USP-nya….tonjolkannya pada headline dan copywritting kita….jelaskan knapa KURMA itu digunakan….spt menghasilkan 20 jenis ASID AMINO dan sebagainya….barulah org nmpk knapa dia mesti beli muscle booster Tribor berbanding produk muscle booster yg lain…”

Saya masih ingat yg Sifu juga tekankan utk kami kuatkan BRANDING, utk ini sy suka gunakan TEKNIK HANTU. Sifu juga byk nasihat utk dijalankan kempen LIKE MARKETING tue secara berterusan. Sebab bila kita iklan kepada fans, ia akan menjadi lebih jimat kosnya berbanding menghala ke SASPEK semata.

TIPS KHAS UNTUK ANDA

(+) Kita kena ada semangat yang tinggi, tidak mudah putus asa dan buat BIAR SMP JADI. Selagi tak jadi jangan berhenti.

(+) Jika hendak berjaya, kene ubah SIKAP dan DISIPLIN yg tinggi, barulah dapat menerajui perniagaan anda

(+) Kena berani dalam menghadapi risiko, setiap perniagaan pasti ada risiko cuma risiko dapat dikurangkan dgn adanya ILMU.

Sekian..

Ashraf

Page : Tribor Nutrition Malaysia

Alumni Sifufbads

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *