“HP Kak Fasha Sandha Meletop! Fb Ads Punyer Pasai!”
Fasha Sandha? Hahaha..Tak aihh…Orang jer panggil kak ni Fasha Sandha…Nama dia Ayu.. lbh pemes di kalangan student2 Sifufbads sbg AYU MEWANGI. Beliau adalah pengasas kpd produk yg tgh super meletop skrg ni iaitu “MEWANGI”
Ayu Mewangi ni bukanlah dari famili dgn background bisnes. asal dari kampung je. Tapi, beliau telah buktikan yg itu sume bukan halangan utk berjaya ! Bermula dari ZERO, BUTA IT, beliau berjaya pecahkan tembok ketakutan yg ada dalam diri dgn ILMU yg didada yg beliau usaha pelajari sungguh2.
Ok, jom kita baca kisah jatuh bangun yang ditulis sendiri oleh beliau.
Bismillahhirahmanirahim….
Saya Ayu Azmera Bt Abd Moin 34th berasal dari Kedah,selama ini tidak menyedari sama sekali bahawa saya seorang miskin disebabkan kasih sayang yang banyak diberikan oleh Arwah tok & tok wan.Hidup ini tersangat happy dikampung itu,walau tidak merasai kemewahan seperti org lain
Ayah ? .Semua orang kampung tahu siapa saya, sejak kecil saya ditinggalkan oleh ayah disebabkan faktor penceraian antara mereka
Penting untuk saya melakar masa depan sendiri Biodata peneman diri ,apa yang saya nak pasti akan tulis didlm buku tersebut dan meskipun saya tak punya Ayah Saya mempunyai insan luar biasa yang sangat bermakna dalam hidup iaitu suami saya En Shanizam Bin Othman
Khawin awal pilihan keluarga TEPAT utk Allah tunaikan impian & minat saya
Suami Bisnes Man jadi sedikit sebanyak saya mengetahui dunia perniagaan Tapi….apa yang saya nampak dunia pernigaan ni menakutkan,kejam dan hipokrit
Saya selalu melihat suami asyik ditipu je,sian dia sehingga satu hari saya fikir nak buat perniagaan sendiri,mana tahu menjadi kali ni
BERMULANYA SAYA SEBAGAI STUDENT SIFUFBADS
Dulu…
Untuk pengetahuan semua saya ni BUTA IT,tidak mengetahui langsung apa itu online marketing,bukan online marketing ja,Malah Facebook Pesonal,Page yang sekarang ni “Mewangi Satu Dunia” itu pun org tolong buatkan…Terima kasih Wani.
YA ! INI CERITA BENAR,saya tak tipu,baca cerita saya sampai habis.
Tentangan hebat dari suami ketika saya maklumkan utk berniaga online,sampai sekarang dlm ingatan.
“hang nak bayaq mahai2 masuk kelas? ni sedaq sat ,bunyi telepon tak pernah diangkat ,whatsapp tak pernah berjawab,fb pun tak reti nak post ada hati nak berniaga online,buang duit ja,Ni nak tanya ? beribu modai abang bagi utk buka SPA di UUM sat ja tutup,Kedai kosmetik abang bagi jaga bukan satu tapi 3 kedai lingkup,lepaih tu hang nak buka butik abang bagi tahan 4 bulan ja tutup.Hang “HANGAT – HANGAT TAHI AYAM JA” Arghhh tak payah….”
Ayat ini masih tergiang giang ditelinga sampai sekarang.Ketika itu saya hubungi suami utk khabarkan saya mahu ke kelas anjuran SIFUFBADS.
Sangat kecewa Allah shj yang tahu 3 kali saya hubungi suami utk yakinkan dia.
LAS AYAT YANG SAYA DAPAT DARI SUAMI….
“Ikut Suka Lah,Buat Lah Keputusan Sendiri,Jangan Berharap Sangat Pada Abang”
(+) Kekuatan kisah Inspirasi Pak Cik Coway dan En Sang Ellite S7 dikuatkan lagi dengan dorongan kawan saya Dyla bahawa saya mesti boleh ! telah MEMECAH TEMBOK KETAKUTAN dalam diri.
Masa tu apa yang saya fikir hanya satu mereka boleh,kenapa saya tak boleh !
KEPUTUSAN ?
Akhirnya dengan semangat itu saya memilih kekelas anjuran sifu walaupun suami masih ragu2 dengan keputusan saya.
DUGAAN DEMI DUGAAN UTK SAYA BERJAYA
Untuk pengetahuan semua setelah mengikut suami berpindah ke KL keluar rumah secara besendirian tidak pernah sama sekali,apatah lagi nak drive sorang2.Senang cerita saya tak tahu jalan lansung **kat kampung pun sesat tambahlan bandar besar hu hu hu.
Cuba bayangkan…saat itu saya besendirian utk Drive ke The Mine ,Balakong ( saya langsung tak tahu tempat tu ) sebelum ini nak pergi mesti suami yang bawakan,bermula cabaran pertama.
Berbekalkan ilmu Waze yang diajarkan oleh kawan saya Dyla dan semangat nak sahut cabaran suami yang COP SAYA BUTA IT membuatkan saya nekad ! Ya Allah fasa itu saya lepas,Syukur saya tak sesat.Saya sampai seperti pelajar yang lain,yang mana kami sama2 tinggalkan keluarga utk memperbaiki kekurangan diri.
Cabaran keduanya bila mana Sifu Jamal menerangkan pelbagai teknik – teknik Ads membuatkan saya semakin binggung..
PALING BISING DALAM KELAS YA SAYA !
Untuk cuba memahami benda baru yang langsung saya tak faham amat payah kiranya beberapa hari berada dikelas memang BERASAP otak.Soalan demi soalan saya usulkan,HEBAT 5 bintang saya berikan,sabarnya SIFU & Krew Sifufbads masa itu melayan kerenah ini amat saya kenang sehingga hari ini.Terima kasih En Sharin & Krew yang banyak membantu saya ketika itu.
Memilih teknik { VIDEO & TEKNIK REMPIT } pilihan bijak dan rezeki saya waktu itu.Ads saya rm30 sehari dlm seminggu HP 2 biji MELETOP, 2 hari tak tidur seronok melayan Whatsapp yang mahukan Produk saya..
PM /Whatsaaap beratus tapi TAK CLOSE ?
Cabaran ketiga ..bila mana Allah dah beri tapi saya tak bersedia menerimanya.Saya pasti ANDA mesti mengalami nasib yang sama seperti saya.TAK DAPAT CLOSE COSTUMER KAN ?
Saya perlu bersyukur walau pun kelas dah tamat GROUP suport banyak membantu mereka tunjuk ajar menggunakan Whatsapp Web setelah HP saya meletop ** ajar teknik terbaik utk CLOSE COSTUMER & Teknik Skill menulis Copywriting .Kenangan manis saya waktu itu.
{ ITU DULU,BUDAK KAMPUNG,BUTA IT,TAK BERSOSIAL,TAKUT PADA KEKURANGAN DIRI }
KINI Saya Ayu yang baru…..
Seperti mana MENTOR PERTAMA saya Sifu Jamal berpesan ilmu sgt mahal harus dicari bukan datang tergolek depan mata semua dapat & jadi harus diprantikkan.
BUAT DAN BUAT !
Akhirnya jejak Sifu saya ikut,Kalau dia boleh berjaya dengan menjadi kan ilmu sebagai asas.
**HEBATNYA SEMANGAT & CARA MENGAJAR SIFU JAMAL SAYA MAHU TAHU DARI MANA BELIAU DAPAT KEKUATAN ITU.HEBAT SANGAT !
Kembali ke landasan asas KENAL DIRI KENAL MAHA PENCIPTA .INGAT ! Ilmu marketing setinggi gunung pun kalau Allah tak izinkan siapakah kita.Nothing..Saya perbaiki dan perbaiki dengan ilmu yang saya pelajari.
Berkat tunjuk ajar dari Sifu jamal dalam dunia Online marketing beserta dengan IzinNya,saya mempunyai 40 org stokis dan semasa CW ini ditulis sale saya sudah mencapai 7 angka dari awal perniagaan diatas talian hampir 9 bulan yang lalu,Alhamdullilah pencapaian yang amat membanggakan suami & semua ahli keluarga.
Paling saya bersyukur suami kini 100% membantu & paling Best ! Mak kini tinggal bersama dengan saya.
Kesimpulannya disini….
REZEKI ALLAH SHJ YANG TAHU BILA MASA MAHU DIBERIKAN JADI JANGAN TAKUT UTK BERUBAH.
Akhir cerita, penulisan angan2 & impian saya yang tertulis dibuku Biodata waktu dikampung hampir menjadi kenyataan.
Dunia perniagaan yang MENAKUTKAN ,KEJAM & HIPOKRIT tidak lagi saya gentar dengan adanya ilmu didada.
Ikhtiar – Tawakal – Beserah
**Saya mohon semua Doakan saya lebih kuat ya !
Saya juga Doakan anda yang membaca dan share penulisan saya ini..
KAYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT
TERIMA KASIH SEKALI LAGI SIFU JAMAL BANYAK MEMBANTU SAYA DENGAN IZIN ALLAH.Kini anak didik sifu dah menjadi pendidik kepada suri rumah yang mahu menambah pendapatan sampingan.
Seperti sifu bangga dengan saya,saya pun bangga dengan diri saya sendiri.
“Anda berhak utk berubah kerana Rezeki itu milik Allah.Bangkit yang sedang leka tidur”
Sekian cerita saya …
AYU MEWANGI (Alumni Sifufbads)
Page : Mewangi Satu Dunia