Aku Budak Sungai…

Hambali

Hari ni saya nak kongsikan kisah inspirasi yang lebih menarik.

Kisah seorang anak ke-15 yg buat bisnes tourism dengan keluarga… Anak yang ke-15!? Banyak betul adik beradik brader ni. Power betul ayahanda beliau! hehe…

Pada sape2 yang buat bisnes tourism, ambillah sikit inspirasi dari kisah beliau…

” Izinkanku berkongsi kisah demi memartabatkan bangsaku dalam dunia perniagaan internet!

Al-kisah bermula…

Aku anak ke-15 dalam keluarga bisnes tourism yg ciput di Taman Negara Pahang! Adik beradik 18 orang. Dua mak dan dua ayah! Senang citer.. duda n janda kawin.. jadilah satu big family! 11 Biz milik keluargaku semuanya kecik-kecik belaka..

Ada niaga servis bot, chalet, hostel, restoren terapung, kedai makan, guide, travel agency dan macam-macam lagi la.. semua kat Taman Negara Pahang… lain owner dan lain nama…

Alhamdulillah.. bolehlah nak sara keluarga.. Biz aku sendiri?? Hmmm.. takde pun! Aku ni jenis LAZY nak tunggu biz tercatuk macam tu.. hehehe. Jangan marah yer.. my family yang amat memahami…

Alhamdulillah, berkat jump sana.. jump sini.. dalam biz family, keluarlahhh idea nak kombinasikan semua biz family ni di bawah satu bumbung! Tak pasal-pasal bab marketing aku kena handle! Mak aiii gelap dunia ketika tu! Besar job tu beb!

DULU…

Nak dapatkan satu sales pun susah!

Bayangkan agensi pelancongan kecik ciput macam kami ni, sapa nak pandang!

Sewa Booth kat memana event pun dah telan beribu-ribu! Belum masuk kos pekerja, sewa hotel, makan minum n duit poket staff lagi!

Kalau sale masyukkk pun suam-suam kuku dan lepaslaa kos.. Mana nak datang untungnyerrr…

Silap Langkah LEBURRRRR….

FB Ads! Saya buat jugak! Ok la, dari langsung tak buat apa..!

Sale ada tapi negative! Hmmm… saya tekankan sekali lagi.. SALES NEGATIF! Angka yang kadang2 korang gelak kat peniaga-peniaga yang baru berjinak ngan FB Ads seperti aku!

Sanggup ke korang meniaga kalau: Penat dapat, mata ngantuk ngadap fb, masa terbuang, wang ringgit lebur, tambah kena sindir ngan orang rumah lagi..last-last sale ZERO! Opshh.. kalau ZERO takpe lagi.. ni negatif terus!!

Percaya tak kalau saya katakan saya SANGGUP! Korang memang takkan percaya kan….

HEI….

Tu dulu laa..

.. Sebab korang gelakkan tu laa aku rasa tercabar!

.. Sebab korang gelakkan tu laa sale aku MELETOP sampai dah tak terkejor nak naip nihh!

.. Sebab korang gelakkan tu laa hari-hari sale aku masyukkk…

KINI…

Wahai TUAN JAMAL FB ADS.. Sebab enkolah aku jadi macam ni..

4 Angka… hmmmm mainan!
5 ANGKA Biasa..
6 ANGKA Tercapai
7 ANGKA… Insyaallah sikit lagi.. Meletup cepat sangat kang korang kata jual DADAH lak!

Aku dah pg rasanya 3 seminar sifufbads. Aku baca blog dia, aku baca emel dia, aku baca page dia.. mmg aku follow. Banyak ilmu aku dapat.. Aku buat teknik like dia ajar, teknik oren, teknik rempit dan tah apa lagi.. tak ingat dah apa nama teknik tuw.. Memang sangat bosan.. sekarang aku dok rumah je buat marketing.. tak buka booth dah..

(ps – Bukan takbur.. tapi ILMU Allah bagi kenalah SHARE..)

BUAT PENIAGA DI LUAR SANA….

TIPS DARI AKU: ” BUAT SAMPAI BERJAYA! TAK BERJAYA, BUAT LAGI, BUAT LAGI…NEVER GIVE-UP”

Kenapa korang baca tulisan aku ni kalau nak biarkan ianya berlalu begitu jerrr..

Buang masa lahhh korang ni…!

Orang Taman Negara kata ‘ong nak nunggu mende lagi’….

Sekian saja coretan sempoi dari ku..”

Ditulis oleh HAMBALI MOHD KHONOPIAH…

Fanpage: Taman Negara Pahang Malaysia
– LIA GROP (Taman Negara Pahang)

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Syaliza says:

    Assalamualaikum… nak tnya laa… en mmg berniaga melalui fb sepenuhnya ke? tak brp faham… g satu, niaga apa?? servis ke product?? maaf bertnya

    1. Azanul says:

      Sis syazila. Tuan hambali ni buat service travel agency utk ke taman negara. Memang harga berpatutan. Cuba cari facebook dia “ali sungai”

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Realiti dlm dunia bisnes ni tak selalunya indah Turun naik
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SIAPA KATA JADI PARTNER BISNES NI TAK BOLEH PERGI JAUH
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..