Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 Sebab Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Online Pada Awal 20-an

Diterbitkan pada Sep 5, 2015 oleh

5 Sebab Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Online

Dalam bisnes, tiada istilah terlalu awal atau lambat untuk seseorang itu mengejar impian mereka. Jika kita ingin jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, maka teruskanlah usaha ke arahnya. Kejayaan dalam hidup itu tidak mengira umur seseorang. Yang penting, kita berusaha dan sentiasa menambah ilmu.

Tengok sahajalah profil Tuan Ismail Hamid yang merupakan seorang hot-seat di Seminar Missing Chapter 2.0 yang diadakan pada 23 Ogos 2015 baru-baru ini. Tuan Ismail Hamid, 65, yang juga seorang agen Coway, mampu menggandakan jualan beliau menggunakan Facebook Ads pada umur 65 tahun!

Jadi, tidak kisahlah anda umur berapa pun, yang penting adalah keazaman tinggi yang ada dalam diri anda untuk berjaya.

Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Pada Awal Umur 20-an?

Di bawah adalah 5 sebab mengapa saya amat menggalakkan generasi muda di luar sana untuk mulakan bisnes online mereka pada umur awal 20-an:

1. Kurang Komitmen Semasa Muda

Biasanya orang muda ada banyak masa, terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa tulah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Sejujurnya, tidak semua idea bisnes akan berjaya dan boleh menghasilkan duit yang banyak. Dalam sehari, boleh kata berpuluh-puluh bisnes online yang sedang meningkat di negara ini.. tapi, tidak semua yang berjaya.

Jadi, amat sesuailah jika pemuda-pemuda di luar sana mulakan langkah untuk mempelajari selok-belok bisnes pada usia mereka sekarang. Sekurang-kurangnya, segala masalah bisnes yang mereka hadapi itu, boleh menjadi pengajaran ketika mereka sudah dewasa nanti.

Bisnes ini bukannya seperti belajar SPM, dah dapat sijil.. habis belajar.. sampai situ je…

Sukatan pelajaran bisnes ini takkan pernah habis. Maka, segala apa masalah yang mereka hadapi, mereka boleh terus FOKUS kepada penyelesaiannya. Ianya sangat berbeza jika mereka sudah dewasa nanti. Sudah pasti terlalu banyak komitmen yang perlu diuruskan.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan

Bisnes online boleh dikategorikan sebagai bisnes yang stabil, tidak cerewet untuk diuruskan, dan boleh menjana hasil kewangan dengan mudah. Walaupun begitu, jangan terlalu over-confident sehingga memakan diri sendiri.

Masih banyak bisnes online yang melingkup di luar sana. Jadi, berhati-hatilah dan rajin-rajinlah tambah ilmu untuk pastikan anda di landasan yang benar.

Baik, cuba bayangkan jika anda boleh menjana pendapatan sampingan yang tinggi pada usia muda, dan anda gunakannya untuk melabur dalam bisnes korporat, atau hartanah ketika anda sudah dewasa. Sudah pasti ianya menarik dan membuatkan kewangan anda jadi semakin stabil.

Tidak dapat tidak, pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9 pagi, hingga 5 petang, lebih baik mereka fikir jalan keluar untuk mempunyai kawalan penuh kepada masa depan hidup mereka.

3. Makin Matang Dan Berpengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah.. sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain!

4. Boleh Bekerja Di Mana-Mana Sahaja

Ada satu artikel popular dalam bahasa Inggeris di laman web Thrillist yang menerangkan beberapa sebab mengapa anda perlu berhenti kerja dan pergi melancong pada usia awal 20-an.

Kebanyakan isinya berkisar mengenai kelebihan yang anda akan dapat melalui perlancongan, dan kerugian yang anda akan hadapi pada usia tua nanti kerana tidak melancong pada usia muda.

Boleh Bekerja Di Mana-Mana Sahaja

Walaubagaimanapun, saya mahu katakan kepada anda di sini bahawa anda tidak perlu pun untuk berhenti kerja. Anda boleh lakukan perkara di atas dengan mulakan langkah untuk membuka bisnes online anda sendiri.

Selagi anda ada akses kepada internet, anda pergi lah ke mana-mana pun, anda masih boleh uruskan bisnes anda daripada sana. Jangan masuk hutan pula, memang takde la internet. Jadi, rancang dahulu tempat untuk anda pergi dan pastikan segala kelengkapan yang anda perlukan itu cukup.

5. Kos Bisnes Yang Rendah

Sebelum munculnya zaman Facebook dan e-commerce yang lain, sangat susah bagi seseorang yang berumur awal 20-an untuk memulakan bisnes sendiri. Yelah, sudah pasti mereka tidak boleh akses kepada pinjaman bank, kad kredit, dan sewa bangunan yang ada pada zaman tersebut.

Kos Bisnes Yang Rendah

Tapi sekarang, semuanya sudah BERUBAH. Bisnes online secara umumnya boleh mengurangkan kos untuk mereka mulakan bisnes sendiri. Perkara sebegini membolehkan mereka untuk mengejar impian walaupun masih belajar di peringkat kolej.

Jadi, jika anda merupakan generasi muda yang berumur awal 20-an, apa lagi alasan untuk anda tidak mulakan bisnes sendiri SEKARANG?

Komentar (12)

  1. Ku Muhammad Shafiq

    assalam tuan, sy masih 20 thun dan sedang buntu mencari peluang bisnes online atau offline. saya x selesa bekerja makan gaji fulltime mohon penerahan melalui e-mail jika ada pluang dalam dropship dan coaching lain2. tq

    1. Zunawanis

      Sy berumur 21. Tinggal di kelantan. Dan saya ada team yg memberi anda peluang utk manimba ilmu dan peluang utk anda jadi agen / dropship. Encik Zuna – 014-5269941.
      Syarikat sy adalah LB Group Enterprise.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!