|

5 GOLDEN TIPS UNTUK FOUNDER YANG INGIN MEMBURU SALES DI BULAN PUASA

Kenapa orang datang jenguk je, tak membeli pun? Kenapa ada yang whatsapp banyak tanya je, lepas bagitau harga, dia terus senyap?

Apa yang silap? Macam mana nak tarik lebih ramai customer membeli dengan kita pada bulan puasa ni? Korang boleh apply 5 tips ni..

1. PROPER PLANNING

Jangan abaikan langkah pertama ni! Kita perlu ada perancangan awal dari segi bajet, objektif, offer dan strategi marketing untuk kempen Ramadhan. Ramai founder yang gagal kerana mereka tak susun plan, akhirnya mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar!

2. KNOW YOUR AUDIENCE

Seterusnya, kita wajib buat customer research. Kaji siapa sasaran audien kita, apa yg mereka buat pada bulan puasa ni, bila waktu terbaik mereka suka shopping, di mana tempat mereka suka berkumpul dan banyak lagi yang kita boleh study..

3. OFFER PROMOTION

Rugi tak buat kempen promosi! Bulan puasa ni, ramai customer akan berebut2 mencari harga murah, combo, diskaun.. mood mereka lebih suka berbelanja lebih. Jadi kita bagi offer yg terhad supaya mereka laju bertindak!

4. RAMADHAN THEME

Kita boleh design packaging, presentation, poster dan flyers dalam tema Ramadhan. Baru orang nampak unik dan tertarik. Hightlightkan kelebihan membeli produk kita di bulan ni, buatkan customer rasa rugi kalau tak beli cepat2, sebab raya dan puasa setahun hanya sekali.

5. VALUE ADD-ON SERVICE

Kita boleh tambah value dari segi servis, atau free gift. Contohnya kalau kita jual makanan, kita boleh buat free delivery sempena Ramadhan untuk kawasan tertentu je. Ini akan jadi sebagai booster supaya customer akan membeli dengan kita je, bukan dengan orang lain.

Insha’Allah.. lepas guna tips ni, bisnes korang akan lebih meriah! Setiap hari, ada customer tak sabar2 nak membeli produk korang.

Ok tak ni? Faham ke?

Harap tips ni dapat bantu bisnes korang!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *