| |

7 IDEA INI BOLEH BANTU FOUNDER LICINKAN STOK PRODUK BULAN PUASA

Perasan tak, ada banyak kempen iklan yg kita boleh nampak bulan puasa ni, di facebook, youtube, instagram, tiktok.. Ada macam-macam offer yang padu, harga murah kaw-kaw sampai berebut-rebut orang nak membeli!

Tapi…

Ada juga produk-produk founder yang kurang dapat sambutan. Sales bulan puasa ni sendu, jauh lagi daripada sasaran. Tapi mereka tak tahu apa nak buat.

Korang ada masalah macam ni?

Jom saya kongsikan 7 idea macam mana nak gandakan lagi jualan korang.

#1. AUDIENCE RESEARCH

Part ni, ramai founder suka abaikan, sebab rasa tak penting! Korang tau tak, inilah langkah yang paling penting yang kita perlu ambil berat!

Sebelum nak launch apa2 offer, kita wajib buat kajian apa yg customer nak.

Cara paling simple, buat survey, interview atau bagi sample percuma untuk dapatkan feedback customer.

Dari data tu, kita boleh tahu lebih tepat apa offer yang terbaik pada bulan puasa ni.

#2. SPECIAL OFFER

Lepas tu, buat satu offer yang unik, exclusive dan limited edition hanya untuk bulan puasa ni je.

Contohnya, dari segi design packaging, logo, warna yang unik, ciri2 baru yang tak dijual pada bulan2 yg lain.

Sebelum open order, kita kena collect waiting list dulu supaya kita boleh tahu berapa ramai yang berminat, dan anggaran conversion sales masa launch nanti.

#3. DATABASE MARKETING

Dalam bisnes, wajib simpan dan jaga database. Dengan adanya database, kita dapat kurang kos marketing, dan tingkatkan profit bisnes.

Bila nak launch new offer, kita boleh blast terus ke existing database.

Berikan special diskaun, voucher, kupon khas untuk database kita, sebagai penghargaan kerana pernah membeli produk kita.

Cara ni lebih mudah convert sales, berbanding menjual kepada orang baru yang perlukan tempoh masa yang lebih lama untuk jadi customer kita.

#4. PAKEJ COMBO

Kita boleh jual pelbagai jenis produk dalam bentuk pakej, tambah bonus dan free gift untuk add value.

Produk mestilah related, nampak berbaloi dan special. Bila buat macam ni, kita boleh jual dengan harga yang tinggi.

Tak faham? Ok ni contohnya..

Kalau kita menjual telekung, kita boleh pakejkan sekali dengan inner, stokin, handsock dan beg untuk simpan telekung.

#5. PRE-ORDER

Cara ni nak elak rugi besar, kita play safe. Kita ambil pre-order produk dulu, sebelum launch offer. Bagitau customer, offer ini adalah pre-order dan mereka akan dapat pada tarikh tertentu.

Dengan cari ini, kita boleh tengok dulu demand. Kalau kurang sambutan, kita dah boleh ready back up plan sebelum open launching nanti.

#6. OFFLINE EVENT

Strategi ni sesuai untuk korang yang ada kedai offline, atau buka booth. Kita gunakan umpan untuk tarik penduduk berdekatan datang ke kedai kita.

Ajak orang ramai datang! Sebarkan flyer, gantung banner, blast ke whatsapp / facebook group yang dekat dengan lokasi kedai kita.

Apa umpan yang kita nak bagi? Contohnya, kita buat special event dan bagi harga diskaun untuk satu hari je.

Jadi bila dah ramai datang, lebih mudah nak closing. Kita boleh upsell lagi dengan produk2 lain untuk pujuk mereka membeli lagi.

#7. CLEARANCE SALES

Kita boleh guna strategi ni kalau masih banyak lagi stok tak terjual, bila dah sampai hujung bulan puasa nanti. Waktu ni, mood orang shopping sangat tinggi sebab nak prepare raya.

Daripada stok terbiar je dalam stor tu, kita menanggung rugi je. Lebih baik ambil peluang ni untuk habiskan stok.

Kita boleh blast ke database dan promosikan ke lokasi terdekat.

Bagi tempoh masa untuk buat clearance sales, kita jual harga lebih murah dari biasa. Letak tarikh dan masa, lepas tu offer ni akan tamat, dan harga kembali asal.

So, dapat sesuatu hari ni?

Harap korang dapat idea bagaimana nak doublekan sales dan habiskan stok produk korang pada bulan puasa ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *